Ceramah Ustaz Kazim Di Masjid Bandar Tasik Puteri – Pada malam Sabtu (8/11/2014) yang lalu, saya berkesempatan bersama keluarga menghadiri ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias bertempat di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.
Ceramah Motivasi Kekeluargaan Ustaz Kazim Elias
Intipati ceramah yang disampaikan menjurus kepada motivasi ibubapa dan kekeluargaan, bermula selepas solat isyak. Ia telah dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri dengan kerjasama PIBG dan masjid serta dihadiri lebih 2000 orang, penduduk sekitar qariah Bandar Tasik Puteri ini.
Selain pengisian berkaitan persoalan agama dan motivasi kekeluargaan, ia juga menjurus kepada nasihat tentang realiti cara hidup sosial dan kekeluargaan masa kini. Hubungan antara ibu bapa, anak-anak serta jiran tetangga sememangnya penting demi membentuk komuniti yang selamat, harmoni serta mampu menjemput keberkatan seluruhnya. Secara peribadi, saya tertarik dengan cadangan Ustaz Kazim agar diwujudkan kerjasama berpanjangan antara pihak sekolah dan masjid, PIBG termasuk penduduk sebagai inisiatif terbaik membendung gejala sosial terutamanya yang melibatkan pelajar sekolah warga Bandar Tasik Puteri.
Suasana Masjid Bandar Tasik Puteri Sewaktu Ceramah Ustaz Kazim Elias
Sempat merakamkan beberapa gambar pada waktu sebelum, semasa dan selepas ceramah Ustaz Kazim Elias di Masjid Bandar Tasik Puteri. Ceramah yang berlangsung selama 2 jam ini berakhir sekitar jam 11 malam. Sememangnya, ia merupakan satu acara yang meriah penuh dengan ilmu, semangat persaudaraan serta ukhwah kejiranan.
 |
Bacaan Al Quran oleh qari warga Bandar Tasik Puteri |
 |
Sewaktu ceramah baru bermula |
 |
Jemaah yang menghadiri ceramah Ustaz Kazim Elias |
 |
Tabung soalan yang terdapat di pintu masuk masjid |
 |
Bersama warga muda kejiranan Bandar Tasik Puteri |
 |
Puan Mem bersama 2 anak yang hadir |
 |
Suasana ketika jemaah mula pulang |
 |
Terdapat gerai-gerai jualan di perkarangan masjid |
 |
Masih meriah walaupun jam menunjukkan hampir 12 malam |
Ceramah Kekeluargaan Membendung Gejala Sosial Melalui Jalan Agama Dan Dakwah
Berdasarkan cadangan Ustaz Kazim Elias berkenaan
peranan masjid dalam inisiatif membendung gejala sosial diperingkat komuniti setempat, setiap pelajar yang tersenarai kerana salahlaku displin yang berat perlu dibawa ke masjid untuk menjalani program kesedaran pada setiap hujung minggu. Melalui tempoh yang ditetapkan, setiap pelajar yang disenaraikan perlu menghadirkan diri pada petang Jumaat dan bermalam sehingga Ahad untuk mengikuti pembelajaran berpandukan jadual program yang diatur sebaiknya.
Bagi Ibu dan bapa pelajar yang disenaraikan itu juga perlu menghadiri tazkirah dan berjemaah magrib dan isyak sebelum pulang meninggalkan anak mereka untuk pengisian selanjutnya. Ibu bapa tersebut juga digalakkan menghadiri solat subuh berjemaah dan mengimarahkan tazkirah subuh yang diadakan bersama anak-anak dan seluruh jemaah yang hadir. Mudah-mudahan permasalahan sosial dapat dibendung dengan lebih berkesan, in shaa Allah.
Mudah-mudahan juga ceramah Ustaz Kazim Di Bandar Tasik Puteri ini dapat menyuntik semangat kesepakatan yang erat dikalangan penduduk demi kehidupan yang harmoni dan diberkati… aamiin.
A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
alhamduliilah.ramai yang hadir. mendengar ceramah agama, membasah halwa telinga.
Alhamdulillah.. meriah & penuh ilmu.. 🙂
Alhamdulillah ramai yang datang..Bagus jugak cadangan dia..yalah masjid juga boleh mainkan peranan. kalau parents tak mampu mendidik dengan baik mungkin ahli-ahli masjid boleh bantu. Yang penting peranan masjid tidak terbataskan khir..
Betul tu.. saya setuju sgt. Klu tiap2 minggu mcm tu, saya percaya hati mereka akan jadi lembut.. in shaa Allah. Saya sokong sgt2 plan tu… mmg bagus.. 🙂
Zumal suka sangat ceramah UKE sebab tak jemu dan mengantuk 🙂
Mmg betul tu Zumal.. santai tp penuh ilmu. Bagus utk sekeluarga.. 🙂
Salam KK. SP pun selalu tonton rancangan UKE di siaran astro. Memang menarik..
Mmg menarik.. alhamdulillah.. ada jodoh pulak berjumpa ust Kazim kat sini.. 🙂
meriah nampaknya tu…UKE ramai peminat…tambah2 lepas masuk TV…bagus cadangan ustaz tu…semua pihak memainkan peranan masing2…dan berkerjasama antara satu sama lain…
Betul tu sis.. saya pun sokong cadangan tu. Dgn susun atur program kat masjid mmg boleh insaf. Mudah2an lembut hati mereka yg tersenarai tu kan.. in shaa Allah.. 🙂
Cukup meriah, yg pasti byk ilmu di sampaikn
Mmg betul.. penyampaian yg santai terus masuk dlm minda.. 🙂
bagus cadangan ustaz kazim tue… harap pihak berkenaan dapat melaksanakan cadangan yg diberikan
Mmg bagus kan.. saya pun setuju… 🙂
Meriah nampaknya..
Sebenarnya peranan masjid bukan sahaja utk sembahyang..tapi lebih besar daripada itu
Alhamdulillah meriah.. Betul tu.. peranan masjid sbt pusat komuniti sgt2 disokong.. setuju sgt2. 🙂
Nampak ramainya yang hadir.. alhamdulillah
Mmg ramai kan.. Alhamdulillah, meriah.. 🙂
seronoknye dgr secara live. selalu tgk beliau kat tv, mmg menarik cara dia sampaikan dakwah. mudah difahami, cara yg santai, kengkdg ada unsur2 humor dlm dakwahnya. moga apa yg beliau sampaikan dipraktikkan oleh pendengar
Betul sgt2 tu Yumida.. jelas apa yg disampaikan tanpa tekanan. Santai tp penuh ilmu. In shaa Allah, mudah2an sentiasa dipraktikkan.. aamiin.. 🙂
ramai sungguh yang hadir..alhamdulillah..ramai yang suka ceramah UKE..saya pon suka..
Alhamdulillah.. mmg ramai. Saya pun suka sbb cara dia santai & tak melampau.. relak je.. 🙂
amin
suka juga dengar ceramah beliau kat TV
Mmg best.. santai penuh ilmu kan.. 🙂
selalu juga dengar beliau ceramah..
Mmg menarik kan.. syukur dpt dgr live walaupun baru sekali ni.. 🙂
CP suka dengar ceramah UKE. Kalau Dah Jodoh dah jadi rancangan pilihan CP walaupun belum bertemu jodoh hehe. Jemput datang blog baharu CP. http://www.cikpinz.com
Alhamdulillah.. saya pun baru pertama kali dgr ceramah beliau secara live ni. Wahh.. blog baru eh.. orait2, nnti saya singgah CP.. 🙂
untungnya dapat join majlis ilmu macam nie…
Dgr ceramah UKE live plak tue…
Alhamdulillah… mmg syukur sgt2 sbb dpt hadir ke majlis ceramah beliau ni.. 🙂
Wah!!.. beruntung bro khir… memang suka dengar ceramah UKE ni tp biasa dengar kat youtube jer… mesti ramai yang berpusu-pusu datang kan… 😀
Alhamdulillah bro.. syukur sgt2. Nasib baik dgt awal.. klu tak mmg berebut tempat nk duduk.. 🙂
time pesta konvo utp baru2 nie, UKE ade datang..dpt laa dgr live ceramah beliau..biasa2 kt tv jer…sejak dgr live, anak sikit2 ust kazim…dgr suara iklan kt tv tau dh sape tu…hehe
Alhamdulillah… betul tu… samalah kita. Anak2 saya pun mcm tu juga hehee.. Baguslah kan.. sesuatu yg baik buat mereka, in shaa Allah.. 🙂
suka dengar ceraman UKE di youtube.
Mmg best kan.. tak mampu nak rekod video ari tu. Klu tak syok juga dpt masuk youtube hehee.. 🙂
Bunda pun suka dengar ceramah UKE…selalu dengar dan tengok kat tv n youtube jer…belum pernah tengok live…
Saya pun baru kali pertama dgr ceramah beliau secara live ni Bunda.. Syukur sgt2.. mmg penuh ilmu & santai.. alhamdulillah.. 🙂
ni bru betul bwa family pi ceramah terbaek
teringin nak tengok UKE berceramah secara live..adik² kathy dah pernah pergi,katrhy je belum..huhuhu..
insyaallah nnt ada la rezeki
wow..meriah sungguh dan memang tidak dinafikan ustaz kazim adalah idola sekarang ini
Memang terbaik ni KK bawa satu family ke ceramah dari uztas Kasim…ceramah yang beliau sampaikan begitu penuh makna…Diana suka tengok rancangan uztas kasim ni…
belum pernah dgr ceramah live dari ustaz kazim ni tetapi rancangan KALAU DAH JODOH di TV Al Hijrah tu mmg x missed..melekat je depan TV…
alhamdulillah, ramai juga ye.. kat sekolah adik haritu pun ustaz kazim datang.. syok dengar dia bercerita. haha
Alhamdulillah… Terpilih Dalam majlis ilmu..
Alhamdulillah… ramai juga kehadiran yer… best la kejiranan kat situ… macam2 aktiviti ada… idah suka… ermmm…. bila laaa dapat berjiran dengan KK nie… 🙂
Kini, majlis ilmu semakin mendapat perhatian dan dikunjungi ramai. Penceramah juga menjadi tarikan…tapi malangnya, kalau majlis ilmu harian jarang mendapat sambutan.
saya suka dengan ustaz kazim ni cara dia menyampaikan
memang senang masuk
Bestnya dapat dengar ceramah UKE secara live. Suka dgr ceraman UKE.