Gaya Hidup 

CSR Dan NADI Jalin MoU Membasmi Diabetes

Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (CSR) bersama National Diabetes Institute, Malaysia (NADI) telah menjalin Perjanjian Persefahaman (MoU) dalam usaha menyuntik kesedaran terhadap gaya hidup sihat dan membentras penyakit kencing manis (diabetes) dikalangan rakyat Malaysia.

Memperkasa gaya hidup sihat merupakan usaha penting demi membangun masyarakat sejahtera. Majlis tandatangan MoU ini juga menyaksikan komitmen CSR dalam menyokong usaha NADI memperkasa program ‘Promote Healthy Lifestyle, Fight Diabetes‘ sebagai sebahagian daripada inisiatif kolaborasi melalui pelbagai aktiviti pendidikan kepada masyarakat.

MoU, Central Sugars Refinery (CSR), National Diabetes Institute (NADI),

Majlis Tandatangan MoU Antara CSR Dan NADI

Pada 18 Oktober 2018, saya telah menghadiri majlis tandatangan MoU antara CSR dan NADI di Dorsett Grand, Subang Jaya. Ia merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat dalam memperkasa nilai gaya hidup sihat kepada masyarakat.

Majlis tandatangan MoU diwakili En. Hishammudin Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif, CSR dan Emeritus Professor Dato’ Dr Mustaffa Embung, Pengerusi Eksekutif (Kehormat) NADI selaku penandatangan utama; disaksikan oleh En. Ahmad Farid Kamarudin, Head of Marketing, CSR dan Dato’ Dr. Nor’ Aini Hj. Abu Bakar, Member, Board of Trustees, NADI.

MoU ini juga merupakan inisiatif kerjasama strategik jangka panjang CSR dan NADI dalam menyuntik kesedaran terhadap penggunaan gula secara lebih bertanggungjawab.

Ia berdasarkan kriteria World Health Organisation (WHO), dimana lebih 14% populasi rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obesiti, dan lebih 40% mempunyai berat badan berlebihan. Atas kesedaran terhadap risiko obesiti, diabetes dan pelbagai isu kesihatan yang terkait dengan penggunaan gula menjadi pemangkin utama kolaborasi dua pihak ini dijalinkan.

MoU antara Central Sugars Refinery (CSR) dan National Diabetes Institute, Malaysia (NADI),

Program Promote Healthy Lifestyle, Fight Diabetes

CSR merupakan rakan kolaborasi utama program Promote Healthy Lifestyle, Fight Diabetes anjuran NADI, dalam menyebarkan informasi sosio-pendidikan melalui ‘roadshow’ dan saringan kesihatan kepada seluruh masyarakat bandar dan luar bandar.

CSR turut menyokong memperkasa informasi majalah ‘NADI Diabetes‘ yang dikeluarkan 2 kali setahun tentang tips dan panduan kepada rakyat Malaysia yang mengidap diabetes Type 1 dan Type 2, agar dapat membantu mereka mengawal penyakit dan faktor terkait.

Selain itu, CSR dan NADI juga akan meluaskan lagi info kesedaran kepada pengguna Malaysia dengan memperkenalkan bungkusan baharu produk yang disertakan logo ‘Promote Healthy Lifestyle, Fight Diabetes Program‘ sebagai usaha bersama menyokong gaya hidup sihat.

“Kami teruja dengan kolaborasi ini sebagai peluang terbaik CSR dalam komitmen menyuntik kesedaran berterusan tentang penggunaan gula secara bertanggungjawab kepada masyarakat. NADI merupakan organisasi yang tepat dengan visi yang selaras dalam memperkasa gaya hidup sihat, membasmi diabetes dan penyakit terkait. Kami berterima kasih kepada NADI atas platform ini demi menambahbaik taraf gaya hidup rakyat Malaysia.” – Hishammudin Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif CSR.

MoU antara Central Sugars Refinery (CSR) dan National Diabetes Institute, Malaysia (NADI),

Tanggungjawab Sosial Korporat Perkasa Gaya Hidup Sihat

Selaras dengan kolaborasi ini juga, CSR akan menghasilkan pengeluaran gula versi baharu yang lebih sihat. CSR percaya, gula bukan sekadar komoditi, tetapi menambah nilai dan kualiti citarasa minuman, makanan dan pelbagai produk, dan sentiasa memastikan pengeluaran yang berkualiti untuk kebaikan setiap pengguna.

CSR komited memperkasa inovasi dalam menyediakan pilihan berkualiti dan versi gula yang lebih sihat demi memenuhi keperluan pengguna secara bertanggungjawab.

Justeru, nantikan perkembangan selanjutnya dengan pelbagai pengisian bermanfaat yang menarik dan berinformatif daripada kolaborasi CSR dan NADI ini.

Related posts

14 Thoughts to “CSR Dan NADI Jalin MoU Membasmi Diabetes”

  1. Bila ada kolaborasi macam ni…penyebaran atau perkongsian maklumat akan lebih cepat dan meluas insyaAllah.

    1. Betul tu.. kerjasama 2 pihak yg tepat dlm menyokong gaya hidup sihat dan mencegah diabetes dikalangan rakyat malaysia.

  2. Syabas dan tahniah usaha untuk lebih sihat ke arah gaya hidup sihat

    1. Gaya hidup sihat pemangkin pembangunan ummah dan msykt sejahtera

  3. Terbaca artikel masa mencari info berkaitan diabetes. Satu inisiatif yg sgt baik dan tertarik utk tahu pengisian lanjut kerjasama dua pihak ini. terima kasih.

    1. In shaa Allah, moga ada manfaatnya buat saudara. Terima kasih kembali.

  4. Usaha terbaik pihak yg merasa turut bertanggungjawab untuk saling menjaga antaranya demi kemasylahatan kesihatan terbaik mengelak penyakit diabetis kronik..insyaa-Allah amat memberi manfaat

    1. Setuju.. satu inisiatif yg wajar disokong demi manfaat kesihatan dan gaya hidup yg lebih baik.

  5. kenapa 2 kali sethn je? x cukup rs nya tu 😉

    1. Tu antara medium informasi yg dicetak, ada pelbagai lagi medium dan aktiviti pendidikan dan kesedaran yg akan dilaksanakan juga Anies 🙂

  6. tahniah ke arah gaya hidup yang sihat.

    1. Gaya hidup sihat membangun masyarakat sejahtera

  7. moga semakin ramai orang Malaysia ada kesedaran tentang diabetes ni

    1. Betul tu.. mudah2an dpt membantu lebih ramai dengan adanya inisiatif spt ini.

Leave a Comment

CommentLuv badge