Bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberikan ruang menghadiri majlis ilmu Bual Bicara Isra’ Mikraj pada malam Ahad, 11 Mei 2015. Forum Perdana Isra’ Mikraj ini telah disampaikan oleh ustaz Abdullah Khairi dan ustaz Haslin Baharin bermula 9 malam di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.
Intipati forum menyuntik kefahaman kepada hadirin mengenai maksud Isra’ Mikraj serta peristiwa yang berlaku pada Baginda Rasulullah SAW pada 27 Rejab, tahun ke 12 dari masa kenabian Baginda. Perjalanan Baginda selama 3/4 malam menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Palestin seterusnya diangkat melalui mikraj dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu Allah di Arasy.
Peristiwa Isra’ Mikraj juga menyaksikan Baginda melihat malaikat bertawaf, bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Pelbagai peristiwa juga diperlihatkan Allah swt kepada Baginda tentang siksaan neraka terhadap golongan yang meringatkan solat, pemakan riba, pelaku zina, pemimpin yang zalim serta pelbagai gambaran dunia di akhir zaman. Selain itu, peristiwa penting Isra’ Mikraj ini adalah dimana Baginda mendapat keringanan mengerjakan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam. Satu kewajipan yang perlu kita laksanakan selagi hidup di dunia ini.
Bual Bicara Isra’ Mikraj
![]() |
Suasana hadirin hadirat yang hadir |
![]() |
Para hadirin dari saf hadapan |
![]() |
Hadirin muslimat dan kanak-kanak |
Bual Bicara Isra’ Mikraj ini berakhir sekitar jam 12 malam dengan pengisian yang bermanfaat. Walaupun dalam kesibukan waktu kebanyakan hadirin yang bekerja pada hari Isnin esoknya, suasana kemeriahan ukhwah hadirin hadirat sentiasa memenuhi ruang majlis ilmu dari waktu ia bermula hinggalah ke akhirnya. Turut terdapat gerai-gerai jualan produk-produk Islamiah dan makanan memeriahkan lagi suasana majlis yang diadakan.
![]() |
Hadirin tidak melepaskan peluang bersalaman selepas majlis ilmu selesai |
![]() |
Bergambar kenangan warga Bandar Tasik Puteri bersama Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Baharin (ustaz Haslin Bollywood) |
![]() |
Bersama Ustaz Haslin Baharin a.k.a Ustaz Haslin Bollywood |
Sumbangan Dana Surau Al Kausar Bandar Tasik Puteri
Selain menyebarkan dakwah pengetahuan bersempena Isra’ Mikraj yang disambut setiap 27 Rejab tahun Hijrah, Forum Perdana Bicara Ilmu Isra’ Mikraj ini juga diadakan bertujuan mengutip sumbangan dana bagi pembinaan Surau Al Kautsar di Blok B1, Bandar Tasik Puteri yang masih dalam pembinaan. Ia dibina melalui sokongan dan melalui sumbangan ramai bagi menampung keperluan tempat ibadah serta menyuburkan aktiviti-aktiviti Islamiah dan fardu kifayah masyarakat setempat.
Justeru, melalui blog picisan ini saya menyeru jasa baik sokongan sahabat pembaca sekelian agar sudilah sekiranya membantu menginfakkan sumbangan agar pembinaan Surau Al Kausar dapat dilaksanakan dengan lancar dan disiapkan sebaiknya.
![]() |
Info sumbangan Surau Al Kausar, B1 Bandar Tasik Puteri, Rawang |
Maklumat interaktif selanjutnya Surau Al Kausar juga boleh diikuti melalui Page FB
Semoga apa yang anda infakkan menjadi saham yang dapat memberati timbangan amal anda di akhirat kelak. Mudah-mudahan kehidupan kita semua sentiasa beroleh keberkatan dan kejayaan di dunia serta akhirat… aamiin.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
wow bestnya..dapat meluangkan masa untuk majlis ilmu sebegini.
Israk Mikraj ni memang antara peristiwa bersejarah bagi umat Islam.dah nak sampai penghujung rejab dah..tak lama lagi Ramadhan pulak.
Sekali sekala makanan rohani tu perlu juga kan. Seronok bila dengar pasal isra' mikraj ni
Seronokkan bila berada di taman Syurga (majlis Ilmu). Pernah makan semeja dengan Ustaz Haslin memang terbaik. Muka serius tapi kalau bersembang dengan beliau memang tak jemu. Banyak perkongsian dari beliau
Kalau masjid sentiasa aktif dengan majlis ilmu, memang best…apatah lagi dijemput penceramah popular. Wah…begitu bergaya Ustaz Hazlin bergambar!
Hujung minggu nie adalah hari Israk Mikraj kalau tidak salah Zumal…
Bro KK…jangan lupa emailkan JM alamat..ada small gift as a top commentar blog JM ye
Tahniah KK…wah JM nk bgi hadiah tuu
Tahniah KK…wah JM nk bgi hadiah tuu
Tahniah KK..wah JM nk bg hadiah laaa
ahakss..kak Lya..ye..ye…sampai 3 kali komen tu…kih kih kih
alaaaahhh…small gift je…x lah bernilai sgt pun…tanda terima kasih atas sokongan ke atas blog picisan tu
bertuahnya dpt hadiri mjlis ilmu sambil menyumbang derma mnmbh bekaln ke akhirat sana.
mencari ilmu bukan sahaja melalui buku
Best kalau dpt pergi ke majlis ilmu yg macam ni. Pergi ramai2 pulak tu.
tgk gmbr je dah tau mmg meriah… wahhhh jupe ustaz haslin tuuu
Majlis ilmu sebegini memang patut diadakan selalu..
surau noe pun ada buat ceramah isra mikraj ni…bagus kita menghadiri majlis2 ilmu ni…
Alhamdulilah, semakin penuh semangat sambutan masyarakat utk majlis-majlis yang begini.
pergi majlis ilmu bkn sekadar dpt ilmu tapi juga dapat pahala …
Aamin aamin
Seronok dapat menghadiri majlis ilmu begini, apa lagi dapat penceramah yang hebat2 dan mesra jemaah…seperti Ustaz Haslin Bollywood ni….
bestnya majlis ilmu
wah, ramai juga kan. bestnya. haritu pakcik ada ajak p sana. tapi x dapat nak p… saya suka dengar ceramah ustaz haslin. hehe. kelakar je
Alhamdulillah …dapat menghadiri majlis ilmu seperti ini dapat mengajar kita utk lbh mendekatkan kita kpd Allah..Semoga ilmu yg disampaikan dpt disampaikan pula oleh KK kpd org lain di luar sana..
Ramai juga yang hadiri kuliah ilmu agama kan? syukur…