Strategi Beli Rumah Untuk Generasi Muda – Hastag #SayaZahra, pernah viral di media sosial tidak lama dahulu apabila graduan bernama Siti Zahra Abd Razly, telah menyampaikan ucapan mengenai cabaran kos sara hidup yang semakin menekan golongan muda, di hadapan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu majlis anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Ucapan tersebut mendapat pelbagai reaksi. Ada yang menyokong dan juga mempertikaikan. Itulah realiti cabaran ‘Gen Y’ dalam menempuh alam kerjaya dan membina kehidupan.
Fakta Generasi Muda Mengalami Tekanan Kewangan
Kajian yang dijalankan oleh Institut Kewangan Asia (AIF) terhadap 1000 golongan professional di Malaysia mendapati hanya 28 peratus yakin dengan kedudukan kewangan mereka. Pecahan fakta kajian tersebut telah diperincikan lagi dengan pecahan-pecahan seperti berikut:
1. 75 peratus mempunyai 1 hutang jangka panjang.
2. 35 peratus mempunyai lebih daripada 1 hutang jangka panjang.
3. 40 peratus berbelanja diluar kemampuan manakala 30 peratus hidup di luar kemampuan.
Fakta kajian tersebut secara langsung menjelaskan bahawa, walaupun golongan muda mempunyai kelulusan tinggi seperti ijazah sarjana, namun kefahaman golongan ini mengenai perancangan kewangan masih kurang. Kajian turut membentangkan punca-punca hutang yang mempengaruhi Gen Y dalam cabaran kos sara hidup, antaranya;
1. 40 peratus pembiayaan pendidikan
2. 30 peratus pembiayaan peribadi
3. 47 peratus hutang kad kredit
4. 56 peratus pinjaman jual beli kenderaan
5. 28 peratus gadai janji
Hutang-hutang tersebut menjadi punca mengapa daripada 107,000 individu yang diistihar muflis, 32484 daripadanya adalah dari golongan remaja.
Cabaran Gen Y terhadap Isu Membeli Rumah
Antara ucapan Siti Zahra menyentuh isu harga rumah diluar kemampuan. Justeru, akhbar Kosmo ada melaporkan cabaran-cabaran yang ditulis oleh Muhd. Ramadhan Fitri Ellias selaku Ketua Jabatan Syariah, Maybank Islamic Berhad terhadap isu membeli rumah ini.
1. Tidak mampu membeli rumah – Kenaikan kos sara hidup dan perbelanjaan harian menyebabkan pembeli tidak mampu membeli kerana komitmen lain yang memakan peratusan tinggi daripada jumlah gaji. Dana yang diperlukan seperti 10 peratus deposit dan kos perundangan boleh memakan sehingga RM20,000 untuk rumah berharga RM100,000.
2. Pinjaman – Ramai pembeli rumah mengalami kesukaran untuk meminjam daripada bank kerana syarat pinjaman yang ketat disamping banyak bank yang enggan meluluskan pinjaman di bawah RM100,000. Adalah sukar untuk pembeli membeli rumah kos rendah dibawah harga tersebut.
3. Harga rumah melambung – kesan monopoli sekumpulan pelabur yang membeli rumah dengan tujuan memanipulasi harga menjadi faktor mengapa harga rumah di Malaysia melambung tinggi. Mereka yang dipanggil spekulator ini mencipta kenaikan harga rumah dan mengganggu kadar permintaan semasa. Sebagai contoh, unit-unit projek perumahan yang baharu sahaja dilancarkan akan dibeli oleh mereka lantas dijual selang beberapa tahun. Harga yang dijual pula ada yang mencecah 45 peratus lebih tinggi daripada harga beli.
4. Banyak projek ‘high-rise’ mewah yang dibina di lokasi-lokasi strategik mengakibatkan ramai terpaksa membeli rumah di luar kawasan bandar seterusnya menjadi punca ‘reverse migration’ penduduk masa kini.
![]() |
Dapatkan info rumah mampu milik Mega 3 Housing di : http://mega3.com.my/site2/ |
Panduan Dan Strategi Membeli Rumah Mampu Milik
Bagi memastikan tahap kewangan Gen Y sentiasa positif dalam mengharungi cabaran kehidupan, satu strategi sememangnya perlu kepada mereka yang mempunyai masalah kurang kefahaman tentang perancangan kewangan. Mengenalpasti kedudukan kewangan berdasarkan langkah-langkah strategik sebagai panduan dapat membantu Gen Y agar mampu membeli rumah kediaman sendiri disebalik pelbagai cabaran kos sara hidup masa kini.
Panduan mengawal kewangan dan strategi membeli rumah telah tersedia buat anda. Ia juga merupakan solusi dan jawapan terhadap isu #SayaZahra dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin menekan generasi muda masa kini.
Strategi Membeli Rumah di : http://mega3.com.my/site2/index.php?cat=114&page=543

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Kos hidup semakin membebankan
sedih biler baca bab nie..baru je buat entry psl rumah smlm 🙁 sedih sgt!
Kos sara hidup semakin mahal apalagi mrk yg tinggal di bandar…kemudahan yg terlalu banyak disediakan di bandar xdpt nk dinikmati warga sebenarnya…kita cuba tarik perhatian tapi xdiperhatikan pun…kesian kita anak2 kita gen y ni…
Harha rumah terlalu tinggi dan kebanyakkannya bertaraf 'tidak mampu milik'. Dengan syarat pinjaman (bank atau bukan bank) dan kadar faedah yang tinggi, menerukkan lagi keadaan nampaknya 🙁
Hmm.. realiti yang harus ditelan rakyat walaupun sentiasa dihidangkan fantasi.
Sukar untuk ditelah..selagi terdaya teruskan berusaha..jalannya tetap ada..in sha Allah..
kos sara hidup makin mahal..semua pun naik harga..turun pun berapa sen la sangat..kalau dulu+ lagi best. rm10 dan boleh beli macam+..sekarang rm50 pun tak nampak huhuhu
Salah satu cara nak keluar dari belenggu ni ialah perlu tingkatkan pendapatan, perlu cari sumber kewangan sampingan. Kalau tak, boleh jadi tukang tengok sambil mata terkebil-kebil je lah.
ramai sekarang anak mud cebur dlam perniagaan sebab nak tambah pendapatan. Namun pelbagai cabaran bukan mudah untuk hadapi dunia perniagaan harap ada orang2 melayu saling bantu membantu
sudah tiada pilihan lagi..kehidupan amat mencabar ..
kita semua wajib ada dua income..kerja dan bisnes
kalau bisnes sahaja yan deras masukpun bagus juga..
gaji byk pun tak cukup juga…
eermmm,itu ini mahal belaka…
Walaupun maju dan pesat membangunnya sesebuah negara…sekiranya masaalah pekerjaan, pendapatan dan ekonomi semasa…pasti akan menjadi isu utama dalam meneruskan kehidupan sekarang ni…
Harga rumah yang sangat tidak masuk akal memang menyukarkan golongan Gen Y membeli hartanah