Future Cool Engineering
Berbuka Puasa Bersama Future Cool Engineering – Kemeriahan Ramadhan semakin terasa bila berpeluang berkumpul dan berbuka bersama-sama keluarga, saudara dan juga sahabat handai. Pada Ramadhan kali ini, ingin aku abadikan kenangan sahabat niaga sewaktu berbuka puasa bersama Future Cool Engineering pada Sabtu (12/7/14) bertempat di Perangsang Templer Golf Club, Taman Templer, Selangor.

Pengenalan Future Cool Engineering

Future Cool Engineering adalah sebuah syarikat 100% Bumiputera yang berkecimpung dalam kerja-kerja penyelengaraan sistem hawa dingin, mekanikal dan pendawaian eletrik. Ia telah ditubuhkan pada 31 Oktober 2002 dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai vendor serta kontraktor kepada agensi dan jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk sektor swasta di Malaysia.
Oleh itu, jika ada diantara anda yang terlibat berkerja dalam bahagian perolehan atau sewaktu dengannya dan memerlukan khidmat penyelenggaraan sistem hawa dingin, mekanikal dan pendawaian eletrik bangunan di jabatan, agensi atau syarikat anda, bolehlah hubungi kami. Eh… tak perlu pergi jauh… boleh hubungi aku terus untuk dirujuk kepada mereka yang pakar, berkelayakan dan berpengalaman.
Apa pun, aku kongsikan gambar-gambar kenangan berbuka puasa pada Ramadhan kali ini buat tatapan maya.

Gambar-Gambar Berbuka Puasa

Berbuka Puasa Bersama Future Cool Engineering, Perangsang Templer Golf Club
Suasana sebelum berbuka
Berbuka Puasa Bersama Future Cool Engineering, Perangsang Templer Golf Club
Ini kambing golek superman…
Berbuka Puasa Bersama Future Cool Engineering, Perangsang Templer Golf Club
Juadah berbuka… baru ‘warm up’ tu…
Berbuka Puasa Bersama Future Cool Engineering, Perangsang Templer Golf Club
Perut kenyang, selfie pun gegar huhu… sori bos.. 😀
Berbuka Puasa Bersama Future Cool Engineering, Perangsang Templer Golf Club
Leparking… kebetulan ada pula yang sambut birthday…
Berbuka Puasa Bersama Future Cool Engineering, Perangsang Templer Golf Club
Birthday boy… 🙂 🙂
Berbuka Puasa Bersama Future Cool Engineering, Perangsang Templer Golf Club
Sahabat-sahabat niaga
 
Kenangan Dan Penghargaan Ramadhan 2014
Ingin juga aku maklumkan bahawa ini adalah Ramadhan terakhir buat Perangsang Templer Golf Club kerana bangunannya akan diruntuhkan dan ditutup tidak lama lagi. Kawasan ini telah dirancang untuk pembangunan kawasan perumahan baharu pada tahun hadapan. Segala suasana yang diambil di kawasan ini akan hanya tinggal gambar.
Berbuka Puasa Bersama Future Cool Engineering, Perangsang Templer Golf Club
Romantis gitew.. hieww hieww… 😀
Penghargaan terima kasih aku ucapkan kepada Future Cool Engineering atas jemputan dan silaturrahim yang telah terjalin sejak sekian lama. Semoga perniagaan terus berkembang maju dan berjaya… aamiin.
Salam Hormat & Salam Ceria.
Khir Khalid 
 
 

59 Thoughts to “Berbuka Puasa Bersama Future Cool Engineering”

  1. * OZIE MAHSA

    Meriahnya…..Selamat berpuasa K.K….

    1. Mmg meriah… slmt berpuasa juga kak Ozie… 🙂

  2. Vee Sandi

    saya tak lalu lak nak makan bila tgk seekor kena golek camtu … hohohooo … oldtown di pagi hari tapi puasa deh .

    1. Makan tutup mata je… klu dah rasa mesti tak kisah dah kambing golek ke, kmbing terbang ke hahaa.. thanks Vee.. 😀

  3. fayreen mizan

    Kambing tu…drooling!! 🙂

    1. Hahaa… beratur pnjang tu utk kmbing shj Fayreen… 😀

  4. Saya amat tertarik dengan kambing golek superman. Perghhh posing menarik sebelum menjadi santapan berbuka…pasti enak sekali…

    1. Mmg sedap.. manis je kambing superman tu.. 😀

  5. Buat wayar2 kat rumah boleh..hehe..kambing tu tak sah kalau takde

    1. Apa wayar pun boleh hehee… kambing tu mmg killer kan Nadia.. 😀

  6. So romantik bro khalid..semoga bahagia selalu sampai ke Jannah.

    1. Aamiin.. begitu jugalah dgn saudara sekeluarga… aamiin.. 🙂

    2. Eh.. khalid tu nama bapa saya.. hieww hieww.. 😀 😀

  7. Terima kasih atas perkongsian..Semoga hubungan sesama sahabat berkekalan ke hingga akhir. Penulisan yang sangat menarik.

    1. Terima kasih juga sahabat… semoga persahabatan kita semua juga berkekalan… aamiin. 🙂

  8. Terasa kemeriahan berbuka beramai2 sangat meriah

    1. Mmg meriah Lya… seronok.. 😀

  9. Belum lagi dapat berpeluang berbuka puasa diluar. Melihat kambing golek tu buat keinginan membuak2…hehe

    1. Fuhh… saya sendiri tengok balik pun jadi kecur pulak hahaa.. 😀

  10. kambing golek juga yang menjadi idaman kalbu…pasni tinggal kenangan la ye tempat ni…

    1. A ah… tinggal kenangan je nnti Mama Amir. Kambing golek tu pun dah jadi kenangan dah… 😀

  11. salam. wahhh kambing tu tebaik ..mesti sedap hehe

    1. Walaikummsslm… mmg terbaik.. tp tak mkn bnyk sbb bnyk pilihan lain yg ada… lagi pun x sanggup nk beratur pnjang2 utk kambing tu huhu… 😀

  12. Yumida Huda

    pic last, pic romantis bikin hati tersenyum
    cantik tmpt tu
    ada lapik kerusi n meja..ala2 ekslusif gitu
    part x tahan, makanan tu..pergh..menggoda jiwa raga…
    telan air liur dibuatnya
    so far, belum lagi berbuka puasa kat luar, kat umah je
    teringin gak nak special2 mcm ni

    1. Romantis hiew hieww eh Yumida hehee… sekali sekala klu mkn luar ramai2 kdg makan sikit pun dah rasa kenyang dah… sblum berbuka je selera tinggi… 😀

  13. TunSha Ayunie

    kambing golekkkkk !! aduhai…. dessupppp desssapppp jantung ni tau…
    anyway, gambar romantis tu memang romantis tau bro khir !

    1. Kambing golek tu pun romantis juga hehee.. t kasih Tunsha Ayunie… 😀

  14. Adoi! kambing golek pembuka selera ni…

    1. Hahaa… pekena dgn air anggur sejuk lagi tak terkata nikmatnya Bunda… 😀

  15. kambing tu…terbaiklah =)

    1. Glamer pulak kambing tu… 😀

  16. syarikat melayu..bagus..
    berbuka posa camtu tak sah kalo takde kambing golek

    1. Mmg bagus Mar… portfolio pun bagus…
      Kambing golek mcm tu klu x de mcm kurang seri je klu berbuka tmpt2 mcm ni kan… 😀

  17. kambing golek tu juga yang menarik perhatian saya..

    1. Hahaa.. mmg kecur tengok kan… 😀

  18. besau nyer kambing golek tuuuu

    1. Mcm style mat rempit naik moto pun ada jugak saya tengok kambing tu Anies hoho… 😀

  19. kambing golek superman hehehe
    lomantis nyer…. hehehe
    bagus Khir..promote n support bisnes bangsa kita…moga bisnes terus maju tuk mereka…

    1. Aamiin sis Noe… mmg lomantis couple tu kan huhu… 😀

  20. Anonymous

    Kambing tergolek sedap,kita pun tergolek kekenyangan..hehe..sayangnya bangunan tu nak dirobohkan..

    1. Tulah.. at least adalah juga kenangan sangkut kat imej google nnti kan… 😀

  21. acik idah

    Perghh khir… dalam banyak2 tu kambing superman tu jugak yang menangkap di mata ini… hehehe… best laa dapat makan sedappp…. disamping orang tercinta plak tu… 🙂

    1. Bila makan kambing golek tu… jiwa jadi romantis pulak hahaa… 😀

  22. alahai..bestnyer la berbuka di luar, CN setakat ni tak ada berbuka di luar, masih setia memasak untuk family 😉

    1. Hehee.. ini pun sbb jemputan CN.. makan free huhu.. 😀 😀

  23. Kambing golek siap supermen tu… Hehe

    1. A ah kan… ala2 mat rempit pun ada hahaa.. 😀

  24. RDZ Z

    Kambing Superman tu memang menjadi tarikan utama…yang lain hilang seri termasuk pasangan romantis tu..he..he

    1. RDZ Z

      Invest di sini juga…

    2. Hahaa… kambing tu mmg menawan perhatian pulak kan.. hilang pulak seri yg lain2 eh.. thanks Raudzah… 😀

  25. fuhhhh…meriahhh…hahaha..kambing golek tu pun macam meronta-ronta minta diratah..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    1. Hahaa.. tu yg mcm nak terbang je kambing tu… 😀 😀

  26. Cheq Eem

    fuiyooo… ada kambing superman tuu…. tak pernah saya jumpa lagi…

  27. waaa… kambing tu tergolek… sedap tu tengok…

  28. Meriahnya. Tak menahan tgk kabing golek tu ☺

  29. kambing golek superman tu nampak menarik

  30. Eshamz Halim

    Tang kambing golek yg menarik tu bro…..ekekekekeke… 😀

  31. Meriah betul bila ramai2 kan..seronok jer happy jer

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.