Keputusan Peperiksaan UPSR 2014 telah pun diumumkan. Hari Rabu (26/11/2014) merupakan hari yang dinantikan oleh kesemua calon yang menduduki peperiksaan UPSR termasuk ibu bapa di seluruh Malaysia. Debaran penantian akhirnya menyaksikan pelbagai reaksi. Ada yang bersyukur kegembiraan, tidak kurang juga ada yang berduka.
Coretan Keputusan UPSR 2014
Tahun ini juga merupakan tahun UPSR buat anak kedua saya. Debaran pada malam sebelum keputusan peperiksaan UPSR membuatkan beliau tidak tidur lena. Itulah pengalaman pertama beliau menghadapi peperiksaan besar dalam hidupnya.
Menjejakkan kaki ke sekolah pada pagi Rabu, dewan sekolah telah pun penuh dengan guru, pelajar juga ibu bapa menanti keputusan. Akhirnya, segala penantian hajat dan pengharapan terjawab sekitar jam 11 pagi. Anak saya beroleh keputusan 3A dan 2B… walaupun tidak secemerlang keputusan kakaknya dahulu, namun syukurlah… Alhamdulillah.
Keputusan UPSR Di SK Tasik Puteri 2, Rawang
Merakam beberapa gambar sewaktu keputusan UPSR di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri 2, Rawang sebagai kenangan. Debaran anak akhirnya terjawab…
![]() |
Saat mendebarkan… menanti slip keputusan.. |
![]() |
Puan Mem and her son.. |
![]() |
Bersama antara rakan yang mendapat 5A.. tahniah! |
![]() |
Bersama rakan dan kejiranan Bandar Tasik Puteri |
UPSR Sebagai Inspirasi Dan Pengalaman Kehidupan
Kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada semua calon UPSR yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, sesungguhnya ia bukanlah pengakhiran. Sememangnya nilai keputusan itu penting, namun apa yang lebih penting adalah pengalaman yang ditimba sewaktu menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pengalaman dan keputusan peperiksaan UPSR 2014 ini sebagai inspirasi dalam menghadapi pelbagai lagi cabaran peperiksaan yang mendatang.
![]() |
Bro ‘KK the bronx’ and son… 😀 |
Tambahkan usaha… mudah-mudahan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat… aamiin.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
tahniah buat anal KK,
satu cabaran dah lepas,
lepas ni kena lebih rajin untuk buku yg lebih tebal.
*typo.
tahniah buat anak KK.
Alhamdulillah… t kasih Shark. Mmg kena tambahkan usaha lagi lepas ni… 🙂
tahniah untuk anak abg khir. A yang banyak bukan kayu ukur sebuah kejayaan. panjang lagi perjalanan dia.
Alhamdulillah Ija.. mudah2an terus berjaya hendaknya.. aamiin. T kasih.. 🙂
salam singgah sini KK…Alhamdulillah dan tahniah KK…anak sepupu Diana pun sama keputusan dengan anak KK 3A dan 2B…
Waalaikummussalam.. alhamdulillah.. tahniah juga buat anak sepupu Diana ye.. T kasih.. 🙂
tahniah untuk anak KK 🙂
T kasih Inani.. 🙂
tahniah utk ank & ayahnya…esk2 boleh jadi mcm ayahnya,amin
Alhamdulillah.. klu boleh biar lebih baik dari ayahnya ni hehee.. T kasih Haslinda.. 🙂
tahniah buat anak abang KK..OKlah result tu, yang penting lebih bersemangat untuk usaha di masa akan datang
In shaa Allah… semoga beliau sentiasa bersemangat.. t kasih Sal.. 🙂
Tahniah buat anak-anak yang berjaya. Yang kurang baik keputusannya teruskan usaha. Asah kemahiran yang ada jika mempunyai bakat terpendam.
Alhamdulillah… betul tu SP… mudah2an… 🙂
Tahniah untuk anak KK.
Alhamdulillah.. t kasih AB… 🙂
TAHNIAH! x dpt 5A bkn bererti berakhirnya perjuangan…ada misi yg lbh bsr menanti kelak… insya allah all the best slps ini!
Alhamdulillah… mudah2an terus berjaya hendaknya… aamiin.. T kasih Anies.. 🙂
wah, alhamdulillah. okaylah tu ada 3A 🙂 nnti dia boleh buat lagi terbaik.. in shaa ALLAH. tahniah Abang KK dan anak ^^,
Alhamdulillah… T kasih Amy.. 🙂
Tahniah..teruskan kecermerlangan..:)
In shaa Allah.. t kasih Diana.. 🙂
Tahniah buat anak KK… Moga terus sukses…
Aamiin.. t kasih Zumal.. 🙂
anak dengan bapak nampak macam kekawan je… tahniah bro retissss
Hehee alhamdulillah Sha.. t kasih.. 🙂
tahniah….
Alhamdulillah.. t kasih sahabat.. 🙂
Semoga terus sukses!
Aamiin.. t kasih Wawa.. 🙂
Tahniah…semoga terus suksess..
Beso dah anak KK
Tak lama lagi dah sama tinggi laa hehee.. T kasih Fidah.. 🙂
Tahniah buat anak kk..
Kat sekolah cik akak…budak dapat 5A santai je..huhu…tak macam kita dulu kan. Dapat 1A pun dah melonjak kegirangan…tahniah sekali lagi buat anak kk
Alhamdulillah cik akak… mmg betul tu. Budak2 skrng ni mmg lain dah.. T kasih.. 🙂
tahniah untuk abang khalid
Alhamdulillah.. t kasih Nadia.. err khalid tu nama ayah saya huhu.. 😀
Alhamdulillah..Tahniah KK & "siapa nama dia ya"…nanti PMR score k..he..he
Nama dia Zulqarnain.. nama glamer 'Nain' hehee.. T kasih Raudzah.. 🙂
tahniah buat anak KK…. masih panjang lagi perjalanan dia…. yg penting teruskan usaha…. insya-allah…. 🙂
Alhamdulillah.. kena tingkatkan usaha kan… T kasih Cheq Eem.. 🙂
Tahniah pada anak encik Khir…Biasa soalan paper kedua (lepas bocor haritu) memang agak susah sedikit. Keputusan itupun dah baik dah, yang penting dia sentiasa kuat semangat dan buat yang lebih baik dari ini selepas ini
Alhamdulillah… lepas soalan bocor hari tu pun mmg ada ganguan psikologi juga buat calon2… maklumlah budak2 kan tambahan ia peperiksaan besar pertama dlm kehidupan mereka.. apa pun, kena tingkatkan usaha lepas ni kan.. T kasih Zila.. 🙂
tahniah..tuan KK..anak saya tahun depan pula
Alhamdulillah.. t kasih HB. Semoga berjaya buat anak HB juga ye.. 🙂
tahniah buat anak KK..keputusan dah ok dah..
Alhamdulillah Mar.. bolehlah hehee.. T kasih.. 🙂
tahniah buat anak kk…
Alhamdulillah… t kasih Hanisah.. 🙂
Tahniah buat anak KK.
Teruskan usaha anda.. moga akan lebih cemerlang lagi pada masa depan.. 😉
Alhamdulillah… in shaa Allah Aizamia.. T kasih.. 🙂
Tahniah buat anak khir ye? All the best ..
Alhamdulillah.. t kasih Kathy.. 🙂
tahniah buat anak KK.
tu pon dh kira cemerlang tue…
insyaallah masih panjang lagi perjalanan dia.. byk lagi peperiksaan akan dia tempuh.. semoga ank KK sentiasa berjaya dunia akhirat…
Alhamdulillah.. mudah2an… aamiin. T kasih ZF.. 🙂
Tahniah buat anak En.Khir… Semoga kejayaan terus bersama0sama dengannya..Amin.. 😀
Anak saya seorang 2A dan 3B telah pun melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland. Seorang lagi 1A dan 4B telah pun berjaya menjadi ahli farmasi di Hospital Putrajaya. Seorang lagi 2A dan 3B sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka.
semua berjaya..tahniah
tahniah…semoga terus cemerlangdalam akademik diperingkat menengah pula
Fotonya keren-keren gann 🙂
semoga sukses terus yaaaaaa….
Tahniah buat anak KK!^^ and selamat datang ke alam sekolah menengah 😀
– Dayang Deno –
tahniah anak kk, semoga berjaya lagi untuk masa hadapan 😉
Jemput join segmen CN yer 😉
http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html
Tahniah Tahniah Tahniah ..Berkat belajar rajin2 la ni ..Alhamdulillah tercapai impian ..Semoga dapat masuk MRSM hehehe ..Ke nak apply kat mana ni ?? Nanti datang kuantan ,Anty Lya blanjer sebab dapat cemerlang dalam UPSR ..Takpe la 3A 2B pon janji dah byt yang terbaik ..
tahniah kepada yang berjaya
Jom ramai ramai makan Minyak Ikan
Banyak sekali dugaan dan cabaran pelajar2 yg amabil UPSR tahun ini. Kepada yg berjaya… Tahniah diucapkan! Perjalanan masih panjang dan masih banyak yg perlu dipelajari.
Semoga tercapai hendaknya segala cita2!
upsr hanya permulaan langkah … teruskan usaha … 2x inti .
Tahniah buat anak brother KK, UPSR hanya permulaan. Semoga terus berjaya didunia dan diakhirat dan menjadi anak yang soleh buat ibubapanya
result yang sama seperti adik saya
tak apa, jauh lagi perjalanan
saya dulu pun result teruk UPSR, tapi alhamdulillah
merasa juga ke menara gading =)
Tahniah buat KK sekeluarga… insyaallah ini bakal menjadi pengalaman bermakna buat mereka untuk lebih maju lagi di masa depan… 🙂
Tahniah buat anak bro KK…. semoga masa depan terus cerah dan cerah lagi dan cerah lagi… 😀
Abang Zarif dapat 5 A…anak sedara bunda sorang perempuan dapat 5 A…sorang lagi lelaki dapat 1 B 4 C…tahniah untuk anak KK…good job..
result 3A 2 B itu sudah cukup baik Tahniah
Alhamdulillah.. Tahniah! anak besar pada ayah tu.. hehhee
Last pic. tu macam abang ngan adik lah,,.hehehehe
Tahniah buat anak KK. Sama jugak keputusan dgn anak saudara saya. Tak per, perjalanan masih jauh lagi,