Cara Daftar Google Classroom

Cara Daftar Google Classroom Untuk Kelas Online – Kemajuan digital telah membuka pelbagai kemudahan untuk kehidupan kita pada hari ini. Sama ada untuk komunikasi, mengikuti isu semasa, mengembangkan potensi perniagaan mahupun pembelajaran, ia adalah landasan yang patut dimanfaatkan sebaiknya.

Kesan krisis Covid-19 juga telah menjadi faktor pemangkin dalam menyedarkan lebih banyak pihak tentang kepentingan teknologi atas talian ini dari sekadar untuk hiburan. Kini, perlaksanaannya mula dititikberatkan sebagai sebahagian ‘mainstream’ dalam memudahkan lagi pelbagai urusan rasmi yang kos efektif.

Begitu juga dengan penggunaan Google Classroom dalam sektor pendidikan dan pembangunan modal insan. Kini ia semakin digunakan secara meluas oleh kebanyakkan institusi sebagai landasan pembelajaran baharu.

Cara Daftar Google Classroom untuk kelas online

Cara Daftar Google Classroom

Google Classroom merupakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh Google untuk memudahkan ekosistem pembelajaran di sekolah dan institusi. Ia dilancarkan pada 2014, kini menjadi platform pembelajaran penting bagi kebanyakkan institusi.

Ia memudahkan proses pembelajaran melalui komunikasi dan perkongsian dokumen antara pelajar dan pengajar seperti docs, sheets, slides, gmail dan kalender. Pengajar boleh mencipta kelas online dan menjemput pelajar melalui kod yang disediakan atau diimport terus melalui domain institusi.

Berikut panduan asas mencipta Google Classroom secara mudah.

Mendaftar Kelas Google Classroom:
1. Taip classroom.google.com.
2. Log masuk menggunakan akaun gmail anda.
3. Klik pada simbol + pada bahagian atas kiri dashboard dan pilih Create Class.
4. Akan muncul pertanyaan “Using Classroom at a School or University with students?”, maka tandakan bahagian kotak dan klik teruskan. Anda perlu merujuk pada institusi sekiranya mengunakan Classroom di bawah platform institusi.
5. Teruskan dengan mengisi Nama Kelas serta maklumat yang perlu.
6. Tekan Create dan tunggu sehingga kelas anda siap didaftarkan berserta kod kelas pada banner di bawah Nama Kelas.
7. Anda juga boleh mengubah tema mengikut kesesuaian kelas.

Cara Pelajar Sertai Google Classroom:
1. Pelajar layari classroom.google.com dan klik simbol + pada Join Class.
2. Masukkan kod kelas yang diberikan pengajar untuk sertai kelas.
3. Selain itu, pengajar juga boleh mendaftar murid pada butang ‘Add Students’ dan masukkan emel pelajar.
4. Kehadiran online pelajar boleh disemak pada bahagian ‘People’.
5. Pelajaran kelas online sudah boleh dimulakan.

Mudah bukan?

Sebenarnya, terdapat pelbagai ‘features’ bagi memudahkan pengurusan kelas, pengagihan dokumen dan assignment boleh dipelajari secara mudah oleh pengajar dan pelajar dalam proses penggunaan Google Classroom ini.

Cara Daftar Google Classroom Untuk Kelas Online

Manfaat Kelas Online Dalam Kemajuan Digital

Walaupun pembelajaran kelas secara realiti tetap penting, namun kita juga tidak boleh memandang remeh potensi kelas online. Ia adalah landasan arus kemajuan digital di seluruh dunia yang perlu kita terima.

Melalui kelas online juga secara tidak langsung amat membantu menyuntik kemahiran praktikal kepada pelajar sebagai sebahagian persediaan memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan dalam realiti Revolusi Industri 4.0 kini dan masa hadapan.

Kemajuan digital akan terus berkembang bagi memenuhi keperluan produktiviti, pembangunan ekonomi, pembelajaran dan kehidupan.

Baca lagi: Kepentingan Pendidikan Digital Dalam Arus IR 4.0

5 Thoughts to “Cara Daftar Google Classroom Untuk Kelas Online”

  1. Classroom online kini dah jadi keperluan penting sejak covid 19 melanda n patut manfaatkan juga via google r class online yg diberikan guru2 masing2

  2. Hikmah COVID-19.Disebalik banyak yang berasa sangat itdak selesa dan dihantui kegusaran,tidak langsung ianya membina banyak rantaian dan menjana perkembangan teknologi.Tidak mustahil suau masa nanti pembelajaran pengajaran semuanya atas dan dalam talian sahaja.Berkumpul cuma untuk menduduki peperiksaan.

  3. Alhamdulillah teknologi ini nampak sangat berguna di saat kita semua terpaksa berkurung

  4. musim pkp ni
    memang sekolah adakan
    google class room ni
    sangat bagus & manfaat

  5. untung bdk2 sekarang… boleh bersekolah online gitu hahaha

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.