Highland Tower
Kisah Highland Tower kembali menjadi perbualan ramai antaranya banyak terkait dengan isu hantu, jin dan lain-lain makhluk halus. Apatah lagi apabila ada pula syarikat filem melancarkan pula cerita “triller” berdasarkan rakaman footage di Highland Tower.Apapun, entri ini bukanlah cerita hantu.
Highland towers

Highland Towers Dan Kenangan lalu

Mengimbau kenangan remaja pada tahun 1995. Ketika itu saya menetap di
Bukit Indah, Ampang bersama dua rakan. Walaupun bertiga, rumah bujang kami sentiasa meriah dengan rakan-rakan “sekepala” yang bertandang. Rumah kami umpama mini studio ber”jamming”… ada juga rakan yang hanya pulang ke rumah sekali-sekala, selebihnya menetap di rumah kami berbulan-bulan.. “Rumah aku memang happening, bai.. Kalau masuk memang susah nak balik…” hahaa.. 😀
Semua itu menjadi antara kenangan manis sewaktu menuntut di sebuah kolej di Jalan Ampang.
Rima College, Jalan Ampang Kuala Lumpur,
Gambar kenangan sahabat-sahabat grunge.. 1995..
Satu petang, sedang saya bersama salah seorang rakan serumah “mengeteh” berhampiran “roundabout” Ampang Point (kini “roundabout” itu sudah tiada), ketika itulah terlintas difikiran kami untuk menerjah ke
Highland Tower… 2 tahun selepas tragedi buruk itu berlaku. Sepantas kilat tanpa berfikir panjang, kami terus bersetuju ke sana.

Jarak antara rumah kami dan Highland Towers tidak jauh. Cuma jalan untuk ke sana agak gelap ketika malam. Lebuhraya MRR 2 yang kini tersedia dan selalu jem belum lagi dibina ketika itu. Perjalanan merentasi bukit dan rumah-rumah banglo tersergam indah sepanjang jalan menyusuri laluan kami yang hanya bermotosikal ke sana. Walaupun diwartakan sebagai kawasan berbahaya, kami terjah. Biasalah.. darah muda 19 tahun, apa ada hal.

Highland Tower
Gambar Tragedi 1993 – Sumber Google

Highland Tower Sarang Penagih Dadah Dan Pemuja Nombor Ekor

Kami tiba sekitar jam 6:30 petang. Suasana redup, suram dan hening. Aura kesayuan menerpa jiwa kami apabila memasuki kawasan tersebut. Tiada apa yang mengerikan, cuma gementar apabila mendapati kawasan tersebut ditinggalkan dalam keadaan resah dan huru hara disebabkan bencana yang melanda. Masih ada perabot-perabot ditinggalkan begitu saja.

Habis keseluruhan tingkat kondominium blok 2 kami jelajah. Ia merupakan kondominium yang ekslusif pada zamannya. Sempat juga menikmati permandangan dari tingkat 12 teratas dengan tiupan udara yang sungguh menenangkan. Kami menjelajah sehingga lewat jam 9 malam, berbekalkan lampu suluh… solat maghrib pun entah ke mana hmm.

Highland Tower
Highland Tower – sumber : wikipedia

Kami tidak merasa seram tentang
hantu atau jembalang. Cuma yang menakutkan kami ialah lilin-lilin dan
jarum-jarum suntikan yang ditinggalkan. Kehadiran penagih dadah jelas kelihatan
di blok seberang, dengan sinaran cahaya-cahaya lilin menerangi bilik di beberapa
tingkat membuatkan kami tidak berhasrat untuk menerjah ke blok yang lagi satu
itu.


Highland Tower telah menjadi sarang penagih untuk berteduh, berlindung dan
melepaskan gian termasuk tempat pemujaan nombor ekor.

Semenjak itu, saya telah ke sana bersama rakan-rakan lain lebih 5 kali dalam tahun yang sama sebelum melanjutkan pelajaran dan menjadikan kisah ini sebagai kenangan. Sayangnya ketika itu saya tidak mempunyai kamera, tambahan lagi tidak terfikir atas tujuan apa untuk menangkap gambar.

Setelah bertahun-tahun kisah ini berlalu, kenangan lalu telah menarik saya untuk pergi kembali pada awal 2009. Tetapi sekadar memandu bersiar-siar bersama anak-anak selepas berkunjung ke rumah sahabat lama berhampiran Taman Hillview. Kawasan Highland Towers itu sudah dikepung dengan “zink” dan ditutup sepenuhnya. Itulah kali terakhir saya ke sana.

Highland Tower
Permandangan Highland Tower Kini – sumber : marwani.weebly.com

Bercerita tentang Highland Tower, saya menyangkal pendapat yang menyatakan makhluk-makhluk halus itu adalah roh mangsa yang tidak tenang akibat tragedi yang terjadi. Saya yakin sekiranya
ia hadir adalah disebabkan punca-punca lain sebagaimana hadirnya
penagih-penagih dadah di sana.

Saya juga berpendapat, makhluk-makhluk halus ini boleh hadir sekiranya kita memasang niat dan mengharapkannya untuk hadir. Ini semua adalah permainan syaitan dan jin untuk menyesatkan manusia. Tambahan pula di
tempat seperti itu yang kini telah terbiar kosong lebih 20 tahun…
wallahualam.

Berdasarkan pengalaman, apa yang pasti selama beberapa tahun selepas tragedi itu berlaku, tempat ini tidak kosong. Ia menjadi syurga “port” strategik penagih dadah, pemujaan tahyul, port maksiat… tiada hantu, jin, jembalang, puaka atau pun orang yang mereka takut atau pedulikan… kecualilah polis…

Takziah Kepada Semua Keluarga Mangsa Highland Towers

*Salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi Highland Tower yang terkorban dan Al Fatihah kepada mangsa korban yang beragama Islam… Al Fatihah.
**Fakta tragedi dan senarai
mangsa-mangsa yang terkorban boleh dibaca di SINI.

75 Thoughts to “Catatan Kenangan Highland Tower”

  1. Eshamz Halim

    Saya masih ingat lg masa kejadian ni berlaku…tiap-tiap pagi sebelum nak ke sekolah mesti akan duduk depan VT tgk berita terkini pasal pasukan penyelamat sedang mencari mangsa kejadian….. mengimbau kenangan…… ini adalah antara kejadian yang mengemparkan masyarakat malaysia…. Alfatihah dan moga roh mereka yang terkorban tenang di sana…..

    1. Mmg betul tu.. pada waktu itu juga anggota penyelamat kita belum ada pengalaman utk menghadapi kejadian spt itu.. pengalaman penuh pengajaran & menyedihkan.. Al Fatihah.. aamiin.

  2. Ayie Abas

    assalamualaikum…
    ayie ingat lagi masa kejadian highland tower tu runtuh tahun 1993…negara gempar…memang jadi topik hangat media..masa itu pasukan penyelamat smart x ada lagi pasukan penyelamat dari negara2 lain bantu.

    setuju..perkara mistik yg dikaitan dgn highland tower x ada kaitan langsung dgn roh mangsa tapi tempat2 terbiar mcm tu mmg kebiasaan nya jin suka tinggal..

    1. Waalaikummussalam Ayie.. mmg betul.. waktu itu pasukan penyelamat kita belum ada pengalaman utk menghadapi bencana spt itu.. Kini bila tempat itu ditinggalkan & diseru dgn bermacam2 org, pastinya makhluk2 x baik itu akan dtg.. wallahualam..

  3. Seri Selaseh

    terasanya rugi x amik gambar sbgai kenangan. kalau dah tau tempat tu jadi sarang penagih dadah.. patut pihak berkuasa dah buat sesuatu. kesian kejiranan dekat2 situ. Mesti takut kes2 pecah rumah & ragut. Lagi bahaya kalau anak2 pula terjebak.

    1. Mmg betul Seri.. kejadian pecah rumah pun bnyk berlaku.. mmg sepatutnya tempat tu dirobohkan.. makin lama buat ramai jadi semakin syirik juga.. nauzubillah..

  4. Ija Rased

    wah..sungguh everlasting memori lama kan. ya abg khir, sejarah highland tower ada kisahnya yang sendiri.

    1. Mmg ada kisah buat ramai org disebalik kisahnya yg sendiri tu Ija.. 😀

  5. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    ketika kejadian aiza baru berusia 10 tahun.. al-fatihah kepada semua mangsa yang telah meninggalkan kita dalam tragedi byang menyayat hati itu.. rupa-rupanya ia seram sebab menjadi sarang penagih dadah dan pemujaan nombor ekor ya..

    1. Betul tu Aiza.. bila dah dipuja dgn benda2 yg mengarut & kotor spt darah binatang sebagainya, pasti syaitan suka tempat2 mcm tu.. nauzubillah…

    2. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

      jika terus dibiarkan pasti menundang jenayah dan khurafat.. singgah menabung churp2.. 😀

  6. Cheq Eem

    tragedi highland tower menggemparkan satu Malaysia suatu ketika dahulu…. masa tu kecik lagi… hehe… hmmm…. bila tempat ditinggalkan mcm nie mmg jadi sarang penagih dadah lah jawabnya….

    1. Mmg jadi rumah & sarang mereka.. silap2 ada juga yg dtg & bersangka penagih2 itu hantu huhu.. wallahualam.. 🙂

  7. Ayu Zan

    oh. baru kalini tahu kisahnya. huuhuhu.. tahun 1993 masa tu umur 4 tahun.hihi

    1. Oh ye ke.. masih boleh dokong lagi eh huhu.. 😀

  8. waahh.. kenangan ni.. mesti rindu kan.. saya pernah baca roh org yang sudah mati tidak mungkin mampu utk m'ganggu org yg msh hidup kerana kita tlh dihijab oleh 2 alam yg berbeza iaitu alam dunia dan alam barzakh di mana tidak akan ada yg dpt menembusi hijab tersebut.. semuanya hanya permainan jin dan syaitan, maklumlah telah lama ditinggalkan. Wallahu'alam.. 🙂

    1. Mmg betul tu wawa.. bila tempat kosong & pelbagai anasir buruk berlaku di situ, mulalah benda2 tak elok dan makhluk2 halus yg jahat datang bertandang.. wallahualam.. 🙂

  9. Alfatihah dan moga roh mereka yang terkorban tenang di sana..

  10. HMA selalu juga turun ke Bukit Antarabangsa… tengok dari jauh sajalah highland tower tu… belum pernah sampai dekat2…

    1. Skrng pun tempat itu mcm susah nk pergi x spt dulu.. mungkin sbb ramai penduduk sudah ramai yg tahu tujuan x baik kebanyakan org yg berkunjung ke sana…

  11. A'ah. Betul tu. Kalau kita tak cari dia takkan muncul, insyaAllah.

    1. Syaitan mmg selalu berhasrat menyesatkan manusia.. semoga kita semua terlindung dari mainan syaitan.. aamiin.

  12. Kenapa agaknya bangunan itu tidak diruntuhkan sahaja? banyak buruk dari baiknya bila bangunan tinggal begitu dibiarkan sahaja

    1. Itulah yg menghairankan.. mungkin kos utk meruntuhkan tu tiada pihak yg sanggup biaya sbb x nampak pulangan hasilnya.. wallahualam. Mmg bnyk buruk dari yg baik..

  13. sura pun setuju dengan Khir..rasanya kalau tempat tu jadi keras pun sebab dah lama ditinggalkan..bukan sebab roh2 yang tidak tenang..orang kita memang suka pada misteri2 ni..tu yang benda2 yang biasa pun boleh tukar jadi misteri…sebab kita sendiri yg nak'bermisteri'..:)

    1. Mmg betul tu Sura.. tambahan pula ada yg dtg buat pemujaan tahyul utk nombor ekor lah.. lagilah syaitan suka.. org kita ada yg bermisteri smpi jadi kurafat, itu yg x bagus tu.. merapu jadinya huhu.. 😀

  14. wow…mengimbau kenangan lalu…mesti seronok kan masa tu…
    kisah Highland Tower ni mmg hangat diperkatakan…setahun selepas kejadian member sekolah ada ajak pergi sana untuk bermain 'spirit spirit of the coin'…kira sye bernasib baik sbb sehari sebelum pergi sye demam jadi esoknya tak dapat nak ikut…hehehe…bila fikir fikir balik kenapa lah nak kena buat benda benda bodoh ni…tu lah zaman muda mudi…macam macam nak diuji kaji…
    sebaiknya pihak berkuasa bersihkan aja tempat tu…dah terlalu lama tempat tu dibiar begitu saja…

    1. Mmg betul tu Izan.. ada juga kekawan yg planning nk buat mcm tu, tp nasib x jadi.. tp x lah seteruk puja no ekor yg sanggup sembelih ayam & percikkan darahnya sana sini.. manalah syaitan x suka..
      Mmg patut tempat tu dirobohkan shj drp buat org jadi syirik juga.. nauzubillah..

  15. ikhwan yusuff

    wah En.khir bestnya ada pengalaman yg menarik ni…ada2 mmg teringin sangt nk kesana tapi sekarang ni mungkin dah bahaya kan..:')

    1. Skrng ni pun sy dah x berani nk ke sana juga… darah remaja dah mula berkurangan huhu.. 😀

  16. highland tower nie memang terkenal dengan penagih dadah daripada hantu..hehe..tapi aku aggred with u bro, tak elok kita salahkan hantu kat sana akibat roh orang yang tak tenang.orang yang cakap tu belum tentu kenal sapa mangsa2 yang terkorban..

    Regards,
    -Strider-

    1. Betul tu.. takut juga tanpa sedar kita mensyirikkan Nya.. Klu kita baca nama2 mangsa korban termasuk yg seagama, pasti kita rasa sedih & kasihan…

  17. seblm ni dgr khbar2 angin je. skrg baru tau .. huhu.. yelah kn. benda dulu2 masa kecik mana paham

    1. Betul tu Licha.. kdg2 ada juga yg x tahu boleh jadi syirik tanpa sedar bila cerita bab2 hantu jembalang roh org mati ni.. naizubillah…

  18. Salam Khir..baca tajuk tadi ingat kisah mistik..:D 😀
    Walau kita pernah digemparkan dengan kisah highland tower, masih banyak juga projek2 perumahan yang dibuat di lereng2 bukit…Mungkin kerana teknologi atau struktur binaan skrg sudah semakin canggih….wallahua'lam

    1. Canggih2 pun bnyk juga yg runtuh selepas tu, tp x seteruk yg ini… ada juga yg runtuh di hempap tanah rumahnya & melibatkan kematian juga.. apa pun mungkin sbb lokasinya yg sgt strategik dgn KL.. wallahualam..

  19. Raudzah Z

    Kita percaya benda-benda halus akan hadir kalau tempat tu terabai, terbiar and kotor Khir..Then ada lagi aktiviti-aktiviti yang realitinya tak menyenangkan ..so bila dah bercampur aduk rasanya tempat yang ok pun boleh jadi tak ok…kita pernah jugak baca macam-macam kisah yang tak enak pasal highland tower ni tapi tau sejauhmana kebenaran dia kita pun tak tau..tapi rasanya kalau ada tempat-tempat macam ni elok aje dirobohkan..

    1. Mmg betul tu Raudzah.. mmg x dinafikan. Org2 yg dtg membuat pemujaan no ekor pun dulu siap percikkan darah ayam lagi. X taulah apa lagi yg org lain buat. Mmg pasti mengundang makhluk halus yg nk mensyirikkan manusia.. cuma, bila ada yg ckp ia disebabkan roh2 mangsa yg terkorban tu yg x betullah.. boleh mmbawa ke syirik tanggapan sebegitu.
      Tempat ni mmg sepatutnya dah dirobohkan tp x tau kenapa x dibuat begitu.. klu nk dikata berhantu, penjara pudu yg dah gantung beratus2 pesalah lebih 100 tahun pun selamba je diaorg lanyak.. wallahualam..

  20. Vee Zawiah

    semasa kejadian itu berlaku , hampir setiap hari saya menanti didepan tv utk mengikuti perkembangan terkini . masa tu wartawan tv3 yg ada kat lokasi , suhaimi yg comel itu …

    1. hahaa betul tu.. suhaimi.. mmg tragedi ni meninggalkan nostalgia kpd kebanyakan kita & membawa smpi ke hari ini.. 🙂

  21. Farid NZ

    You have a nice memory there. Rase gembira dan sedih kerana cepat masa berlalu. Alfatihah kepada semua mangsa tragedi Highland Tower. Semoga roh mereka tenang di sana.

    1. Thanks Farid.. nice memory indeed.. masa mmg sungguh cepat berlalu kan..
      Al Fatihah.. aamiin. 🙂

  22. assalamualaikum bro khir ..kenangan yang tak dapat di lupakan 🙂 itulah celah mana ada hantu.. penagih je banyak 🙂

    1. betul tu Acik.. silap2 ada juga penagih2 yg disangkakan hantu huhu.. wallahualam.. 🙂

  23. masa kejadian kenit baru darjah 2 gitu. Kenit tengok di tv bagaimana ia runtuh dan rebah ke bumi. Memang menyayat harti ketika tu. Al-fatihah pada keluarga mangsa yang terlibat. Tapi, tak mo ar masuk situ hehehe

    1. Klu difikirkan balik skrng ni, sy pun takut dah nk masuk situ huhu.. :D.
      Al Fatihah.. aamiin..

  24. Affy Afiqah

    Masa tragedi ni berlaku ika masih kecil, terlalu kecil (1 tahun 3 bulan), memang tak tahu langsung tragedi tersebut, malah, dah berusia 21 tahun pun ika masih tak tahu apa-apa –'
    ika tahu pun selepas movie Highland Tower keluar di pawagam. Ika tengok dan pada ika movie tersebut sangat tidak logik dan agak tidak sopan untuk difilemkan selepas mengetahui fakta dan tragedi disebalik Highland Tower.

    Tapi sayangnya, yang bukan fakta itu laa menjadi berita sensasi berbanding kisah sebenar. Berdasarkan pengalaman Khir sendiri, ia meyakinkan lagi pendapat ika bahawa tempat itu sebenarnya dihuni oleh mereka2 yang ingin melempiaskan gian (mat ganja/dadah) dan nafsu (pasangan kekasih).

    1. Mmg betul tu Affy.. takut juga yg ramai diantara kita tanpa sedar boleh tersyirik bila percaya dgn perkara2 yg bersalahan.. nauzubillah. Sememangnya tempat itu menjadi lebih kotor selepas tragedi itu disebabkan perilaku manusia yg menghinakan.. Ia sepatutnya dirobohkan lama dahulu… wallahualam.

    2. mat ganja bkn dok kat port2.. gile ke ape dok kat port2.. mat pet boleh la.. kaki ganja semua keje best2

    1. T kasih singgah lagi sahabat.. Salam blogging.. 🙂

  25. masa kejadian tu,saya sibuk dgn exam spm…
    sekrg dah 20tahun berlalu…

    1. Bila fikir balik, cepat sungguh masa berlalu kan.. 🙂

  26. filem highland tower punya pasal, hantu villa nabila dipersalahkan.. hehehe

    1. hantu2 yg teraniaya hahaa.. 😀 😀

    2. khabarnya hantu villa nabila nk failkan saman malu.. hahahaha

  27. salam bro khir..
    woow x sangka penah jugak msuk dlam dlm higland tower..
    pergi ramai2 mesti hapening tambah2 kalau dpat geng sekapala..
    itu lah rasanya jin.. setan punmlas nak kacau kalau kita x kacau tempat diorg..
    masalahnya yg manusia nya pun perangai mcm mereka.. hisap dadah lah.. memuja no ekor la.. ai masalh betul 🙂

    1. mmg betul.. apa pun kat dunia ni, manusia juga yg jadi ketua jin & syaitan tu huhu.. 🙂

    2. Waalaikummussalam ber Sobri.. maaf lupa balas salam.. 😀

  28. ain diyana

    fuyooo.. dulu abg khir grunge tu…

    1. Hahaa.. grunge dolu2 huhu.. 😀

  29. Assalammualaikum..en khir..lambat menyinggh.hehe..wah wah..gmbar en khir masa memuda..skrg pun muda lagi ni..heee.masa kes highland tower ni sya pun kekanak lg..sya tgk kat youtube je gmbar runtuhan ni

    1. Waalaikummussalam Yana.. mmg betul tu, walau bukan remaja tp masih muda lagi huhu.. 😀
      Mmg tragedi tu menggemparkan seluruh M'sia.. hari2 ada shj laporan terkini di tv.. mmg nostalgia…

  30. Aefa

    ohoo.. mula2 aefa tak tau pun sejarah tower ni. bila dorg dah wat filem, baru mula google.. 😀
    selalunya tempat2 terbiar ni sarang maksiat.. manusia sendiri yg jadi hantu kat tempat2 mcm tu..

    1. Mmg betul Aefa.. angkara manusia yg membuatkan tempat ni kotor & bersyaitan.. wallahualam.. 🙂

  31. Selalunya tempat yang dikatakan "berhantu" macam nilah yang menjadi sarang oenagih dadah untuk melepaskan gian kan.

    1. Mmg betul tu cikgu, hantu pun takut dgn mereka… 🙂

  32. kacang buncis

    salam…pelik betul kan….hantu xcari kita kita p cari hantu…hadoii….

    1. Wkmmsslm Sue.. itu lah.. x de kerja, cari kerja.. 😀 😀

  33. Anonymous

    al fatihah :'(…masa tu umur kathy baru 15…

    1. Teringat zaman dulu kan.. Al Fatihah buat mereka.. aamiin.

  34. al-fatihah… tahun 1995, sy dajah 6 huhu…

  35. Muhammad Syazwan Norhalik

    tengok gambar je dah nampak seram inikan nak jejak ke sana huhu

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.