Caprice INTI International College SubangMotivasi 

Caprice Suntik Inspirasi Golongan Belia

Caprice Suntik Inspirasi Golongan Belia Di INTI“What’s up geng, it’s Caprice!”… kata-kata yang pasti dikenali bagi peminat Caprice. Seorang ‘rapper’ tersohor, juga usahawan tekno yang baru-baru ini telah mengadakan sesi ceramah motivasi untuk para belia di INTI International College Subang (INTI).

Caprice sememangnya seorang ikon Media Sosial yang amat berpengaruh, dan juga pengasas aplikasi pendidikan seperti Classruum.com, telah berkongsi kisah yang menginspirasikan. Antaranya tentang bagaimana beliau telah mencetuskan pergerakan anti-buli melalui kempen ‘Watlek Watpeace’ kepada para pelajar sekolah di Malaysia.

Caprice Suntik Inspirasi Golongan Belia,

Caprice Suntik Inspirasi Belia INTI

Antara perkara menarik yang turut Caprice kongsi melalui sesi ceramah motivasi ini adalah tentang cabaran yang akan dihadapi oleh para belia dalam industri pendidikan pada era Revolusi Industri ke-4 (IR 4.0), dan juga pengalaman beliau dalam membantu mengatasi masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan (Anxiety and Depression).

Kesemua ini merupakan isu semasa yang berlaku serta cabaran kehidupan yang amat relevan malah berleluasa dikalangan para belia masa kini.

Menurut Caprice; “Semenjak saya mula berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi, terutama berkenaan isu masalah kesihatan mental, lebih ramai pelajar telah mula berkongsi kisah peribadi masing-masing bersama saya di media sosial, terutama berkenaan masalah yang serupa. Ia amat membimbangkan bila saya menerima respon yang besar sekali”.

“Saya amat berharap dengan berkongsi kisah serta pengalaman peribadi, dan juga melalui ceramah seperti ini dapat membantu memberi impak dan pengaruh perubahan positif serta nilai-nilai murni terutama dikalangan para pelajar dan belia, dalam menangani isu-isu sosial masa kini.”

Caprice, INTI International College Subang,

Sesi ceramah ini diadakan juga bersempena dengan Hari Terbuka INTI, sebagai inisiatif memberi peluang kepada orang ramai serta para pelajar untuk mengetahui lebih banyak maklumat termasuk pelbagai aktiviti serta program yang diadakan di INTI.

Dr Jane Lim selaku Ketua Eksekutif INTI International College Subang turut menyatakan; “Di INTI, kami mempercayai usaha untuk mendidik dan menyediakan persekitaran yang holistik untuk kesemua pelajar, terutamanya dalam memastikan pembangunan minda yang sihat, juga merupakan faktor penting kesihatan badan. Melalui ceramah dan perkongsian pengalaman seperti ini, kami memahami betapa pentingnya menyediakan pendidikan holistik yang mampu memupuk budaya saling menghormati dan toleransi sifar kepada budaya buli dikalangan belia dan pelajar”.

Caprice INTI International College Subang,

Pelbagai golongan masyarakat serta pelajar telah menghadiri sesi perkongsian ceramah motivasi oleh Caprice, termasuk dari kalangan ibu bapa, para pelajar dan anak-anak. Ia turut menjadi peluang terbaik untuk bertemu ikon selebriti dan influencer secara lebih personal.

Sesi ceramah yang dikongsikan oleh Caprice juga merupakan inisiatif yang bertepatan demi menyuntik inspirasi gaya hidup positif kepada pelajar dan belia dalam mendepan cabaran kehidupan masa kini.

Baca lagi pengisian membina;

Memperkasa Gen Z Mendepani Cabaran Abad Ke-21

Related posts

8 Thoughts to “Caprice Suntik Inspirasi Golongan Belia”

  1. pernah datang untuk dgr motivasi dr beliau. perwatakan bersahaja beliau dan humble buat remaja kita suka cara beliau
    Encik Hafiz™ recently posted…Gambar Perkahwinan Elfira Loy & Muhammad Faris 1 januari 2019My Profile

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Yup betul tu.. perwatakan selamba dlm media sosial pun buat ramai yg tertarik dgn pengisian yg membina

  2. AvatarMarzuki

    Peluang dgr perkongsian dari org spt ni mmg bagus especially golongan remaja sbb releven dgn keadaan kini.. ada peluang nk dgr juga.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu.. impak yg berkesan terus kpd golongan sasaran.. mmg bagus klu dpt dgr perkongsian spt ni
      Khir Khalid recently posted…Caprice Suntik Inspirasi Golongan Belia Di INTIMy Profile

  3. Semoga perkongsian Caprice sedikit sebanyak menyuntik semangat belia yang mendengar untuk terus pandang ke depan dan maju dalam kehidupan.

  4. AvatarZumal

    Semoga para pelajar mendapat motivasi untuk berusaha lebih hebat

  5. waah menarik sekali

  6. usaha dia yg 1 ni mmg wajar dipuji dan dicontohi belia lain

Leave a Comment

CommentLuv badge