Kaki kopi… jom ngopi di Cafes Richard. Kafe nombor satu Perancis dengan lebih 2.4 juta cawan kopi dihidangkan setiap hari di seluruh dunia. Merupakan antara kafe baharu di Sky Avenue, Resorts World Genting yang menyediakan suasana gaya Parisian, kesenian asli Perancis kepada tetamu untuk menikmati pelbagai menu citarasa kopi tradisional Perancis. Kepakaran Cafes Richard memanggang dan mengadun kopi telah diiktiraf dalam seni masakan antarabangsa Perancis.
Cafes Richard, Citarasa Kopi No.1 Perancis
Cafes Richard mementingkan pilihan biji kopi paling berkualiti dari seluruh dunia untuk memberikan rasa ‘original’ adunan bermutu dan istimewa. Saya difahamkan, Cafés Richard memanggang kira-kira 10,000 tan biji kopi hijau setiap tahun yang diperolehi dari ladang di Kenya, Ethopia, Brazil, Papua New Guinea, India, Columbia, Galapagos, Mexico dan Guatemala.
Tersenarai di atas sekali ialah Perle Noir atau mutiara hitam, kopi Arabika 100% ekslusif yang dibancuh dengan gaya kopi espresso Perancis. Massaya yang ditanam secara organic turut dihidangkan sebagai kopi espresso yang dibawa dari Mexico. Paling istimewa, pelanggan bukan sahaja menikmati kopi terbaik dengan cawan dan gelas, malah terdapat juga yang diminum dengan menggunakan mangkuk.
Terdapat pelbagai kaedah penyediaan kopi antaranya French Press, Chemex, Sifon dan titisan sejuk. Pilihan kopi pula antaranya kopi Ethopia Moka Yirgacheffe, kopi Costa Rica Tarrazu yang ditanam di dataran tinggi gunung berapi, kopi Sumatera ‘Orang Utan’ Indonesia dan juga kopi paling premium yang jarang ditemui iaitu Jamaica Blue Mountain.
Selain kopi, Cafes Richard turut menghidangkan pelbagai jenis teh – hitam, hijau, putih, roiboos dan herba dari India, China, Sri Langka, Afrika Selatan dan banjaran Alps.Terdapat juga hidangan ringan seperti penkek dengan salmon salai dan taburan kucai, itik salai, daging masin di atas roti bakar Perancis dan, Mousse Foie Grasdi atas pastri berlapis dengan inti kranberi yang menyelerakan.
Hidangan Menu Istimewa Eropah Di Cafes Richard
Cafes Richard juga menyediakan menu masakan Eropah bermula salad dan sup, menu utama dan pencuci mulut. Menu utama ialah Saumon Roti – ikan salmon segar dari Norway dibakar perlahan di dalam ketuhar dan direnjis dengan sos mentega lemon. Ada juga pilihan seperti Spageti Aux escargots dimana Spageti dimasak bersama escargots dan sos krim, itik panggang Perancis, ayam panggang char atau daging lembu panggang Australia.
Menu sarapan pagi, antaranya set Le Parisien, roti croissant dengan jem artisan atau set Le Continental roti bakar baguette Perancis bersama oren segar, teh atau kopi. Kita juga boleh memilih set Le Traditionnel, telur dadar tradisional Perancis dengan keju Gruyere, cendawan dan roti baguette buatan sendiri. Terdapat juga pilihan pastri Perancis seperti kismis, coklat Denmark dan roti croissant.
Citarasa Kopi No.1 Perancis Di Sky Avenue, Genting
Bagi saya, Cafés Richard memberikan pengalaman menikmati kopi yang terbaik dari segi suasana kafe, rasa kopi dan aroma yang ‘rich’ dan tersendiri. Sememangnya Cafes Richard bukan calang-calang pembuat dan penyedia kopi… puas bersantai menikmati kopi bersama hidangan ringan pada ketinggian 6,000 kaki dari aras laut… perfect moments!.
Cafes Richard berhasrat membawa citarasa asli Perancis ke Resorts World Genting dalam rangkaian kopi dan teh berkualiti tinggi. Ia terletak di aras 1 Sky Avenue dengan waktu operasi bermula 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Info lanjut boleh diperolehi di www.cafesrichard.com dan instagram Cafes Richard Malaysia atau laman layari web Resorts World Genting di www.rwgenting.com.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
perghhh mantop bro…nnt saya p try
Mmg mantop!… puas hati pekena kopi sini… t kasih bro 🙂
mesti sedap..
Mmg sedap Itah… puas hati 🙂
Wahhh..hebat ni! Nak kene try jugak lah
Boleh la try dgn abam klu naik genting… mmg puas hati 🙂
Saya memang gemarkan kopi. Kalau ada peluang ke sana, bolehlah singgah. Kadang-kadang saya ada diminta untuk merawat diluar untuk mereka yang mengalami gangguan sihir.
Mmg puas hati tuan… kalau singgah, minum di bahagian luar, ada island utk minum2 kopi smbil santai2 tengok permandangan Sky Avenue ni… seronok 🙂
alahaiii mesti best niiii
Smpi sekarang masih ingat aroma dan rasa kopi tu.. mmg best Linda 🙂
best ni
Abam MKL klu ke genting boleh la singgah sini 🙂
Fuhhh sedapnya!
A ah nani.. mmg sedap.. best 🙂
Harga pun sedap ni. Huhu
Hahaa.. sekali sekala manjakan diri kat sini ok nie 😀 🙂
x yah g perancis kat genting pun boleh dapat 😉
A ah.. tambang flight ke france tu boleh save melantak kopi habis2an kt sini hehee.. mmg puas hati 😀 🙂
Adoi! peminat kopi kena jalan-jalan minum kopi kat sini ni
Mmg kena singgah… ralat nnti peminat kopi klu dah smpi sky avenue tak singgah sini 🙂
Alamak… sedapnya coffee…!!!