Biodata

Assalamualaikum.

Hai… saya Khir Khalid.

Saya mengusahakan entiti keusahawanan sosial bernama Khir Khalid Resources sebagai perunding intervensi pembangunan insan kepada beberapa agensi latihan, organisasi dan institusi pengajian di Malaysia.

Seorang digital marketer yang terlibat menulis blog dan kandungan digital dengan matlamat memperkasa aspirasi kerjaya melalui perkongsian idea informatif, perspektif dan portfolio kepada rujukan pembaca online berkaitan landskap intervensi keusahawanan, pendidikan dan pembangunan modal insan.

Khir Khalid, Perunding Pembangunan Insan

Biodata Peribadi Dan Kerjaya

Nama sebenar Khairul Anuar Md Khalid, namun dikenali dengan panggilan Khir sejak kecil. Suami kepada seorang isteri dan bapa 4 cahayamata. Warga Malaysia kelahiran Johor dan menetap di Selangor.

Ditauliahkan Adv. Cert. The Chartered Institute Of Marketing (CIM) di RIMA College Kuala Lumpur pada 1995 dan BA (Hons) Marketing di University Of Wolverhampton, United Kingdom pada 1997.

Memulakan kerjaya sebagai PR Coordinator di SMTM Ltd, seterusnya menceburi sektor pelaburan dan pengurusan aset korporat di ACS Resources Berhad dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Pemasaran. Menyertai Prima Iklan Sdn Bhd sebagai Pengarah Eksekutif, sehinggalah menubuhkan Khir Khalid Resources pada 2011.

Biodata Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Kenapa Saya Menceburi Platform Pembangunan Insan

Pengalaman cabaran hidup, kerjaya dan keusahawanan telah membuka ruang terlibat dalam segmen keusahawanan sosial dan pembangunan insan.

Segalanya bermula semasa saya bekerja dalam sektor korporat. Ia kerjaya mencabar dengan persaingan yang tinggi. Pengalaman berurusan dengan institusi perbankan dan profesional, disamping membangunkan pelbagai portfolio kertas kerja banyak mendidik tentang sektor korporat tempatan serta antarabangsa.

Berkat usaha, sokongan keluarga serta pelbagai pihak, saya berjaya merealisasikan beberapa portfolio projek sehingga diberi kepercayaan menjawat Pengarah Pemasaran. Dari situ, saya berpeluang menimba pengalaman menyelia beberapa pengurus dan pegawai pemasaran subsidari kumpulan, serta bertanggungjawab menyelia akses kerjasama dengan team ‘fund manager’ pelaburan syarikat.

Namun, berlaku krisis pengurusan hingga melibatkan isu perundangan dan beberapa pihak didakwa. Saya meletak jawatan berdasarkan saranan SSM. Ia bukan pilihan mudah kerana ketika itu saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang masih kecil, apatah lagi ketika prestasi kerjaya sedang meningkat maju.

Keluarga Perunding Khir

Berbalik semasa terlibat dalam sektor pelaburan, saya juga telah menubuhkan syarikat kontraktor pembinaan dan pengiklanan bersama 3 rakan kongsi. Namun disebabkan tiada kesefahaman, perniagaan tersebut gagal.

Ia tidak semudah ditulis… bagi memastikan semangat tidak luntur, saya menyertai pelbagai program mentoring. Bermacam dugaan, malah bukan semua yang bergelar mentor pun mampu hadapi apa yang kami tempuhi. Maka bermula negatif dengan secebis pengalaman, pengetahuan dan pinjaman, saya mulakan plan baru.

Lebih 4 tahun kami tinggal di lot kedai (75′ X 22′) yang dibahagikan kepada bahagian retail stationery dan photostat, pejabat untuk mengurus kerja-kerja membekal dan bahagian belakang menjadi tempat tinggal kami. Sempit, tapi saya bertekad untuk terus berusaha dari sekadar makan gaji.

Akhirnya melalui reputasi perniagaan saya ditawarkan menyertai syarikat pengiklanan outdoor sebagai Pengarah Eksekutif. Ia membantu meringankan beban dan menambahbaik aspirasi kerjaya.

CEFR British Council Malaysia

Selain vendor kepada sektor korporat dan swasta, syarikat kami juga berdaftar dibawah kerajaan dan antara vendor ‘social events’ pelbagai program pembangunan belia. Sejak itu saya didedahkan dengan platform program sehingga berpeluang mengikuti beberapa sesi fasilitatorship pembangunan belia bermula 2006.

Pengalaman pahit manis sektor korporat juga menjadi pencetus menceburi segmen koreksional sebagai motivator Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WPKL pada 2011. Ia menjadi pencetus inisiatif penubuhan Khir Khalid Resources sebagai entiti perunding bebas motivasi kesedaran sosial dan pembangunan insan.

Tuhan telah menunjukkan pelbagai realiti kehidupan. Pengalaman belajar di perantauan, menceburi sektor korporat, bertugas di beberapa negara dan berniaga, sehinggalah terlibat mengenali platform institusi pendidikan dan latihan berkelas tinggi, institusi koreksional, banduan dan penjara, segmen remaja tersasar, rumah perantaraan dan rumah perlindungan. Ia meninggalkan kesan yang mendalam.

Sehingga kini, saya terus terlibat dalam pemerkasaan modul intervensi akademik, sosial dan koreksional melalui agensi latihan, institusi pendidikan dan rakan industri. Pengalaman yang dilalui juga menjadi sebahagian elemen sokongan modul ‘akademik-industri’ dalam konteks kesedaran dan pembangunan insan di Malaysia.

Sebahagian intervensi boleh rujuk di sini: SocioEDU Malaysia.

Program Pembangunan Insan

Portfolio Keusahawanan Sosial Dan Kerjasama Industri

Saya mula menulis sebagai kolumnis online dan blogger pada tahun 2008, namun hanya menjadikan blog sebagai platform memperkasa aspirasi kerjaya dan keusahawanan bermula 2011.

Sejak itu, pengisian blog telah membantu meluaskan lagi capaian prospek yang bertepatan. Ia membuka lagi ruang kepercayaan untuk terlibat dalam pemerkasaan program intervensi kepada pelbagai institusi termasuk tawaran kerjasama strategik antara vendor, agensi dan industri dalam penyampaian informasi.

Portfolio penglibatan memperkasa intervensi pembangunan insan, termasuk kerjasama pengisian digital berkaitan ‘social empowerment’ sehingga kini antaranya;

  • Genovasi Malaysia.
  • Jabatan Penjara Malaysia.
  • Parol Dan Perkhidmatan Komuniti.
  • Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur.
  • Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
  • East Coast Economic Region Development Corporation (ECERDC).
  • Women’s Aid Organisation (WAO).
  • INTI International University & Colleges.
  • Sunway Education Group.
  • Jeffrey Cheah Foundation.
  • Nippon Paint Malaysia.
  • Durex Malaysia.
  • British Council Malaysia.
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pernah diundang dalam slot Dialog dan Landskap TV1, MHI (TV3), dan beberapa forum berkongsi aspirasi pembangunan insan, juga antara delegasi lawatan kerja Perdana Menteri dan beberapa siri lawatan sosio-ekonomi berkaitan transformasi pembangunan insan di Malaysia.

GE Leaders of Tomorrow

Khirkhalid.com merupakan portal dibawah inisiatif digital Khir Khalid Resources dalam mengetengahkan jurnal dan perspektif keusahawanan sosial, motivasi pendidikan dan intervensi pembangunan insan.

Subscribers dan pembaca dinamik terdiri dari wakil institusi, industri, jabatan kerajaan, warga pendidik dan penggiat sosial dari kalangan usahawan, profesional dan akademik, termasuk dari rujukan enjin carian. Ada antara artikel blog ini juga turut dijadikan medium pembentangan institusi. Oleh itu, saya sentiasa menjaga etika informasi, pengisian serta profesionalisme pihak terlibat dan pembaca seluruhnya.

Justeru, sebarang pertanyaan, sesi intervensi dan kerjasama jangka panjang pemerkasaan modul motivasi kesedaran sosial dan pembangunan insan, termasuk penajaan program dan fundraising, boleh email saya di khirkhalidmy@gmail.com atau melalui Contact Form di bawah.

Adalah diharapkan agar segala input yang diketengahkan dapat membantu menyuntik nilai tambah positif dalam memperkasa idea profesionalisme dan inspirasi kehidupan para pembaca.

Terima kasih atas kesudian membaca.

Salam Hormat.