Busking Dakwah Bukit Bintang Motivasi Portfolio 

Busking Dakwah Bukit Bintang

Busking Dakwah Bukit Bintang – Sambutan Maulidurrasul 1435H yang disambut di kebanyakan tempat di seluruh negara dan dunia, juga diimarahkan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan program Busking Dakwah dan acara menarik yang tersendiri. Selain berselawat, tazkirah serta persembahan syair dan puisi keislaman, segmen busking dakwah menjadi antara acara yang menarik tumpuan ramai. Ia telah diadakan di sekitar jalanan Bukit Bintang sewaktu kawasan itu sedang penuh sesak dengan pelbagai aktiviti ragam manusia. Tanpa melibatkan perbelanjaan yang besar, ia berjaya mencapai matlamat dalam menarik perhatian serta menerapkan pengetahuan kepada pelbagai lapisan masyarakat…

Read More

Seminar CIIS di Langkawi

Seminar CIIS di Langkawi – Pada 18 dan 19 Disember 2013, saya terlibat menguruskan seminar antarabangsa di Hotel Bayview, Pusat Bandar Kuah, Langkawi. Saya amat berbesar hati apabila ditawarkan peluang oleh pakcik saudara, seorang yang berpengalaman dalam bidang ‘event management’ untuk menimba pengalaman dalam menguruskan acara rasmi seperti ini. Seminar Antarabangsa Centre of Interdisplinary and Integrative Studies (CISS)   Seminar antarabangsa “Centre of Interdisplinary and Integritive Studies” (CISS) ini adalah yang pertama kali dianjurkan. Ia merupakan seminar ilmiah bertukar pandangan dan pendapat tentang elemen yang boleh mempengaruhi kestabilan dan keharmonian masyarakat serta negara.…

Read More
Lawatan Menteri Kanan Singapura ke Rumah Perantaraan WPKL Portfolio 

Lawatan Menteri Singapura Ke Rumah Perantaraan WPKL

Lawatan Menteri Singapura Ke Rumah Perantaraan WPKL – Pada 4 Disember 2013, saya telah menghadiri majlis lawatan kerja TYT Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Negara Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Luar Negeri Singapura ke Rumah Perantaraan WPKL. Tujuan lawatan selain berkongsi pandangan mengenai isu koreksional ialah untuk melihat sendiri kawasan dan kemudahan yang disediakan di Rumah Perantaraan W.P. Kuala Lumpur ini.   Rumah Perantaraan Sebagai Tapak Sokongan Lanjutan Rumah Perantaraan (Halfway House) merupakan tempat tinggal dan pembelajaran sementara yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama badan NGO…

Read More
KL Edge Day 2013 Portfolio Sosio-Pendidikan 

KL Edge Day 2013

KL Edge Day 2013 telah diadakan pada 26 Oktober 2013 bertempat di Alt HQ, Fahrenheit88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia acara yang diadakan di seluruh dunia untuk menarik lebih ramai penglibatan remaja, dewasa dan penggemar muzik “hardcore” kepada ideologi “Straight Edge”. Apa itu Straight Edge (sila klik link dibawah) Komuniti Straight Edge Dalam Masyarakat Kini Acara yang diadakan di Malaysia agak sedikit berbeza kerana selain daripada sekadar persembahan mini konsert “gigs” oleh band-band berhaluan Straight Edge, ianya juga disulami dengan memperkenalkan isu-isu kesedaran sosial, motivasi diri, kesedaran sivik, kekeluargaan dan keagamaan…

Read More