Khir Khalid Perunding Intervensi, keusahawanan sosial, Ekspresi 

Aspirasi Keusahawanan Dan Penghargaan Rakan Blogger

Aspirasi Keusahawanan Dan Penghargaan Rakan Blogger – Setiap kita pasti ada satu masa kita akan merasa ‘unique calling’ berdasarkan pengalaman kerjaya dan kehidupan. Satu perkara yang benar-benar ingin kita lakukan dalam mencapai aspirasi kehidupan. Saya juga tidak terkecuali, akhirnya mengambil keputusan menceburi segmen intervensi pembangunan insan daripada terlibat secara sambilan kepada aspirasi keusahawanan sosial sepenuh masa. Kemajuan teknologi juga membantu menyelami potensi dunia digital dan mengasah minat menulis sebagai salah satu platform pemerkasaan kerjaya yang tersendiri. Aspirasi Keusahawanan Dan Pembangunan Insan Saya terkesan dengan perkongsian Wan Nong Muzafar, Pakar Strategi…

Read More
Ekspresi 

WordPress Meetup Suntik Inspirasi Menulis

WordPress Meetup Suntik Inspirasi Menulis – Alhamdulillah, terpanggil berkongsi pada kelapangan menulis pagi ini pengalaman menyertai WordPress Meetup Malaysia pada Sabtu lepas. Selain menjadi salah satu portfolio jurnal online, ia juga merupakan antara platform menambahbaik pengetahuan dan inspirasi menulis buat diri ini. WordPress Meetup ini merupakan perjumpaan kali pertama saya sertai, diadakan di KDC, Tech Mahindra, Cyberjaya. Ia dianjurkan oleh team sukarelawan wordpress bagi berkongsi pengetahuan tentang keistimewaan platform CMS ini disamping menjalin kenalan bersama para pemilik laman web WordPress Self-Hosted di Malaysia. WordPress Meetup Malaysia Bagi para pembaca yang…

Read More
Perunding Pembangunan Insan, SocioEDU Malaysia, Khir Khalid, Blogger Malaysia, Ekspresi Motivasi 

Benarkah Pendidikan Tidak Menjamin Kejayaan?

Benarkah Pendidikan Tidak Menjamin Kejayaan? – Kita akui, setiap yang menggelar diri mereka usahawan pasti ada usaha yang dilakukan, rancangan yang ingin direalisasikan dan ada produk atau perkhidmatan yang dipromosikan. Sememangnya itu adalah lumrah usaha dalam memperolehi rezeki demi kehidupan lebih baik. Namun baru-baru ini, saya berhadapan pertikaian dalam pertemuan dengan beberapa usahawan yang ada diantaranya lantang mengutuk kepentingan pendidikan terutama akademik sebagai satu usaha sia-sia. Pendidikan akademik tidak mampu menjamin kejayaan… dalam erti kata lain, hanya ‘street wise’ sahaja lebih penting untuk berjaya. Pendidikan Tidak Menjamin Kejayaan Berdasarkan pertikaian…

Read More
Khir Khalid 2018 Ekspresi 

Ekspresi Hujung Tahun Dan Arah Tuju 2019

Ekspresi Hujung Tahun Dan Arah Tuju 2019 – Sedar tak sedar, kita sudah berada dipenghujung tahun 2018. Tahun baru bakal muncul dan artikel ini menjadi penutup ekspresi peribadi tahun ini. Artikel ini juga ditulis bersempena tarikh istimewa ulangtahun kelahiran. Justeru, saya mengambil masa petang yang terluang di lobi tatkala menunggu trafik reda untuk pulang. Tarikh 20 Disember 2018, bertambah lagi usia… syukur atas segala limpah kurnia Illahi. Terima kasih juga atas ucapan rakan-rakan di semua rangkaian… subhanallah walhamdulillah. Ekspresi Penghargaan Hujung Tahun 2018 Tahun 2018 meninggalkan kenangan dan pengajaran tersendiri.…

Read More
Ekspresi Portfolio 

Slot BLOGGER OH! BLOGGER Bersama Harmoni Nasional FM

Slot BLOGGER OH! BLOGGER¬†bersama Harmoni Nasional FM merupakan antara pengalaman paling berharga dalam portfolio kerjaya seorang penulis blog bila berpeluang berkongsi aspirasi dunia berblogging kepada para pendengar radio online. Pengalaman 1 jam bersama DJ Rizz di konti Harmoni Nasional FM menjadi suntikan motivasi buat diri dalam menyampaikan informasi melalui blog sebagai aspirasi kerjaya. Ia secara tidak langsung memberi inspirasi untuk terus memperkasa usaha dalam berkongsi pengisian bermanfaat kepada seluruh pembaca blog ini. Slot BLOGGER OH! BLOGGER Harmoni Nasional FM Pagi Rabu, 5 September 2018, merupakan hari yang berharga dalam jurnal…

Read More