Nico Rosberg, Khir Khalid,

Bertemu Nico Rosberg adalah satu pengalaman berharga buat diri ini. Ia bersempena pelancaran Petronas Syntium CoolTech yang berlangsung pada Sabtu, 21 Mac 2015 di KLCC.

 
Majlis pelancaran telah disempurnakan YBhg Tan Sri Dato’ Shamsul Azhar Abbas (Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan PETRONAS), YBhg Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin (Pengerusi PETRONAS Lubricants International), En Amir Hamzah Azizan (Naib Presiden Bahagian Perniagaan Pelincir PETRONAS) dan Nico Rosberg (Pemandu Formula 1 MERCEDES AMG PETRONAS) 
 
Pelancaran Petronas Syntium dengan CoolTech
 

PETRONAS Syntium CoolTech

 
PETRONAS Syntium CoolTech direka dengan kepakaran kejuruteraan melawan haba enjin berlebihan bagi mengekalkan prestasi enjin yang optimum untuk pemanduan tanpa masalah.
 
Ia direka khusus dengan rantaian minyak yang menyerap dan memindahkan haba berlebihan daripada bahagian kritikal enjin dengan berkesan. Pemandu beroleh prestasi pemanduan yang optimum bila haba yang merosakkan enjin dihentikan. Ia memanfaatkan kita untuk pemanduan lancar dan bebas masalah.
 
PETRONAS Syntium CoolTech membawa 3 manfaat utama melalui pengurangan haba yang cekap.
 
Pertama, ia menghalang kegagalan enjin dengan melindungi komponen enjin daripada haus dan lusuh diakibatkan suhu yang tinggi.
 
Kedua, ia melambatkan kepekatan minyak dengan menghalang minyak daripada mudah teroksida pada suhu tinggi bagi memastikan pelinciran optimum pada bahagian-bahagian enjin.
 
Ketiga, ia mengekalkan prestasi enjin yang optimum dengan menghalang pengumpulan deposit berbahaya akibat haba enjin berlebihan disebabkan keadaan pemanduan yang melampau.
 

PETRONAS Syntium dengan CoolTech
lulus piawaian antarabangsa ketat yang ditetapkan oleh Institusi Petroleum Amerika (API), Jawatankuasa Piawaian dan Kelulusan Pelincir Antarabangsa (ILSAC) dan Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA) dengan ciri-ciri penentangan haba yang berprestasi tinggi.
 
Petronas Syntium dengan CoolTech
“Pada masa ini, PETRONAS Syntium adalah jenama minyak pelincir yang dipercayai dikalangan berjuta-juta pemandu seluruh dunia dan dijual di lebih 80 pasaran seluruh dunia. Kedudukan kami yang kukuh dalam pasaran ini memberikan kami asas yang betul untuk menguasai peluang pertumbuhan baru untuk meletakkan kedudukan kami sebagai salah satu Syarikat Minyak Pelincir Terunggul Dunia pada tahun-tahun akan datang” – (En Amir Hamzah Azizan)
 

Bertemu Nico Rosberg

 
Saya berpeluang bertemu Nico Rosberg dan mendengar perkongsian beliau tentang dunia perlumbaan. Satu penghargaan dapat bertemu pelumba hebat dunia secara peribadi.. power beb!
 

Pengalaman teknikal 20 tahun dalam Formula 1 telah memanfaatkan Petronas dari segi pembangunan rangkaian bahan api perlumbaan, minyak enjin dan bendalir berfungsi lain untuk 6 musim bersama Pasukan Formula 1 MERCEDES AMG PETRONAS.

Inovasi memainkan peranan penting dalam memastikan prestasi konsisten sepanjang musim 2014 membantu Pasukan Formula 1 MERCEDES AMG PETRONAS memenangi kejohanan FIA Formula 1 Constructors’ Championship. Ia adalah bukti kejayaan kerjasama antara Petronas dan pasukan dalam kemajuan teknologi bendalir.

 

Nico Rosberg, F1 Mercedes AMG Petronas, Khir Khalid
Nico Rosberg – Pemandu Pasukan F1 Mercedes AMG Petronas
 

Menurut Nico Rosberg, peraturan baru Formula 1 pada tahun 2014 memerlukan penggunaan enjin yang lebih kecil dan cekap tenaga. Walaupun dengan pengecilan enjin, penghasilan kuasa yang sama harus dikekalkan dan ini menyebabkan haba yang ketara.

Ia serupa dengan yang berlaku dalam enjin kereta turbo moden yang kecil. Minyak enjin memainkan peranan penting untuk menyelaras suhu enjin dan mencegah kerosakan berpunca dari haba berlebihan.

 
Menurut Nico Rosberg lagi, PETRONAS Syntium menjadi formula kejayaan pasukannya pada tahun 2014. Dilengkapi dengan formulasi melindungi enjin daripada suhu melampau dan mengekalkan prestasi enjin yang optimum. Nico Rosberg yakin dengan satu lagi pencapaian prestasi yang unggul tahun ini.
 
 
 

25 Thoughts to “Bertemu Nico Rosberg Di Pelancaran Petronas Syntium CoolTech”

  1. wah best nya KK dapat pergi majlis ni 🙂

  2. Nico Rosberg heheehe untunglaa dapat duk kat sebelah hahahaha senyum lebar nampaknya …Wah menarik ni … Terima kasih KK atas perkongsian ini ..

  3. AvatarAna Solehah DI

    Assalamualaikum KK… menjengah ke sini lagi…

  4. wah hebatnya KK dapat bergambar dengan Icon sukan mewah dunia..

  5. Bukan main lagi nampaknya KK…teruja sangat sampai berjabat tangan erat macam tak nak lepas jer…hehe

  6. bolehlah rekemen pada suami..bagi link ni terus pada suami sbb saya ni kurang arif bab2 minyak dan kereta ni…

  7. Wah! Dapat bergambar bersama Nico Rosberg lagi… 🙂
    Kalau boleh harga minyak pelincir Petronas terbaik ni murah sikit utk rakyat Malaysia, kan ke bagus…

  8. wah..nico Rosberg tu!tahniah abang Khir dapat jemputan majlis ni..moga terus maju-jaya..

  9. Inilah kelebihan penglibatan petronas dalam industri F1 sejak beberapa tahun lalu. Kini mula menampakkan hasilnya.

  10. AvatarLynn Munir

    Petronas semakin aktif dalam permotoran formula 1 dan dah tentu tahniah Khir kerana terlibat sama.

  11. AvatarSylarius Yusof

    Power la KK. Siap dapat bergambor dengan Rosberg lagi tu. Hehe

  12. Wah, KK dapat bergambar dengan Nico Rosberg laa… Jelesnya, hehe ^^

  13. Petronas dengan Formula 1 memang dah diiktiraf kemampuannya..

  14. nico rosberg tu ! bestnyer kk ! 😉

  15. AvatarCetusan Minda

    jeles sih kk dpt bergambar dgn rosberg … blh la try contact rosberg guna umobile

  16. Avatarmemmet lenggeng

    Harap-harap Petronas akan membangun dengan lebih jayanya

  17. Semoga Petronas terus maju…

  18. AvatarIja Rased

    wah terbaiklah dapat join event besar camni.

  19. AvatarAnonymous

    Terbaik khir..jeles u..

  20. wahhhh dpt jupa rosberg tu…. best best mmmm nk kena tggu 2 bln lg br dpt merasa myk ni 😉

  21. oo nama dia Nico Rosberg? hehe…saya tak kenal pun
    aritu mungkin saya berada dibelakang KK tengok pada keadaan gambo di ambil
    sebab tu kita tak nampak antara satu sama lain
    saya plak tidak mendapat jemputan rasmi, menyelit di situ aje =)

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.