Bro Framestone
Pasti ramai yang mengenali blogger otai Bro Framestone. Aidilfitri tahun ini saya sekeluarga telah berkunjung berhari raya ke rumah beliau di penghujung Syawal yang masih berbaki ini. Ia merupakan kali pertama kami bertandang ke rumah Bro Framestone yang juga rakan kejiranan di Bandar Tasik Puteri, Rawang sejak saya mula berpindah ke sini pada 2013.
Aidilfitri bersama Bro Framestone, Khir Khalid,

Bro Framestone – Top Blogger Malaysia

Bro Framestone, blogger otai yang telah berkecimpung dalam dunia berblogging sejak 2006 lagi. Memang terlalu jauh pengalaman jika dibandingkan diri ini yang masih merangkak dan bertatih. Bro seorang yang mesra dan low profile, juga antara blogger senior yang masih aktif berkongsi aspirasi berblog sebagai kerjaya profesional.
Sebenarnya saya mengetahui nama ‘Bro Framestone’ terlebih dahulu sebelum mengenali orangnya. Terjumpa entri beliau masa meng’google’
tentang Bandar Tasik Puteri ketika baru berpindah dahulu. Kalau tak silap,
entri tentang ‘satay’ dan juga ‘pindah rumah’. Seterusnya mengenali beliau di group fb hinggalah bertemu buat pertama kali pada majlis Iftar Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati Network di Saloma Bistro.
Spagetti Carbonara, aglio olio, Bro Framestone,
Kita makan dulu… 🙂 🙂
Aidilfitri bersama Bro Framestone, adik Fyna,
Wefie dengan adik Fyna… comeyyy sangat.
Bro Framestone, kak Fisha,
Wefie sebelum balik… Kak Fisha dah mula ngantuk rasanya tu… 🙂

Rakan Blogger Di Kejiranan Bandar Tasik Puteri

Alhamdulillah, setelah 2 tahun saling mengenali baru kali ini berpeluang berkunjung berhari raya. Mujur masing-masing tidak kesibukan pada waktu yang dirancang untuk bertandang. Antara perkara yang menyeronokkan di bulan Syawal bila dapat berkunjung ke rumah rakan blogger apatah lagi yang menetap di kawasan taman bersebelahan sahaja.
Aidilfitri bersama Bro Framestone, Khir Khalid,
Terima kasih Bro Framestone sekeluarga… hidangan spagetti carbonara dan aglio olio pun sangat sedap sampai 2 kali saya tambah hehee… Salah dan silap, maaf dipinta. Semoga silaturrahim sentiasa utuh dengan ukhwah keceriaan dan kejayaan… aamiin. 🙂

Jom kita baca pelbagai coretan Bro Framestone di www.broframestone.com dan blog yang berkongsi personaliti serta kisah blogger-blogger hebat tanah air di www.blogretis.com .

47 Thoughts to “Ceria Aidilfitri Bersama Rakan Blogger Bro Framestone”

  1. Mardiah Diana

    Salam singgah sini KK…
    Wahh…..meriahnya raya…

    1. Waalaikumussalam… mmg meriah MD… seronok… 🙂

  2. Mardiah Diana

    Best kalau dapat beraya dengan rakan² kan KK…

    1. Mmg best… ada feel berbeza bila dgn rakan2 dari blog ni.. in shaa Allah, ada rezeki kita jumpa reramai kat sana… 🙂

  3. meriah nyerrrr!! bro antara the best blogger yang femes tapi tak sombong 😉

    1. Hahahah femes ke?

      Khir dah cakap, Bro nie seorang yang low profile… xde maknanya femes. Salah orang tue.

    2. Blogger femes yang low profile… sempoi.. 🙂 🙂

  4. wahhhh.. meriahnya…. sakan nampak…

    1. Alhamdulillah… mmg sakan meriah… sedar2 dah nak lewat malam dah hehee… 🙂

  5. el

    wahhh menu raya western baq hang hehe

    1. Tu yang tambah lagi power tu el hehee… 🙂

  6. sambil makan sambil mengeratkan silaturrahim..

    1. Betul tu kak… seronok sgt dunia blogging ni antaranya silaturrahim yg mcm ni kan… 🙂

  7. wow…makanan omputih..selamat hari raya KK

    1. Yess watie… happy hari raya too hahaa… 🙂

    1. Top takde… blogger je bro MKL hehee… 🙂

  8. Alhamdulillah Bro KK…begitulah manisnya ukhuwah..dari alam maya ke alam nyata..subhanAllah ?

    1. Betul tu PC… feeling dari berblogging ni pun bila jumpa mmg berbeza… rasa istimewa dan meriah tu mmg lain sikit… seronok.. 🙂

  9. wah…duduk berjiran ke dengan bro ni?
    best kan dapat jumpa sahabat yang hanya dikenali di alam maya ni
    saya baru jumpa beberapa
    tapi rasa macam dah akrab sangat

    1. Duduk je berjiran. Tapi xpernah bertembung dekat sini. Time event je baru berkesempatan bertemu.

    2. Bila time ada kat rumah ni duduk ngadap lappy je… mmg le tak jumpe. Kat event je jumpa hehee… 🙂

  10. Wah..suasana raya masih terasa
    Meriah nampaknya

    1. Mmg meriah… seronok dpt beraya mcm ni… 🙂

  11. Blogger Bro Framestone memang menjadi inspirasi kepada saya untuk bergiat cergas sebagai Blogger Prosesonal secara sepenuh masa..dari raut wajah tuan dan bro Framstone saya yakin dua blogger yang low profile

    1. Dari raut wajah… nampak macam duta iklan gigi he…23x

    2. sebab kita belum jumpa secara offline bro..in shaa Allah dah jumpa boleh ngeteh tu

    3. Aamiin… mudah2an dpt jumpa semua nanti… 🙂 🙂

  12. MENGERATKAN UKHWAH SESAMA BLOGGER SEMPENA SYAWAL…BLOGGER FRAMESTONE NAMPAK KACAK BERGAYA …MESTI BAIK HATI N PERAMAH ORGNYA.

    1. Bro mmg peramah, baik hati, bergaya dan sempoi… tapi bab kacak tu.. jap eh.. hahaa… 🙂 🙂

  13. haha..ceria sokmo tuan khir..apa rahsianya..hehe..

    hbungan mcm ni stiasa kekal..

    1. Takde rahsia Jie… seronok berblog dan dapat ramai kawan dari blog… tu rezeki paling menceriakan sekali… nak jumpa Jie juga satu hari nanti ni 🙂

  14. Wahhhh.. Nampak seronok 🙂

    1. Alhamdulillah… mmg seronok sgt… 🙂

  15. ceria sekali ..KH tumpang bahagia bersama ya..hehhee

    1. Alhamdulillah cikgu Etuza… teringin nak jumpa cikgu juga nanti. Doakan sama2 semua dimurahkan rezeki dan dapat jumpa… 🙂

  16. indahnya hidup ni kan dengan kebahagiaan bersama insan tersayang…hargailah insan di sekeliling..

    1. Betul tu cikgu… sbb tu saya sayang dunia berblogging ni… sayang semua yg saya kenal juga… 🙂

  17. bila entah nak jumpa bro framestore dan bro khalid nih..hehe

  18. Memang terlebih peramah BRO ni orangnya..pernah jumpa sekali la..hehe

  19. Memang sedap sangat tengok juadahnyer tu…terlior pulak

  20. sy jupe sekali je dgn bro ni… kdg2 kacau jg dia kt IG hahaha… tetiba tingat kueh teaw dia

  21. meriahnya.. seronokkan bila berkunjung macam nih.. dapat mengeratkan lagi silaturrahim..

  22. Nanti jangan lupa bawa family ke Kedah pulak ye..ramai sahabat blogger menunggu..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.