Makam Diraja Almarhum Sultan Abdul Samad – Usai majlis permuafakatan ibu bapa guru di sekolah kak long pada pagi Jumaat terakhir di bulan Ramadan 1437H dan bermulanya cuti sekolah sempena menyambut Aidilfitri, kami berkesempatan singgah menziarahi makam Sultan Abdul Samad di Jugra, Banting. Di sinilah lokasi bersemadinya Almarhum sultan bersama kerabat dan orang-orang penting dalam sejarah era pemerintahan Almarhum baginda sebagai Sultan Selangor ke-4.
Sejarah Almarhum Sultan Abdul Samad
Nama Almarhum Sultan Abdul Samad pastinya bukan nama yang asing terutamanya bagi mereka yang bermastautin di Kuala Lumpur dan Selangor. Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Kuala Lumpur dinamakan sempena nama Almarhum kerana ia telah dibina sewaktu era pemerintahan baginda sebagai Sultan Selangor. Merupakan bangunan yang menjadi antara ‘landmark’ penting menyerlahkan identiti Malaysia ke serata dunia.
Almarhum Paduka Sri Sultan Sir Abdul Samad ibni Tunku Panglima Besar Abdullah diputerakan pada 1811 di Bukit Melawati sebelum menetap di Jugra. Baginda merupakan putera Tengku Abdullah ibni Sultan Ibrahim yang memerintah negeri Selangor bermula pada tahun 1857 sehinggalah baginda mangkat pada 6 Februari 1898 pada usia 93 tahun dan dimakamkan di sini.
Info sejarah boleh di rujuk di sini >
Paduka Sri Sultan Sir Abdul Samad (1857 – 1898)
Paduka Sri Sultan Sir Abdul Samad (1857 – 1898)
Makam Almarhum Sultan Yang Terjaga Rapi
Kedatangan kami ke Makan Sultan Abdul Samad ini sebenarnya tidak dirancang, memandangkan lokasinya yang tidak jauh dari asrama kak long belajar. Tambahan lagi, saya membawa ibu bersama menjemput kak long pulang bercuti Aidilfitri yang bakal tiba, maka tergerak untuk singgah berziarah atas kelapangan waktu yang ada sebelum pulang ke rumah.
Tiada sesiapa setibanya kami di sini, mungkin disebabkan bulan puasa dam waktu ketika itu baru sekitar jam 10:30 pagi. Lokasi makam yang terletak di atas bukit ini sangat nyaman dengan tiupan angin pagi yang segar. Suasana yang mendamaikan, suram tetapi tenang dengan keadaan persekitaran makam yang bersih, kemas dan terjaga rapi.
![]() |
Makam Panglima Hitam (paling kiri) dengan permandangan bukit |
![]() |
Kawasan persekitaran yang bersih dan damai |
Penghormatan Almarhum Sultan Abdul Samad
Perbagai arkib bersejarah tentang Almarhum Sultan Abdul Samad yang kini boleh di akses dari pelbagai carian era informasi di hujung jari. Sumbangan baginda dalam sistem pemerintahan beraja suatu masa dahulu adalah antara sebahagian asas penting menjadikan Kuala Lumpur dan Selangor seperti apa yang kita lihat pada hari ini.
Akhir kata, semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Al Marhum Sultan Abdul Samad, seluruh kerabat dan mereka yang disemadikan serta tergolong dikalangan orang-orang yang beriman… aamiin.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
kalau x silap sy aritu ada msk tv1
bersih kawasan persekitarannya ya
Singgah baca! Selamat Hari Raya
Jemput singgah blog 🙂
Latest post: Ulang cerita raya 2016 – raya tanpa lemang http://shasafiez.blogspot.my/2016/07/ulang-cerita-raya-2016.html
aamiin ~
tapi sedih tempat mcm ni jarang budak-budak sekarang nak pegi 🙁
amin…
terkawal rapi..
jarang2 jugak nak ziarah tempat camni
Nampak bersih dan terjaga.
wow. dah 2 tahun ke sana balik kampung x pernah tahu pula pasal makam diraja ni
pernah pi sini..tp time tu depa tutup xleh nak masuk..cantik tul makam depa kaler diraja kuning