Intervensi Parol WPKL Bulan April 2014 – Parol WPKL. Pada hari Isnin 14 April 2014, saya telah menjalankan intervensi ODP di Pejabat Parol Daerah Gombak WPKL, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Ia adalah sesi intervensi (pencegahan) yang menekankan aspek motivasi kesedaran sosial dan pembangunan insan. Melalui sesi ini, saya telah membuka ruang bicara kepada peserta untuk berkongsi tentang pandangan dan pengalaman kehidupan mereka.
Pengisian Intervensi Parol WPKL
Antara pengisian yang dapat dikongsikan dari ‘sharing session’ tersebut ialah tentang mengawal kemarahan (anger management). Kemarahan merupakan salah satu faktor yang menarik seseorang terjerumus kepada salahlaku sosial, penyalahgunaan dadah atau jenayah. Ia berpunca daripada kegagalan diri dalam mengawal emosi.
Kemarahan tidak semestinya wujud disebabkan perselisihan faham semata-mata, tetapi ia juga disebabkan kurang perhatian, terasa dikonggong, cemburu, perasaan tercabar, ketinggalan dalam prestasi pembelajaran, persaingan kerjaya atau masyarakat sekeliling termasuk tidak mencapai apa yang dihajati. Sebenarnya banyak lagi punca yang boleh menjurus kepada kemarahan dalam kehidupan ini.
Namun, tidak semua manusia menterjemahkan kemarahan dengan perilaku ‘marah’. Ada yang memendamnya hingga tertekan dan terdorong
untuk melepaskan dengan cara negatif seperti menghiburkan diri dengan dadah, mabuk yang keterlaluan, percampuran seks bebas dan aktiviti-aktiviti haram yang lain. Ada juga yang memilih jalan untuk terlibat dalam kegiatan gangsterisme, samun, pecah rumah dan pelbagai lagi kegiatan yang memudaratkan masyarakat. Perlakuan tersebut dipercayai dapat meredakan tekanan yang terpendam dengan melepaskannya kepada individu atau situasi lain.
Mengawal Kemarahan Adalah Ujian Dan Peringatan Insan
Setiap manusia di muka bumi ini pasti diuji. Namun ujian dan ketentuan yang dihadapi setiap insan pastinya berbeza-beza. Pujuklah hati untuk menghadapi segala ketentuan itu dengan keredhaan. Ia sememangnya berkesan walaupun ada kala amat sukar. Keredhaan yang disulami dengan rasa syukur kerana masih bernyawa akan melahirkan rasa sabar. Kawal kemarahan dengan istighfar.
Carilah jalan penyelesaian dalam redha dan menerima hakikat sebenar kehidupan ini. Ia mampu memadamkan perasaan marah yang lahir dari gangguan emosi bisikan syaitan. Setiap ujian yang ditempuhi dengan keredhaan berserta doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal dapat menjadi ibadah yang memudahkan jalan untuk kejayaan akhirat… in shaa Allah.
Kesempatan di sini, saya bermohon agar sudilah kiranya pembaca kongsikan sedikit nasihat dalam mengawal kemarahan mengikut lunas dan batas-batas agama serta fitrah kemanusiaan. Mudah-mudahan ia dapat menjadi perkongsian yang bermanfaat dan diberkati… aamiin.
Entri-entri Lain Yang Berkaitan
***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
 |
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia |
A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Rujuk senarai pemenang GA ika yang akan di-publish pada jam 6 pagi 17 April, harap boleh emailkan details 🙂 TQ
Ok Thanks Ika.. 🙂 🙂
cewah..nampak bergayalah khir…terbaik..
Hehee.. Thanks Kathy.. alhamdulillah.. 😀
tq for sharing abg khir, ija pun berdepan dengan pelajar yang "angry young" ni. ini
Your welcome Ija.. in shaa Allah, mudah2an perkongsian ini membantu utk kebaikan bersama.. 🙂
Terima kasih atas perkongsian ini 🙂
Terima kasih kembali Zumal.. 🙂
huhuhuu betul lah. Gaya lah cik khir hihihi 😀
Kemah boh! Hehe.
Hm betul tu, nak marah pun agak agak lah kan cik khir? 😀
Hahaa.. biasa je tu qila…
Tak "cool" kan marah2 ni.. 😀 😀
perkongsian yang bagus en.Khir… marah kalau tidak dibendung memang akan memudaratkan kerana masa tu otak kita seakan dah tak dapat berfikir dgn betul..
Itu pun boleh membawa kpd tindakan keganasan & mcm2 kan bila dlm situasi tak berfikir dgn betul.. nauzubillah.. T kasih Naniey.. 🙂
Amboi bergaya sungguh…
Alhamdulillah.. t kasih sahabat.. 🙂
terima kasih sharing is caring
T kasih kembali Haslinda.. 🙂
nak memujuk hati yg sedang marah memang susah…apa yg perlu kita lakukan;
1. bertenang, tarik nafas dalam2 & kosongkan minda.
2. sebutlah : “A’uzu billahi minassyaithanirrajim.”
Sesungguhnya marah itu drpd syaitan (jln hasutan syaitan kpd diri manusia). Maka berlindunglah dgn Allah dr kejahatannya.
3. jgn mmendamkan masalah terlalu lama, luahkanlah agar tdk mberi kesan pd diri sendiri. Luahkan perasaan pd individu yg paling anda percayai contohnya seperti kaunselor.
4. ambil wudhuk (air sembahyang). Sabda Rasul s.a.w. :
“Sesungguhnya syaitan itu drpd api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila sseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang).” (Hadis Riwayat Abu Daud.)
sekadar bkongsi pandangan…
In shaa Allah… mudah2an membawa kebaikan bersama.. aamiin.
T kasih atas perkongsian Izan.. 🙂
bagus klu ceramah seperti ini utk mereka yang memerlukan khir..
In shaa Allah.. membantu mereka & peringatan kpd diri sendiri juga.. T kasih Aida.. 🙂
topik yang bagus untuk dikupas..kawal kemarahan..orang yang hebat adalah orang yang dapat mengawal marahnya..
In shaa Allah.. semoga kita semua dpt tergolong dikalanagn org2 yg hebat… aamiin..
ceramah yg bermanfaat
aah kengkdg agak sukar nak kawal emosi marah
klo yumida selalu istighfar, lepas tu baca al fatihah
klo rasa masih marah gak, membebel. lepas bebel baru redha sikit kemarahan. hihi
Sebagai manusia yg lemah, sememangnya kita ada kalanya perlu meluahkan perasaan marah tu agar ianya tak membawa ke arah yg lebih memudharatkan ye tak.. T kasih Yumida.. 🙂
Tajuk yg bgus… Marah… Hmm… Istghfar je lah cara paling mudah…
Istigfar bnyk2 kan… in shaa Allah.. T kasih Maria.. 🙂
Kalu marah dan tak serius kita lebih suka berdiam diri. leave it the place…kejap ada then after that oklah..tapi kalau ada yang perlu di diskus, kita lebih suka confront the right people. So tak adalah salah faham kan..masing-masng tau apa nak di buat..lebih senang..
*ada* aje..
2 LAZADA for you..
Itu yg sebaiknya kan.. kita diam dan sabar.. klu boleh confront dgn org yg memahami.. thanks sharing Raudzah.. Thanks again.. 🙂
saya pun x tau nak bg nasihat..mugkin bro khir bleh rujuk kapada ilmuan agama dan org yang banyak pngalaman he..he..
In shaa Allah.. rujukan yg sebaik2 tempat utk dirujuk.. T kasih bro Sobri.. 🙂
Hanya ini yang boleh saya kongsikan…semoga dapat beri sedikit idea dan rujukan demi kebaikan dan manfaat bersama : http://relakssminda.blogspot.com/2013/11/relaks-seketikajadikan-tekanan-itu.html
Subhanallah… mudah2an bermanfaat buat kita semua, in shaa Allah… aamiin.. T kasih BM.. 🙂
kagum dengan bro khir ^_^ semangat beri ceramah
Alhamdulillah.. Acik.. T kasih.. 🙂
lawatan semula…salam blogging.
Salam lawatan semula & berblogging sahabat.. 😀
Terbaiklah bro Khir.
"Pujuklah hati untuk menghadapi segala ketentuan itu dengan keredhaan". Inilah ubatnya, Pujuklah hati utk redha dan mencari ubat dgn kasih sayang.
Subhanallah… mudah2an dgn keredhaan dpt membawa keberkatan utk kehidupan kita… aamiin..
bukan senang nak control marah…apa2 pun…apa masalah pun…mesti dikongsi dengan orang lain…jgn pendam kerana bila dipendam akan menjadi lagi parah…cari orang yg boleh dipercayai utk berkongsi cerita….bila terlampau marah…biasa yg noe buat…noe tarik nafas dalam2…dan cuba lari dari tempat tersebut…istighfar byk2..dn klu boleh pergi solat…
Sebagai manusia mmg lebih baik kita cari tempat utk meluahkan berkongsi cerita kan Noe.. mudah2an in shaa Allah.. t kasih.. 🙂
Digi + Yes tuk khir 🙂
Thanks Noe.. 😀
banyak perkara dan masalah yang membuatkan kita mudah melenting dan cepat marah.. kat jalanraya pun tiba-tiba boleh marah bila ada pemandu yang kurang ajar dengan kita.. cara aiza, tarik nafas dan beristighfar.. menabung lagi ford, libresse, libresse.. 😀
Sememangnya kemarahan itu menguji kesabaran kita setiap masa & di mana2 jua.. T kasih Aiza.. 🙂
TERBAIK!! Teruskan usaha murni ini. Jom semua follow blog saya ,sumber info terkini bola sepak malaysia http://cantikpermainan.blogspot.com
In shaa Allah.. t kasih Tuan.. 🙂
Nurul ni kira small kettle la juga pada certain isu.. huhu.. tp biasanye Nurul diam je walau dalam hati menggelegakk.. kalau buka mulut, confirm ada hati terguris..
Itulah.. siapa yg tak ada perasaan marah tu kan.. semoga kita ttp tabah mengawalnya dgn cara yg terbaik.. aamiin.. 🙂
Sesungguhnya sabar itu separuh dari Iman… pengkongsian yang berguna bro… kadang2 pon sabar pun ada hadnya kan dan kalau dipendam jer pon bahaya gak…tertiba meletup kang parah jugak… 😀
Itulah.. mmg betul.. ada yg meletup hingga memudaratkan org lain tu yg merisaukan.. tak pasal2 ada yg mati & sbgnya.. nauzubillah.. Sabar itu separuh dari iman.. t kasih bro Sham..
tiada perkongsian yang lebih baik melainkan daripada pengalaman sendiri..memang bagus sangat aktivit macam nie..lagi pun mengcegah itukan lebih baik daripada merawat..
Regards,
-Strider-
Betul tu Strider.. mencegah itu lebih baik dari merawat. Mudah2an kemarahan itu tidah membawa seseorang hingga ke lembah yg durjana & kehancuran diri sendiri.. nauzubillah…
abah kata kalau marah tu pergi ambil wudhu
tapi kalau tak sempat, dia suruh jirus aje kepala…hehe
tapi ada kebenaran sebenarnya
marah kan api, kena air dia sejuk
Nasihat yg baik tu Yana.. t kasih atas perkongsian.. mmg betul tu…
Berdiam diri dan tenangkan diri.
nmpak berkaliber dalam gambar..
masa muda , bila marah trus jer melenting … sekarang nih , alhamdulillah blh cool sambil berfikir … digi , 2x lactacyd di mlm jumaat .