Perunding Pemasaran, Biodata Khir Khalid,

Salam sejahtera… saya Khir Khalid. Perunding pemasaran bertauliah yang berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia.

Mengusahakan entiti perunding bersekutu dalam usahasama pemasaran dan kandungan digital kepada agensi, institusi, sektor komersil, industri dan perusahaan kecil sederhana (IKS/PKS).

Turut terlibat dalam keusahawanan sosial akademik-industri, pemasaran dan startup. Penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia.

Biodata Dan Kerjaya

Nama sebenar Khairul Anuar Md Khalid, dikenali dengan nama Khir sejak kecil.

Suami kepada seorang isteri dan bapa kepada 4 cahayamata. Warga Malaysia kelahiran Johor dan menetap di Selangor.

Ditauliahkan Advance Certificate The Chartered Institute of Marketing (CIM) di RIMA College Kuala Lumpur, dan BA (Hons) Marketing di University Of Wolverhampton, United Kingdom.

Kerjaya bermula pada 1997 sebagai eksekutif perhubungan awam, seterusnya menjawat eksekutif pemasaran sektor pengurusan aset korporat dengan jawatan terakhir Head of Marketing.

Menyertai firma periklanan sebagai pengarah pemasaran, sebelum menubuhkan Khir Khalid Resources sebagai entiti perunding bersekutu pada 2011.

Biodata Khir Khalid, Perunding Pemasaran,

Portfolio Digital

Penglibatan online bermula pada 2008, namun hanya memanfaatkan potensi digital sebagai medium integrasi kerjaya pada 2011.

Sebagai ‘digital immigrant’, ia membantu menambahbaik reputasi industri dan profesyen dalam usahasama pemasaran, kandungan digital dan keusahawanan sosial.

Portfolio Khir Khalid antaranya;

  • Genovasi Malaysia.
  • Jabatan Penjara Malaysia.
  • Parol Dan Perkhidmatan Komuniti.
  • Jabatan Belia Dan Sukan WPKL.
  • Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
  • East Coast Economic Region Development Corporation (ECERDC).
  • Women’s Aid Organisation (WAO).
  • INTI International University & Colleges.
  • Sunway Education Group.
  • Jeffrey Cheah Foundation.
  • Nippon Paint Malaysia.
  • Durex Malaysia.
  • British Council Malaysia.
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Pernah diundang dalam Dialog dan Landskap TV1, MHI (TV3), Harmoni Nasional FM serta beberapa forum usahawan sosial, penulis kandungan digital dan blog Malaysia.

Khir Khalid Perunding Pemasaran

KhirKhalid.com

KhirKhalid.com merupakan laman web inisiatif penulis dalam mengetengahkan insight journal berkaitan perspektif peribadi, industri dan portfolio kerjaya.

Subscribers dinamik terdiri dari kalangan usahawan, profesional dan startup, wakil industri, akademik dan institusi, juga pembaca dari enjin carian dan media sosial.

Khir Khalid boleh dihubungi untuk rundingan pemasaran melalui Contact Form di bawah atau emel ke khirkhalidmy@gmail.com.

Baca halaman > Profil Industri

Terima kasih.

Salam Sukses.

***

Hubungi Khir Khalid:

Kembali ke halaman > UTAMA