Komik Gempak Rapsodi
Beberapa hari lepas, saya telah menerima parcel yang terkandung senaskah buku komik dan nota.
Hah.. macam mana tu, buku komik? Buku bukan sebarang buku, komik pun bukan sebarang komik, berjudul Komik Gempak Rapsodi. Merupakan kompilasi karya ikonik artis komik KADOKAWA GEMPAK STARZ berserta pelbagai nukilan kreatif nostalgia #SegarDalamIngatan.
Komik Gempak Rapsodi, Cenderahati Blogger Anies,

Cenderahati Komik Gempak Rapsodi

Komik Gempak Rapsodi karya artis komik Kadokawa Gempak Starz ini sebenarnya saya terima dari rakan blogger Anis kerana tersenarai sebagai antara top komentar di blog beliau. Ok… sebelum tu, sedikit perkongsian ringkas tentang komik ini.
Karya majalah GEMPAK mula diterbitkan pada Jun 1998 dengan menggabungkan konsep ACG (anime, comic dan game). Majalah komik ini turut memuatkan pelbagai informasi padat mengenai acara ACG terhebat serta paparan interview eksklusif industri kreatif tempatan dan antarabangsa.
Komik Gempak Rapsodi, Cenderahati Blogger Anies,
Seiring dengan penerbitan majalah, Aplikasi GEMPAK kemudiannya diperkenalkan. Majalah versi digital ini memudahkan pembaca membaca GEMPAK di telefon pintar dan tablet menggunakan touchscreen. Semua komik GEMPAK adalah karya asal artis komik popular dan berkaliber.
Antara artis komik yang terkandung dalam buku komik ini seperti Zint, We Man, Rimba Sipolan, Zuan, Scarecrow, Taufan, Octopus, Totoro, Ageha, King
Kong, Mr Children dan Baba Chuah.
Mulai 2018, GEMPAK bertukar sepenuhnya ke bentuk portal. Pelbagai info
ACG menarik disajikan melalui pautan www.gempakkgs.com untuk semua peminat.
Komik Gempak Rapsodi, Cenderahati Blogger Anies,

Penghargaan Terima Kasih Blogger Anies

Mengenali rakan blogger Anies bermula dari aktiviti blogwalking, pernah juga bersua di acara Sepetang Bersama Blogger (SBB2015) di Putrajaya… kini rasanya sudah melebihi 4 tahun silaturrahim terjalin… alhamdulillah.
Suka berkunjung ke blog Anies sebab dapat mengikuti pelbagai perkongsian jurnal pengalaman kembara ke Mesir, UK, Eropah, Hong Kong, Cambodia dan macam-macam lagi dengan perjalanan yang tersendiri. Perkongsian yang bermanfaat dan menginspirasikan untuk berkunjung ke tempat-tempat tersebut satu hari nanti.
Justeru, terima kasih atas ingatan ukhwah cenderahati. Bagi rakan-rakan yang belum mengenali, bolehlah menambah kenalan ke blog Anies The Great di www.aniesandyou.blogspot.my.

10 Thoughts to “Cenderahati Top Komentator Blogger Anies The Great”

  1. Alhamdulillah rezeki dan manisnya bersilaturahim..

    1. Alhamdulillah.. silaturrahim ikhlas, membawa berkat.. aamiin 🙂

  2. Tahniah Abg Khir, suka baca komik gempak tu

    1. Tahniah juga buat Zumal ye 🙂

    1. Alhamdulillah, terima kasih Abam Kie 🙂

  3. tahniah.. hadiah saya OTW katanya.. hehehe

    1. Harap2 hari ni dah sampai hihii 🙂

  4. wahhh boleh buat ulasan ni haha… btw sama2 harap2 ms senggang dipenuhi gelak ketawa dgn membaca komik ni 😉

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.