Taman Botani NegaraEkspresi 

Berkunjung Ke Taman Botani Negara Shah Alam

 
Kelapangan cuti sekolah yang lalu, saya sekeluarga berkesempatan berkunjung ke Taman Botani Negara Shah Alam. Tujuan asal kami ke Shah Alam sebenarnya disebabkan hajat ibu yang ingin ke rumah makcik. Tapi sebelum ke sana, kami mengambil keputusan untuk singgah jalan-jalan ke sini. Ia juga dikenali dengan nama Taman Pertanian Bukit Cerakah dan kebetulan berada tidak jauh dari lokasi yang hendak kami tuju.

Taman Botani Negara Shah Alam

 
Kami tiba sekitar jam 12 tengah hari dan terlebih dahulu bercadang singgah makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan. Hasrat kami tidak mengecewakan kerana terdapat sebuah kedai makan di pintu masuk Taman Botani Negara ini.

 

Secara jujur, juadah yang dihidangkan memang tidak mengecewakan… marvelous!!.. sedap, simple dan harga pun berpatutan. Belum berjalan lagi tapi semua dah kenyang haha.

 
Taman Botani Negara
 
Terdapat beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati antaranya ialah Taman Haiwan, Taman Hiasan, Rumah Iklim Sederhana 4 Musim, Taman Rempah Ratus, Taman Kaktus, Taman Buah-Buahan Tropika, Taman Padi dan Taman Konservasi Herba.

 

Sayangnya, Rumah Iklim Sederhana 4 Musim ditutup kerana ia sedang dalam proses pencairan iklim untuk persediaan musim bunga dan akan dibuka semula penghujung bulan nanti. Memandangkan waktu yang terhad kami hanya bersiar-siar ke lokasi Taman Haiwan sahaja.

 
Untuk ke setiap lokasi di Taman Botani Negara ini ada disediakan bas. Pengunjung boleh memilih sama ada berjalan kaki, menaiki bas atau menyewa basikal yang ada disediakan. Bagi kes kami ni, bas adalah pilihan yang sesuai… lagi pun bawa mak kan.. takkan nak naik basikal pulak.
 
Jalan-jalan Malaysia di Selangor,
 

Taman Haiwan Di Taman Botani Negara Shah Alam

 
Haiwan-haiwan yang terdapat di Taman Haiwan ini tidaklah banyak jika dibandingkan dengan apa yang terdapat di zoo. Namun bagi anak-anak ia sesuatu yang menarik bila dapat melihat rusa dan kuda yang banyak di sini secara dekat. Selain itu, seronok juga melihat haiwan spesis reptilia yang ada.. nampak ‘brutal’ je walaupun kecil.

 

Taman Haiwan, Taman Pertanian Bukit Cerakah,
Jalan masuk ke Taman Haiwan Taman Botani Negara
Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Papan tanda berhampiran pintu masuk Taman Haiwan
Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Layan Burung kakak tua
Burung kakak Tua
Burung kakak Tua, hinggap di jendela… nenek sudah tua, giginya tinggal dua.. 😀
Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Apa tengok-tengok!!
Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Landak yang malas dan pemalu
Taman Haiwan, Kura-Kura, Labu-Labi,
Labi-labi… bukan Labu dan Labi.. 😀
 
Meneruskan perjalanan ke kandang kuda… Ibu saya tak larat nak berjalan jauh. Beliau hanya duduk di tempat duduk yang disediakan. Sempat juga berbual dengan orang lain yang turut membawa ibunya. Sama juga duduk membiarkan anak bersama cucu-cucunya mengenal alam.

 

Taman Botani Negara
Ibu dapat kawan baru dari Klang.. 🙂
Sepanjang di Taman Haiwan, apa yang saya perhatikan banyak haiwan yang seperti kelaparan dan tidak bertenaga… kesian pula tengok. Paling sedih bila tengok rusa-rusa kelaparan.

 

Sesiapa jua yang hadir pasti mendapati tiada satu daun pokok yang berguguran terdapat di dalam kandang. Semuanya habis dimakan oleh rusa-rusa tersebut. Memandangkan keadaan seperti itu, ramai pelawat mencampakkan daun-daun pokok gugur yang bertebaran ke dalam kandang. Rusa-rusa tu pun datang dan makan setiap daun yang ada seperti makan keropok.. krup.. krup…

Taman Rusa, Taman Botani Negara
Taman Rusa di Taman Haiwan
Rusa Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Antara pengunjung yang memberi daun-daun kepada rusa
Rusa Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Hello…
Rusa Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Nyum-nyum…
 
Meneruskan perjalanan ke kandang kuda… seronok pula tengok kuda-kuda yang comel. Kuda padi barangkali. Saya pun tak berapa tahu tentang kuda.
 
Namun apa yang menarik perhatian ialah gelagat seekor kuda yang seolah-olah merajuk. Tak taulah kenapa dia macam tu.. terdapat nama ‘Shela’ di kandangnya. Mungkin nama kuda tersebut…
 
Kuda merajuk, Taman Botani Negara
Shela yang merajuk huhu..
Kuda Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Kuda yang ni sempoi.. rambut retro..
 
Setelah penat berjalan dalam bahang tengah hari kami pun mengambil keputusan untuk beredar. Sewaktu menunggu bas untuk turun pulang ke pintu masuk utama, kedengaran juga beberapa keluhan dari pengunjung yang sedikit kecewa dengan apa yang terdapat di sini.

 

Mujurlah kami hanya berhasrat untuk singgah dan tidak meletakkan harapan yang tinggi. Biasalah.. harga masuk dewasa adalah RM 3.00 dan RM 1.00 untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun. Masakan sama seperti apa yang terdapat di iCity tu… agak-agak la brader haha.

 
Selfie santai sekeluarga
 
Keistimewaan Taman Botani Negara Shah Alam
 
Taman Botani Negara ini sememangnya terkenal satu masa dahulu. Tetapi apabila membangunnya pelbagai lokasi rekreasi baru, ia agak sedikit ketinggalan walaupun diselenggara dengan baik.

 

Apa pun, tempat ini sesuai untuk rekreasi secara berkumpulan memenuhi aktiviti atau program-program motivasi seperti summer camp dan sealiran dengannya. Terdapat juga lokasi ‘skytrek’ yang sesuai untuk acara seperti itu.

Selain itu, bagi yang minat mengkaji hutan juga amatlah sesuai sangat bertandang ke Taman Botani Negara ini.

Perkhidmatan Bas Taman Botani Negara
Bye-bye
 
Bagi saya, Taman Botani Negara boleh dijadikan aktiviti ilmu dan santai sekeluarga yang menjimatkan. Kami pulang sekitar jam 3 petang kerana ada beberapa lokasi lain yang hendak dituju.

 

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui aktiviti atau lokasi Bukit Cerakah ini boleh Google je… dekat sangat dengan Bandaraya Shah Alam. Justeru… sekian dulu buat kali ini.. 😀

 
 

Related posts

28 Thoughts to “Berkunjung Ke Taman Botani Negara Shah Alam”

  1. Salam..wanie dah pernah sampai sini beberapa bulan lepas..masa wanie pergi tu dapat lagi masuk rumah 4 musim..masa tu tengaj musim salji..sejuk sangat..mmg tak sangka sesejuk tu..apapun tempat ni memang best!

  2. Salam..wanie dah pernah sampai sini beberapa bulan lepas..masa wanie pergi tu dapat lagi masuk rumah 4 musim..masa tu tengaj musim salji..sejuk sangat..mmg tak sangka sesejuk tu..apapun tempat ni memang best!

  3. Avatarmemmet lenggeng

    Musim bunga sekarang ya? Saya pergi itu hari musim luruh…Dah beberpa kali ke sini, tapi taman ini perlukan penambah baikan

  4. AvatarNurul Hidayah

    Nurul kesini last December… kalau nak jogging best rasanye tapi kenalah berkumpulan sebab tempat ni sunyi.. Taman 4 musim tutup masa tu, kecewa la juga…. tahun 90an Nurul ade dtg sini, happening dan menarik dengan sawah padi tapi masa pegi baru2 ni nampak suram tak tak berapa happening dah..

  5. AvatarSylarius Yusof

    Tahun 90'an dulu memang famous taman Bukit Cerakah ni. Dulu orang kenal dengan rumah 4 musim dia. Sekarang ni tak tau apa cerita dengan rumah 4 musim tu. Masa duduk kat Shah Alam dulu, tak terfikir pulak nak pergi. Balik-balik lepak kat pasaraya Ole-Ole kat Seksyen 18. Haha

  6. wah! bestnya KK dapat bawa anak jalan-jalan..tahun ini saya tak berkesempatan .Insya Allah bila rezeki mencurah-curah nak bawa emak (ayah dah tiada) dan keluarga melancong ke semenanjung pulak!

  7. Owh, sekarang dah tukar nama yer… Zumal pernah pergi masa masih belajar dulu… Tapi apa pun dah tak ingat. Hehe ^^

  8. Dah lama tak melawat ke zoo.. Memang menarik sangat tempat ni kan..

  9. seronok bila berjalan-jalan bersama keluarga..kualiti time ^_^

  10. AvatarCetusan Minda

    dah lama saya x pergi sini . last mai situ ikut rombongan sekolah lbh 20 thn dulu . masa tu org panggil bukit cerakah … u mobile ada line ke idak kat cerakah nun ya … heeee

  11. tak pernah ke sana lagi..sesekali beriadah bersama keluarga tentunya seronok kan..

  12. wahhh…next time nak gak jalan2 sini..mcm menarik je..seronok kan jalan2 ngan family…

  13. Seronoknya habiskan masa berfaedah bersama keluarga tersayang 🙂

  14. Skytrex tu best Abang Khir! sesuai untuk yang suka aktiviti lasak..
    ala, nape Shela tu merajuk?huhu

  15. Dah lama sangat KK nak ke sini,tapi belum lagi berkesempatan,dapat lihat foto yang KK kongsi kan ni..bertambah membuak-buak pula ni hehe..

  16. Nanti bila dah siap rumah 4 musim tu, KK kena pergi lagi sekali nih! Barulah lengkap penegmbaraan disini. Bahagian sawah padi tu dah siap ke pembinaannya?
    Dulu pergi parking free, tapi sekarang ni dah kena bayar kan… Harga tiket masuk pula berapa?

  17. Uuuhhhh….cantik arr rambut kuda..retro. I like 😀

  18. AvatarIja Rased

    salam singgah..

  19. AvatarAnonymous

    Teringin sangat nak pergi.. Bestnyer..

  20. AvatarLynn Munir

    6 tahun dahulu saya pernah sesat-sesat waktu nak melawat ke Taman Botani Shah Alam dan sampai sekarang tak
    pernah cuba untuk datang lagi. Tapi bila Khir sebut makanan kat sana boleh tahan marvelous……hahaha, harus
    sampai dan dicari juga nanti nih.

  21. AvatarMardiah Diana

    Cantiknya kawasan taman botani negara shah alam ni….dapat berjalan2 dengan keluarga memang best sangat…

  22. hahahaha…tmn g menggamit memori. ms form 5 sekolah ada buat rombongan ke sini… sy hmpr2 pengsan kat sini kerana terlalu penat 😉

    btw, masih menghijau dan terpelihara

  23. mak ko…ekor Shela tu panjang jejak tanah….syampoo apa lah yg dia guna kan eheheeh

  24. ye tempat ni memang popular sekitar awal 90an kita dia mula dibuka
    saya masih ingat saya ke sana ketika mula ianya dibuka
    orang ramai sangat time tu, tapi seronok
    kali terkakhir saya pergi sebelum berkahwin dulu
    adalah 9 ke 10 tahun kot =)

  25. Wah makin cantik tempatnya..Dulu2 pernah pergi masa duk Shah Alam tahun 2003..Masa tu masih dengan nama Bukit Cerakah lagi hehehe..Sekarang dah tukar nama..Kalau ada masa ingat nak jugak bawak anak2 ke sana…Dulu seronok dapat naik basikal menjelajah kawasan ..Time turun bukit tuu bestnyerr rasa..hehehe kenangan ..

  26. assalamualaikum encik, nak tny, encik ada tak gambar 'rumah tradisi kaum temuan orang asli' dan sampan di taman padi ? kalau encik ada, mohon share dgn sya, sya amat memerlukan sbb sya nak buat checkpoint utk explorace anak murid sya. terima kasih

  27. Belum sempat pergi bukit cerakah..inshaallah akan sampai jugak nanti..:)

  28. Bunda belom pernah sampai kesini lagi.

Leave a Comment

CommentLuv badge