Portfolio 

Ceramah Motivasi Sempena Sambutan Hari Penjara

Ceramah Motivasi Sempena Sambutan Hari Penjara – Antara pengisian ilmu sempena Sambutan Hari Penjara, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur adalah sesi ceramah motivasi pekerjaan kepada seluruh kakitangan dan anggota. Ia telah diadakan pada pagi Khamis (6/11/2014) bertempat di ibu pejabat Parol Negeri W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL).
Ceramah motivasi Pekerjaan Sebagai Ibadat, Parol Kuala Lumpur

Pengisian Ceramah Pekerjaan Sebagai Ibadat

Ceramah motivasi bertajuk ‘Pekerjaan Sebagai Ibadat’ telah disampaikan oleh Tuan Haji Muhd Safwan bin Saidin yang dijemput khas dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ia merupakan pengisian acara yang diadakan pada sebelah pagi sebelum aktiviti riadah sebelah petang yang telah dikongsikan pada artikel sebelum ini. >>> Riadah Parol WPKL Sempena Sambutan Hari Penjara
Intipati ceramah menjelaskan tentang pekerjaan sebagai satu ibadat dalam konteks hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas serta dedikasi untuk kehidupan yang diberkati. Selain menjelaskan ciri-ciri orang yang bermotivasi serta menyeru rasa bersyukur terhadap kerjaya yang Allah kurniakan, ia turut menekankan tentang keimanan dan integriti dalam melaksanakan amanah negara terutamanya apabila terkait dengan pasukan beruniform.


Parol WPKL yang merupakan bahagian penting dalam segmen pemulihan insan dibawah Jabatan Penjara Malaysia juga tidak terkecuali dari amanah tersebut. Ia menjadi peringatan bahawa jawatan yang disandang dan uniform yang dipakai itu membawa bersamanya amanah yang amat berat dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dilakukan apabila di akhirat kelak.

Sesi Ceramah Motivasi Pekerjaan Parol WPKL

Ceramah motivasi Pekerjaan Sebagai Ibadat, Parol Kuala Lumpur
Ceramah motivasi Pekerjaan Sebagai Ibadat, Parol Kuala Lumpur
Ceramah motivasi Pekerjaan Sebagai Ibadat, Parol Kuala Lumpur
Motivasi Pekerjaan Sebagai Suntikan Modal Insan
Saya amat bersyukur kerana berpeluang hadir dalam ceramah motivasi Parol WPKL sempena Sambutan Hari Penjara  ini. Ia menyuntik kesedaran tentang amanat Allah swt kepada kita semua sebagai khalifah di muka bumi ini. Sesungguhnya, tiada sesuatu pun yang terjadi secara kebetulan. Segala yang berlaku merupakan jodoh pertemuan, qada dan qadar ketentuan Allah swt. Adalah menjadi tanggungjawab kita menerima dan melaksanakan segala ketentuan itu sebagai ibadah demi kejayaan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah swt jualah sebaik-baik Perancang, Pelaksana dan Maha Mengetahui atas segala ketentuanNya… subhanallah.
Parol Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia sempena sambutan Hari Penjara
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

Related posts

41 Thoughts to “Ceramah Motivasi Sempena Sambutan Hari Penjara”

  1. AvatarMama Niza

    bagus adanya ceramah begini, sekurang-kurangnya dapat memberikan motivasi dan nenyuntik semangat untuk lebih berjaya..
    Mama Niza

    1. Betul tu… semangat pasti timbul bila memikirkan yg kejayaan itu mencakupi tujuan untuk akhirat kan.. in shaa Allah..

  2. AvatarMardiah Diana

    Salam singgah sini KK…satu ceramah motivasi yang berguna untuk lebih mengetahui bertapa pekerjaan itu adalah satu bentuk ibadat…terima kasih atas perkongsian ini KK..

    1. Waalaikummussalam.. betul tu Diana. Dengan bekerja secara jujur, ikhlas dan berdedikasi juga merupakan ibadat yg memberi pahala kebaikan, in shaa Allah..

  3. AvatarMohd Selim Zainal

    Assalammualaikum… KK,

    bagus khir ceramah motivasi nie.. sempena sambutan hari penjara..

    mselim3

    1. Waalaikummussalam MSelim… alhamdulillah.. mmg bagus.

  4. AvatarSylarius Yusof

    Kerja yang bermanfaat dan dilakukan dengan hati yang ikhlas sememangnya satu ibadah. Ganjarannya tidak semestinya diharap datang dalam bentuk material mahupun wang ringgit.

    1. Betul tu… In shaa Allah, dgn hati yg ikhlas semoga Allah sentiasa meluaskan rezeki dgn kehidupan yg berkat… aamiin.

  5. AvatarYumida Huda

    teringin nak dgr abg khir bg ceramah. moga mereka yg mendengarnya masa hari penjara tu dpt menangkap dgn jelas mesej yg disampaikan. diterapkan ke dlm diri, jd panduan hidup.

    1. In shaa Allah Yumida.. klu ada peluang jemputlah saya hehee.. Tp bab ceramah agama ni bukan bidang saya, sambil2 tu ada juga diselitkan sbg dakwah.. 🙂

  6. bagus ada ceramah macam ni..memotivasikan pekerja..
    harap semua memperbetulkan niat..niat bekerja kerana apa..

    1. Betul tu Mar… semoga bermanfaat buat kita semua juga, in shaa Allah.

  7. Dpt mmberi motivasi buat pekerja yg niat sebenar kja tu merupakn satu ibadah

    1. Betul tu.. skop ibadah tu sgt luas mencakupi pekerjaan & apa jua yg kita lakukan…

    1. Alhamdulillah.. mmg bagus.. 🙂

  8. AvatarBelog Santai

    Alhamdulillah..Sebelum motivate others diri sendiri kena motivate first kan khir..so it flows smoothly…

  9. Semoga memberi manfaat, Amiin..:)

    1. In shaa Allah SP.. aamiin.. 🙂

  10. terbaik lah… ada ceramah motivasi ni memang bagus dan berguna pabila kita kehilangan semangat..

    1. Mmg betul tu sahabat… alhamdulillah. Mudah2an diberkati hendaknya… aamiin.. 🙂

    1. T kasih kembali Haslinda.. 🙂

  11. Bila kita ada motivasi dalam diri kita bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara.

    1. Betul tu.. semua insan perlu motivasi yg baik agar dpt sentiasa ke arah kebaikan.. in shaa Allah.

  12. Semoga dengan adanya program2 sebegini..akan dpt terus menyuntik semangat kepada mereka…

    1. In shaa Allah.. semoga sentiasa beroleh keberkatan Allah.. aamiin. 🙂

  13. saya suka sangat dengar cerita motivasi…

    1. Alhamdulillah… setiap kita mmg perlu motivasi dari yg lain.. berpesan2 kepada kebaikan & berpesan2 dgn sabar.. in shaa Allah.. 🙂

  14. bagusnyaaa…memberi semangat kepada pekerja

  15. AvatarIja Rased

    ceramah seperti sangat diperlukan untuk menyuntuk kembali semangat dan memeberi motivasi pada pekerja.

  16. Semoga dapat memotivasikan diri dalam menjalankan tugas…

  17. ceramah macam ini mmg elok dilakukan dipejabat2…semoga ianya boleh memberi kesedaran kepada kita semua

  18. Ramai tak menjadikan pekerjaan sebagai satu ibadah. Insya'lah esok Bro akan panjang entry ini di blog bro

    http://www.broframestone.com

  19. AvatarEshamz Halim

    Betul tuuu… perkerjaan itu adalah satu ibadat.. kena sentiasa jujur dan ikhlas apabila melakukan kerja yang diamanahkan… pengkongsian yang berguna bro… kacak aaa bro khir tapi kalau sama-sama beruniform lagi kacak rasanya…..hihihihihihihi… 😀

  20. AvatarCheq Eem

    usaha yang bagus bila ada program motivasi.. menyedarkan tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja… tak kira apa kerjaya kita setiap perkara yg kita lakukan adalah ibadah… nice sharing KK… 🙂

    p/s: lama giler tak datang sini…. 😀

  21. semoga dengan ceramah begini dapat membentuk kesedaran dan motivasi kepada golongan sasar

  22. jika semangat dah down emosi terganggu sesekali perli dgr ceramah motivasi begini agar semangat itu kembali

  23. wah, smart juga uniform dia erk… bagusnya selalu ada ceramah motivasi macam ni… dah lama x g ceramah..

  24. Dalam berkerjaya dan sibuk dgn aktiviti harian, kadang kala pengisian rohani sering terabai. Dengan adanya program sebegini dapatlah juga diisi sedikit ilmu dan ingatan.

  25. bagus sebebarnya benda ni kan KK
    moga bermanfaat buat yang menghadiri

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.