Lawatan Department of Probation Thailand Portfolio 

Lawatan “Department Of Probation” Thailand, Ke Rumah Perantaraan WPKL

Pada Selasa (25/3/2014), bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia, telah menjadi tuan rumah kepada lawatan delegasi “Department of Probation”, Kementerian Kehakiman Thailand ke Rumah Perantaraan W.P Kuala Lumpur. Kredit Gambar – Parol WPKL Department of Probation, Thailand. Department of Probation, adalah jabatan dibawah Kementerian Kehakiman Thailand yang menjadi perintis dalam melaksanakan percubaan kaedah dan langkah-langkah berasaskan perundangan dalam perkara yang melibatkan pembangunan koreksional dan sosial di Thailand. Dalam usaha mereka untuk memperkasa sistem perundangan serta mengurangkan kadar jenayah yang berlaku, delegasi ini berhasrat membuat lawatan ke beberapa…

Read More

Intervensi ODP Sukan Bowling Parol WPKL

Setelah selesai menyampaikan amanah motivasi dalam satu program intervensi Parol WPKL pada petang Isnin (10/3/14) yang lalu, aku telah berpeluang menyertai program Intervensi ODP sukan bowling yang diadakan di Pusat Bowling, BREM Shopping Centre, Kepong. Matlamat Parol WPKL dalam program Intervensi ODP Acara ini sebenarnya adalah salah satu program intervensi kesukanan bersama komuniti yang bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada Orang diparol (ODP) melalui aktiviti-aktiviti riadah yang bersesuaian dengan arus kehidupan di sekitar Kuala Lumpur. Disamping itu, ia diadakan bagi memilih peserta yang layak untuk mewakili ‘Team Parol WPKL’ dalam program…

Read More
Intervensi ODP Parol WPKL Portfolio 

Intervensi ODP Parol WPKL Bulan Mac 2014.

Intervensi ODP Parol WPKL Bulan Mac 2014 – Pada petang Isnin (10/3/14), saya menyampaikan perkongsian motivasi dalam satu sesi intervensi ODP, Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) yang diadakan di Pejabat Parol Daerah Gombak, Wangsa Maju. Antara intipati perkongsian menyentuh tentang isu motivasi kerjaya dan juga kehidupan. Ia merangkumi tentang peranan individu dalam menghargai nilai-nilai kepercayaan serta menjaganya sebagai satu amanah dan tanggungjawab setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Intervensi ODP Parol WPKL Antara intipati intervensi menyentuh tentang erti kepercayaan. Ia adalah amanah yang dapat…

Read More
Intervensi Parol Negeri Sembilan Portfolio 

Program Intervensi Parol Negeri Sembilan

Program Intervensi Parol Negeri Sembilan – Pada Isnin 17 Februari 2014, saya telah menyampaikan ceramah motivasi dan kesedaran kepada Orang Di Parol (ODP) di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Ia merupakan program intervensi dan motivasi ODP dibawah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sembilan yang mengumpulkan ODP dari tiga daerah iaitu Seremban, Tampin dan Jempol. Melalui program ini, peserta diberi pendedahan berdasarkan perkongsian pandangan dan pengalaman agar mereka terus bersemangat untuk mencapai matlamat yang lebih baik dalam membina kehidupan. Pejabat Parol Daerah Seremban, Negeri Sembilan Intervensi ODP Parol Negeri Sembilan Peserta…

Read More
Intervensi kesedaran SMK Wangsa Melawati Portfolio 

Intervensi Kesedaran SMK Wangsa Melawati

Intervensi Kesedaran SMK Wangsa Melawati – Pada petang (7 Februari 2014) kami telah mengadakan sesi intervensi kesedaran sosial di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Kali terakhir saya ke sini adalah pada pertengahan tahun 2012 untuk satu acara pertandingan skateboard anjuran Kelab Skateboard Malaysia. Kali ini ia berkaitan ceramah pencegahan dadah dan jenayah yang dianjurkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Intervensi Kesedaran Di SMK Wangsa Melawati Intervensi kesedaran di SMK Wangsa Melawati telah disampaikan oleh saudara Aziz, merupakan seorang yang berpengalaman dalam isu pencegahan dadah dan jenayah. Perkongsian beliau…

Read More