Ekspresi 

LinkedIn Local Professional (Series 1) – Penjenamaan Dan Profesionalisme

LinkedIn Local Professional (Series 1) – Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang aspirasi dan kebolehpercayaan media sosial dalam memperkasa kerjaya dan keusahawanan. Atas galakan rakan industri dan memperkasa potensi kerjaya dalam era digital kini, saya terpanggil mendapatkan kefahaman antaranya tentang platform laman sosial LinkedIn. Saya berpeluang menghadiri sesi ilmu LinkedIn Local Professional (Series 1) – Discussion: Personal Branding and Employee Advocacy yang diadakan di Uppercase Bangsar pada 8 Februari 2018. LinkedIn Local Professional (Series 1) LinkedIn Local Professional (Series 1) menampilkan beberapa ‘industry’s professionals’ sebagai panelis yang membincangkan melalui sesi…

Read More
Gegar Vaganza Reunion Putrajaya Ekspresi 

Reunion Gegar Vaganza Putrajaya

Malam 2 hari sebelum tahun baru merupakan antara penutup tahun 2017 yang memberi kenangan berharga menghadiri Reunion Gegar Vaganza anjuran D’Empangan Udang Galah Putrajaya. Malam bersama selebriti Gegar Vaganza dan peminat meraikan acara penuh kemeriahan. Kehadiran saya di sini juga merupakan satu penghargaan menerima undangan daripada Ifa Raziah Artis Versatile Popular 2017, meraikan acara ini bersama-sama Ifa Raziah Fans. Peluang menarik beramah mesra dengan Ifa Raziah, selebriti dan juga pengasas Diva’s Secret juga selebriti lain yang hadir secara lebih dekat dalam majlis Reunion Gegar Vaganza ini. Malah dikalangan fans juga ada antaranya…

Read More
Khir Khalid - Portal Pembangunan Insan Ekspresi 

Aspirasi Tahun Baru 2018

Sehari lagi di tahun 2017 sewaktu artikel ini ditulis, seterusnya meninggalkan pelbagai kenangan sebagai iktibar dan inspirasi semangat. Tahun 2018 menjelma dengan harapan dan azam bagi meneruskan aspirasi kehidupan. Alhamdulillah, banyak perkara yang disasarkan pada 2017 dipermudahkan dan tercapai arah tujuan. Blog pula menjurus kepada elemen komersil dalam mendapatkan lebih pendedahan, disamping menyokong elemen kerjaya melalui kerjasama pihak terlibat selaras tuntutan industri. Blog Sebagai Inspirasi, Ukhwah Dan Kelestarian Kerjaya Mungkin ada dikalangan pembaca terutamanya subscribers yang mengetahui jatuh bangun saya sepanjang 18 tahun dalam keusahawanan sebagai kerjaya. Sebahagian jurnal ekspresi…

Read More
Cerita Saya Tentang Palestin Ekspresi 

Cerita Saya Tentang Palestin

CeritaSaya Tentang Palestin – Isu Palestin mula saya tahu masa di sekolah menengah apabila setiap kali baca akhbar, pasti ada cerita krisis. Nama-nama seperti PLO, Rejim Zionis, Yasser Arafat, Amerika Syarikat, Britain, Ariel Sharon, OIC, PBB dan bermacam-macam lagi timbul berkait konflik Palestin-Israel. Sedari dulu yang menjadi topik semasa adalah kecaman dunia terhadap Israel, Amerika Syarikat dan sekutunya… bantahan, boikot, gencatan senjata, bantuan, sumbangan.. akhir sekali.. rundingan damai. Ini semua isu semasa yang saya anggap lapuk… sama trendingnya. Tapi dari hari ke hari, tanah jajahan Palestin semakin berkurangan. Kini Israel berjaya mencapai…

Read More
Amber Courts Genting Highlands Ekspresi 

Cabaran Di Amber Court Genting Highlands

Cabaran Di Amber Courts Genting Highlands – Siapa yang tidak takut hantu, jin, makhluk halus atau yang seangkatan dengannya? Apatah lagi jika berhadapan perasaan seram atau kejadian yang sukar diperjelaskan oleh norma kehidupan manusia. Itulah antara perasaan bila bersetuju menyertai cabaran ‘Siapa Paling Berani’ di Amber Court, Genting Highlands, tersenarai antara kawasan paling ‘haunted’ di Asia. Cabaran Siapa Paling Berani ini diadakan bersempena filem seram Haunted Hotel yang dilancarkan tayangannya baru-baru ini. Filem terbitan Lomo Pictures dan arahan Ryon Lee yang menggandingkan pelakon popular dari Thailand, Malaysia dan China ini…

Read More
Princess Diana, Puteri Diana, Ekspresi 

Puteri Diana: Antara Inspirasi, Tragedi Dan Kenangan

Kisah Puteri Diana bertajuk Diana: In Her Own Words di National Geographic channel sungguh menyayat hati. Saya baru selesai membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah semasa ia ditayangkan. Sambil menonton tv, ingatan melayang ke Ilford Essex, East London hampir 20 tahun lalu. Sungguh pantas masa berlalu, begitu juga kenangan tentang pemergian ‘Princess of Wales’ ini. Patung Lady D di Madame Tussauds London beberapa bulan sebelum tragedi Diana: In Her Own Words Terpanggil mencoret kenangan kerana terkesan menonton dokumentari tersebut. Sewaktu kejadian saya menetap di Ilford, East London. Masih ingat lagi pagi…

Read More
Galeri Darurat Bukit Kepong Ekspresi 

Melewati Sejarah Bukit Kepong Muar Johor

Melewati Sejarah Bukit Kepong Muar Johor – Nama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia… Bukit Kepong. Pasti ramai diantara kita akan teringat cerita Allahyarham Tan Sri Jins Samsudin yang mengabadikan sejarahnya ke layar perak. Atas inspirasi tersebut juga terpanggil kali ini mengabadikan lagi ekspresi jurnal familia berkaitan sejarah pada kesempatan cuti Aidilfitri yang lalu, melewati sejarah Bukit Kepong di Muar, Johor. Galeri Darurat Bukit Kepong     Perjalanan ke Bukit Kepong ini sebenarnya tidak dirancang. Kesempatan jalan-jalan cuti Hari Raya telah membawa kami ke sini dan secara tak langsung…

Read More
Hari Raya Aidilfitri 2017 Pontian Ekspresi 

Ekspresi Syawal Hari Raya Aidilfitri 2017

Masa berlalu pantas… bulan Ramadan 1438H telah pun meninggalkan kita. Pada malam sewaktu artikel ini ditulis, kita telah pun menjejaki 6 Syawal. Mengambil sedikit waktu terluang dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri yang masih dirai… rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan pembaca yang dihormati. Ekspresi Hari Raya Aidilfitri 2017 Tahun ini kami sekeluarga menyambut 1 Syawal di Pontian, Johor. Cuti Hari Raya dimanfaatkan berkunjung ke rumah ahli keluarga, saudara dan sahabat handai di sekitar Pontian, Johor Bahru dan Muar. Disamping itu, berkesempatan juga singgah bergambar…

Read More

Penghargaan Cenderahati Blogger Anies

Antara perkara yang menyeronokkan dalam berblogging ialah apabila mendapat cenderahati dari rakan blogger. Alhamdulillah… artikel kali ini merupakan penghargaan khas buat rakan blogger Anies atau lebih dikenali sebagai Anies The Great. Apa yang saya terima daripada beliau?… jeng, jeng, jeng… fridge magnet from London! Fridge magnet ni telah sampai ke rumah pada petang Jumaat lepas. Namun, disebabkan saya tiada di rumah, maka anak yang ambil dan letakkan di rak. Sabtu pagi pula bergegas keluar kerana ada urusan tanpa menyedari cenderahati dah sampai. Ahad petang baru tau… syukurlah sampai dengan selamat.…

Read More

Vlog Santai Pagi Bihun Sambal Kicap Bersama Blog Retis

Kalau tanya kat mana bihun sup sedap Bandar Tasik Puteri Rawang, pasti saya tunjuk sebuah gerai yang terletak di seberang jalan raya berhadapan Sekolah Agama As-Siddiqin dan Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 (SKTP 2). Pagi tadi, berpeluang culik Top Blogger Malaysia, Bro Framestone a.k.a. Blog Retis sarapan bersama di sini. Sarapan Bihun Sup Sambal Kicap Dan Mee Siput Pagi tadi berjumpa Bro Framestone antaranya berbincang berkenaan Projek 2017 Blog Retis. Pelan kami pada awalnya bercadang bertemu di taman riadah Puteri Central Park, untuk berdiskusi santai sambil fitness untuk pengisian Vlog. Tapi…

Read More