Blogger Acik Watie Kota Bharu
Berkesempatan menulis setelah beberapa minggu terbiar bersawang disebabkan perlu menumpukan kepada beberapa urusan offline. Misi blogwalking akan menyusul kemudian. Artikel kali ini mencoretkan perkongsian penghargaan apabila berpeluang bertemu dengan seorang rakan blogger yang dihormati, dalam jurnal kerjaya di Kota Bharu baru-baru ini.


Panorama Sepetang Di Kota Bharu

Pada 7 November 2015 yang lalu saya dan saudara Eizil bersama beberapa rakan niaga telah mengadakan Business Preview Jemaah Bisnis Denaihati di Royal Guess House, Kota Bharu. Hanya seharian sahaja saya berpeluang berada di bumi ibu negeri Kelantan pada kali ini disebabkan jadual urusan lain yang padat.
Business Preview berlangsung sekitar jam 9 hingga 12 malam dan kami pulang ke Kuala Lumpur pada pagi keesokkan harinya. Sempat merakam beberapa panorama Kota Bharu dari lensa handphone pada waktu petang sekadar untuk diabadikan di blog ini.
Kota Bharu, Kelantan,
Spot lokasi popular di Kota Bharu
Kota Bharu, Kelantan,
Panorama Kota Bharu dari Plaza Intan
Kota Bharu, Kelantan,
Kota Bharu ‘river and sunset’

Bertemu Rakan Blogger Kota Bharu

Antara tetamu yang menghadiri majlis ‘business preview dinner’ di Kota Bharu adalah seorang rakan blogger yang tidak asing dikalangan komuniti blogger. Seronok setiap kali dapat bertemu dengan rakan-rakan blogger dan pastinya akan saya abadikan di blog ini sebagai wadah penghargaan silaturrahim dan persahabatan.
Pertama kali bejumpa Acik Watie, seorang yang peramah dan mesra. Saya difahamkan beliau baru sahaja ‘touchdown’ dari Kuala Terengganu dan terus ke majlis yang kami adakan. Terima kasih atas kehadiran sehingga kepengakhiran majlis walaupun berkerja esoknya. Mudah-mudahan dapat bersama rakan niaga meluaskan jaringan keusahawanan di Kota Bharu, in shaa Allah.
Blogger Acik Watie,
Kredit selfie Acik Watie… thumbs up… 😀

Jom Kenali Blogger Acik Watie

Kepada sesiapa yang belum mengenali blogger Acik Watie, jom kunjungi blog Acik Watie Menulis di www.acikwatie.blogspot.my . Ramai-ramai kita terjah… semoga silaturrahim yang terbina sentiasa membawa kebaikan dan keberkatan bersama semua… aamiin.
Sehingga bertemu lagi Acik Watie. Salam ceria selalu… 🙂

18 Thoughts to “Bertemu Blogger Acik Watie Di Kota Bharu, Kelantan”

  1. AvatarMardiah Diana

    Salam singgah sini KK….wahh…bestnya dapat jumpa rakan blogger Acik Watie…..

    Cantik sekitar pemandangan Kota Bharu Kelantan ni…

  2. Avatarikhwan yusuff

    bilalah nak jumpa En.Khir ni…hihihihih.. 😀 cantik juga permandangan sekitar KB ni…jarang pergi walaupun negeri jiran.

  3. boleh la berkenalan jugak..dah lama rasanya tak jejak bumi kelantan…

  4. salam kenal… wah…. seronoknyer bila jumpa rakan blogger kan…. tak puas la g kelate sehari kan….

  5. Wah…..Khir kita telah bertemu ye..moga hubungan kita kekal sampai ke Jannah.

  6. AvatarMizz Aiza

    pasti seronok dapat bertemu rakan blogger.. sudah lama aiza tidak pergi ke kelantan.. lepas ini mesti berkunjung ke blog blogger acik watie..

  7. Cantiknya gambar sunset view tu…Mak suka

  8. Moga persahabatan dan silaturrahim berkekalan…wah bestnya dapat jumpa dengan blogger2 lain

  9. Bila KK upload pic Kota Bharu ni baru lah saya dapat lihat pembangunan di sana yang terkini,saya pernah ke KB tapi dah lama sangat tau hehe..best dapat bertemu blogger2 untuk mengeratkan lagi Silaturrahim sesama kita.

  10. mesti best sekali sekala berjumpa dengan rakan blogger..lebih lebih lagi kalau blogger itu pembaca setia blog kita..semoga terus sukses tuan

  11. Bestnya boleh bertemu teman 'sekapal' boleh la silaturrahim terbina lebih utuh lagi selepas ini

  12. SAMBIL MENYELESAIKAN TUGAS N URUSAN DPT PULA BERTEMU RAKAN BLOGGER ACIK WATIE YG MANIS TU …BAGUSNYA.

  13. Best dapat ketemu blogger hebat kan KK..:)

  14. semoga terus sukses en khir.. 🙂

  15. Sambil mengembangkan bisnes dapat juga mengeratkan ukhuwah sesama blogger…
    Semoga segala urusan KK dipermudahkan…

  16. blogger Acik Watie? mestilah kenal…dah lama x terjah blog beliau…bro KK..bila kita nak sefie ama-sama hehehehe

  17. Seronoknyer dapat jumpa muka dengan rakan blogger…

  18. AvatarNieve

    Adoiyai.. gambar sunset view KB tuh memang lejen lahhh heee… salam kenal 😉

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.