Berbuka Puasa Di Kelab Tasik Perdana Diraja
Berbuka Puasa Di Kelab Tasik Perdana Diraja – Di bulan Ramadhan yang mulia, aku bersyukur kerana dapat menjadikan blog ini bukan sahaja sebagai medan perkongsian ilmu, malah sebagai satu tapak coretan kenangan. Justeru di artikel ini aku berhasrat mengabadikan suasana berbuka puasa di Kelab Tasik Perdana Diraja bersama-sama pakcik dan saudara pada Ahad (14/7/2014) yang lalu. Ia merupakan satu kenangan berharga dibulan Ramadhan 2014 ini.
Berbuka Puasa Di Kelab Tasik Perdana Diraja, Royal Lake Club, Keluarga Haji Abdul Jamak,

Mesyuarat AJK Keluarga Dan Berbuka Puasa

Pada beberapa artikel sebelum ini, ada aku ceritakan tentang mesyuarat AJK Keluarga Haji Abdul Jamak yang kerap diadakan di sini. Namun, kali ini merupakan mesyuarat terakhir membincangkan segala persiapan untuk majlis Hari Perhimpunan Keluarga sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Adalah dijangka seramai lebih 400 ahli keluarga yang akan hadir. Mesyuarat bermula jam 5:30 petang diadakan di ruang lobi kelab merangkumi pelbagai perkara bagi memastikan segala yang dirancang dapat berjalan lancar.
Berbuka Puasa Di Kelab Tasik Perdana Diraja, Royal Lake Club, Keluarga Haji Abdul Jamak,
Berbuka Puasa Di Kelab Tasik Perdana Diraja, Royal Lake Club, Keluarga Haji Abdul Jamak,
Orang meeting ko selfie… blur pulak tu huhu…
Ia selesai sekitar jam 7:15 petang sebelum kami ke Banquet Hall, di aras 3 untuk berbuka puasa bersama-sama. Di sini aku kongsikan gambar-gambar suasana berbuka puasa buat tatapan maya…

Gambar-Gambar Suasana Berbuka Puasa

Berbuka Puasa Di Kelab Tasik Perdana Diraja, Royal Lake Club, Keluarga Haji Abdul Jamak,
Berbuka Puasa Di Kelab Tasik Perdana Diraja, Royal Lake Club, Keluarga Haji Abdul Jamak,
Suasana sebelum berbuka.. masing-masing berlegar mencari makanan…
Berbuka Puasa Di Kelab Tasik Perdana Diraja, Royal Lake Club, Keluarga Haji Abdul Jamak,
Antara juadah yang disediakan di sekeliling dewan
Berbuka Puasa Di Kelab Tasik Perdana Diraja, Royal Lake Club, Keluarga Haji Abdul Jamak,
Bersedia untuk di belasah hoho…
Berbuka Puasa Di Kelab Tasik Perdana Diraja, Royal Lake Club, Keluarga Haji Abdul Jamak,
Masing-masing berbuka dengan penuh tertib… alhamdulillah..
Berbuka Puasa Di Kelab Tasik Perdana Diraja, Royal Lake Club, Keluarga Haji Abdul Jamak,
Kenangan iftar AJK Perhimpunan Hari Keluarga Haji Abdul Jamak 2014

Persediaan Untuk Perhimpunan Hari Keluarga

Segala persediaan untuk majlis Hari Perhimpunan Keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri 2014 telah siap diatur. Semoga dipermudahkan buat kami memikul amanah serta tanggungjawab sebagai AJK keluarga untuk melaksanakan dengan jayanya. Adalah diharapkan agar segalanya nanti dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan… aamiin.
p/s: Majlis Perhimpunan Keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri tidak diadakan di tempat ini. Ia akan aku jadikan sebagai catatan kenangan di artikel yang lain nanti… in shaa Allah…
 Artikel-artikel yang berkaitan
Salam Hormat & Salam Ceria
Khir Khalid

34 Thoughts to “Berbuka Puasa Di Kelab Tasik Perdana Diraja”

  1. Vee Sandi

    saya pun ada hari keluarga n thn ni dibuat di cheras pada hari raya ke 3 . redha je la bila ada satu bas lending kat depan umah utk jenguk bonda yg uzur … promoted 2x n oldtown di pagi hari

  2. Norniwanie Nasarudin

    Semoga apa yang telah dirancang akan dapat berjalan dengan lancar..InsyaAllah..Minggu lepas Wanie ada majlis berbuka puasa di KLCC..Seronok berbuka beramai-ramai kan..Dapat merapatkan ukhuwah.. 😀

  3. Sylarius Yusof

    Seronok buat event bersama ahli keluarga besar yang unite ni. Meriah je rasanya. Hari Raya nanti sure seronok dapat berkumpul ramai-ramail.

  4. RDZ Z

    Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

    1. RDZ Z

      2 X Dove for you..

  5. Hafizah Halim

    Assalamualaikum & Salam Perkenalan…
    Jom imarahkan Ramadhan dan jemout join GA saya ni ye:
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

  6. Naniey Jemiey

    siap bermeeting tu..bagus sgt..dapat eratkan ukhwah dan silaturrahim…

  7. ikhwan yusuff

    gempaklah En.Khir..:DD

  8. Kitorang tak pernah nak meeting sebab semua duk jauh2.. semua meeting dalam grup wassap. Bulan Ramadhan ni group wassap 24 jam duk bunyi..sampai kena mute. Baguslah dapat luangkan masa berjumpa depan2 dalam merangka program keluarga. Fokus tu ada.. Tambah susana yang menarik tu memang A la kan.

  9. Shark Kay

    mcm besar jer keluarga disini,
    diharap semuanya berjalan lancar nanti.
    mcm x sabo pulak nk tnggu entry ni nanti.

  10. ramai betul tu..seronok kan ramai2 camtu..

  11. wah…seronoknya…selamat berbuka puasa.

  12. bagusnya siap meeting. hihi.

  13. meriahnya bro khir..
    semoga apa yg dirancang menjadi..
    eh awat asik selfie blur..je bro 😛

  14. keluarga belah mak saya pun akan adakan perjumpaan keluarga
    raya ketiga nanti, tak tahu dapat hadir ke tak
    tapi memang seronok bila dapat kumpul
    dengan beberapa generasi
    kalau ikutkan saya generasi keempat =)

  15. Ramai betul yang hadir rupanya…semoga silaturahim ini akan berkekalan hendaknya….

    Regards,
    -Strider-

  16. seronoknya dapat berkumpul ramai2…. semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan..

  17. Meriah nampak….sempat berselfi lagi…

  18. Affy Afiqah

    exclusivenyaaaaa 🙂

    p.s dove, old town n churps

  19. Meriahnya.. tentu seronok

  20. acik idah

    baguih aa keluarga nie buat meeting kat tempat best2…
    ada kekosongan tak nak jadi ahli keluarga boleh? LOL … 😀

  21. Meriah. Seronok berbuka ramai-ramai ni.

  22. Bestnyer kalau ada keluarga besar yang saling kenal antara satu sama lain… Zumal ni keluarga sebelah ayah kat Muar pun ada yang tak kenal. Sebabnya zumal tak balik kampung sejak tahun 1999 lagi…

  23. wah meriahnya iftar… KM baru nak iftar dgn rakan office kat KLIA2

  24. Bestnya. Smoga perhimpunan keluarga nnt berjalan dgn lancar dan dipermudahkan olehNYA.

  25. Bro Khir bestkan menghimpunkan keluarga besar. Saya jugak pernah ada jamuan raya keluarga besar seperti ini. Tetapi tidak dapat diteruskan memandangkan ada masalah-masalah yang sukar ditangani

  26. mcm nie la, kalau keluarga kita besar kan meeting sokmo….
    bestnya mkn2 ,sedap2 tu…hihi

  27. Eshamz Halim

    Bagus jugak selalu berkumpul camni..siap ada meeting2 lagi..ekekeke.. makanan kat situ pun Nampak sedap gak kan…

  28. Anonymous

    Seronoknya..mesti meriah..

  29. Wah mesti meriahh ..bestnyerr dpt kumpul ramai2

  30. wah.. meriah.. seronok berbuka ramai2…

  31. wahhh bessnya…mesti meriahkan…

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.