Ceria Aidilfitri Majlis Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Pada 1 Ogos 2016, saya berpeluang menghadiri Majlis
Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
anjuran Komuniti Hai Blogger! di Central Kitchen
Sajian d-Hidang, Seksyen 15, Shah Alam. Ia merupakan salah satu majlis tahunan
wajib yang diadakan bagi memberi manfaat dan peluang untuk dikongsi bersama
rakan-rakan blogger pada tahun kedua ia diadakan ini.
Majlis Blogger Raya 2016, Hai Blogger, Sajian dHidang,

Majlis Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Lokasi Sajian d-Hidang ini dipilih kerana ia
merupakan penaja utama Majlis Blogger Raya 2016 ini. Berpengalaman selama 14
tahun dalam industri makanan dan catering, Sajian d-Hidang (M) Sdn Bhd telah diberi kepercayaan menguruskan pelbagai catering termasuk majlis orang-orang
kenamaan seperti pembesar dan pemimpin negara.
Ini juga menjadi titik permulaan kerjasama Sajian d-Hidang dengan blogger untuk melebarkan sayap perniagaan mereka kepada
prospek pelanggan yang mencari informasi perkhidmatan katering melalui carian
google dan penulisan blog. Rakan kerjasama Komuniti Hai Blogger! iaitu CVS
Production yang berkepakaran dalam bidang foto dan produksi video turut merakamkan
kenangan majlis ini.
Majlis Blogger Raya 2016, Hai Blogger, Sajian dHidang,

Ceria Aidilfitri Bersama Rakan-Rakan Blogger

Majlis Blogger Raya 2016 anjuran Komuniti Hai
Blogger! Ini bukan sahaja disediakan hidangan penaja Sajian d-Hidang yang
sedap-sedap dan marvels, malah dimeriahkan lagi bersama rakan-rakan
blogger dalam suasana ekslusif yang santai dan ceria. Inilah peluang menambah
kenalan dan mengeratkan silaturrahim yang sudah terjalin. 
Kesempatan juga bergambar
bersama-sama yang hadir agar dapat diabadikan di blog sebagai satu kenangan
manis bersama rakan-rakan blogger hebat tanah air.
Majlis Blogger Raya 2016, Hai Blogger, Sajian dHidang,
Bro Framestone, Majlis Blogger Raya 2016, Hai Blogger, Sajian dHidang,
Majlis Blogger Raya 2016, Hai Blogger, Sajian dHidang,
Majlis Blogger Raya 2016, Hai Blogger, Sajian dHidang,
Majlis Blogger Raya 2016, Hai Blogger, Sajian dHidang,
Majlis Blogger Raya 2016, Hai Blogger, Sajian dHidang,
Majlis Blogger Raya 2016, Hai Blogger, Sajian dHidang,
Majlis Blogger Raya 2016, Hai Blogger, Sajian dHidang,

Penghargaan Majlis Blogger Raya 2016

Penghargaan
terima kasih kepada rakan blogger Halim Brothers selaku pengasas
Komuniti Hai Blogger! atas undangan. Tahniah juga kepada beliau dan
seluruh team AJK majlis termasuk penaja-penaja yang menjayakan Majlis Blogger
Raya 2016 yang cukup meriah ini.
Majlis Blogger Raya 2016, Hai Blogger, Sajian dHidang, Halim Brothers,
Semoga dapat bersua lagi bersama rakan-rakan blogger tanah air disamping meraikan kemeriahan majlis seperti ini di waktu-waktu akan datang nanti, in shaa Allah… 🙂 🙂

Related posts

34 Thoughts to “Ceria Aidilfitri Majlis Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang”

  1. kenal 2-3 org je dlm pic ni 😉

    1. Kenal saya tak hehee.. 🙂 🙂

    1. A ah.. meriah… sesekali jumpa, makan pun sedap… seronok… 🙂 🙂

    1. Klu awak n family dtg lagi meriah… boleh la saya sembang2 ngan hubby.. 🙂 🙂

    1. A ah… klu tuan ada, kompem kita wefie… 🙂 🙂

  2. Wahh ramainyee..meriah!! Huhu

    1. Meriah Shiqin.. klu awak ada lagi meriah ni.. 🙂 🙂

  3. aktif btul bro khir dlm aktiviti blogger..

    tahniah..

    1. Alhamdulillah.. seronok berblog ni. Ada kelapangan mmg suka join jumpa kengkawan blogger. Tambah inspirasi blog dan semangat kerja juga, in shaa Allah.. 🙂 🙂

  4. MERIAHNYA MAJLIS RAYA BERSAMA BLOGGER..NAMPAK RIANG MASING2

    1. Alhamdulillah… mmg meriah kak.. seronok.. 🙂 🙂

    1. Seronok… bila la dpt jumpa Nani ni hehee.. 🙂 🙂

    1. Meriah… seronok rasa setiap kali jumpa kengkawan blogger ni.. 🙂 🙂

    1. Waalaikumussalam.. tengkiu Ija.. 🙂 🙂

  5. bila tengok yang ni, aku teringat kat saloma bistro. bukan majlis raya la tapinya. majlis berbuka puasa..

    hehe.

    1. Pakai baju ala2 pak arab eh hehee.. kenangan tu kan.. best.. 🙂 🙂

  6. Seronoknya…subhanAllah…suka PC tengok 😆

    1. Alhamdulillah… syukurlah dpt jumpa mcm2 ni.. 🙂 🙂

  7. meriahnya. seronok tengok majlis maam ni dan dapat juga berkumpul dengan blogger lain,

    1. Seronok dpt jumpa mcm2 ni… harap kita pun dpt jumpa nanti bro Arz.. 🙂 🙂

  8. Dapat juga berkongsi idea dan ilmu kan…

    kacak bro KK bersampin 🙂

    1. Tauke yg pakai sampin tu.. saya tak, cuma kacak mungkin la hahaa.. 😀 😀

    1. Seronok… mmg meriah.. 🙂 🙂

    1. Ada peluang lain kali jom la join… ajak hubby sekali, boleh kenal2 sembang2.. 🙂 🙂

  9. bila dpt jumpa bro KK lak ni ;p

    1. Tulah… bila kita nak jumpa ni JM hehee… 🙂 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.