Benarkah Pendidikan Tidak Menjamin Kejayaan? – Kita akui, setiap yang menggelar diri mereka usahawan pasti ada usaha yang dilakukan, rancangan yang ingin direalisasikan dan ada produk atau perkhidmatan yang dipromosikan. Sememangnya itu adalah lumrah usaha dalam memperolehi rezeki demi kehidupan lebih baik.
Namun baru-baru ini, saya berhadapan pertikaian dalam pertemuan dengan beberapa usahawan yang ada diantaranya lantang mengutuk kepentingan pendidikan terutama akademik sebagai satu usaha sia-sia. Pendidikan akademik tidak mampu menjamin kejayaan… dalam erti kata lain, hanya ‘street wise’ sahaja lebih penting untuk berjaya.

Pendidikan Tidak Menjamin Kejayaan
Berdasarkan pertikaian ini, ada yang saya setuju dan tidak bersetuju.
Ada betul dan ada yang sangat tak betul… kenapa?
Mempunyai pendidikan dan akademik sama sahaja jika diibaratkan mempunyai duit yang banyak, belum tentu menjamin sesuatu perniagaan itu berjaya. Begitu juga ada kereta Ferrari, Porsche, malah helikopter atau jet peribadi sekalipun, belum tentu terjamin sampai ke destinasi. Nasib tak baik, boleh eksiden walaupun perancangan super planned tahap dewa.
Faham tak maksud yang saya ingin sampaikan?
Ok… saya pun bukan seorang pelajar cemerlang atau berpendidikan tinggi, tapi tak sanggup nak perkecilkan bab pendidikan kerana ia adalah aset, malah tuntutan agama. Sama macam aset-aset yang lain seperti harta, Ferrari, Porsche, helikopter atau jet peribadi itu… jika dimanfaatkan dengan betul, in shaa Allah, ia menjadi platform aset yang membantu setiap perkara yang ingin dicapai.
Belajarlah jika mampu ke tahap PhD sekali pun dan usahalah jika ‘streetwise’ sahaja peluang yang ada tetapi usah sesekali memperkecilkan lapangan ilmu. Ada pelajaran, kelulusan atau tidak, rezeki itu aturan Tuhan, tetapi menuntut ilmu yang baik itu menjadi ibadah setiap insan.

Benarkah Pendidikan Tidak Penting?
Sesungguhnya, adakala saya jadi letih bila mendengar hujah sesetengah usahawan. Masih ada yang lagi-lagi guna modal ‘pendidikan tidak penting’ dan kaitkan dengan cerita tentang Bill Gates dropout Havard. Namun ceritanya terhenti setakat itu sahaja dengan tujuan dijadikan ‘tools’ cuci otak motivasi bagi memperkasa pelan bisnes demi kepentingan peribadi.
Nanti dulu… ada fakta yang menyokong pendapat saya ini. Kesemua usahawan pemimpin industri berjaya dan ahli perniagaan bertaraf ‘tycoon’ atau billionaire yang pernah saya jumpa menekankan pentingnya pendidikan.
Walaupun ada dikalangan ‘tycoon’ billionaire yang realitinya tidak tamat persekolahan dan lahir dalam keluarga yang daif, namun jika diberi pilihan pendidikan akademik atau streetwise, mereka tekankan keutamaan akademik disamping tidak meninggalkan streetwise.

Mereka tekankan kepentingan dan potensi pendidikan kepada ahli keluarga anak-anak keturunan, termasuk warga kerja mereka sendiri dan juga masyarakat terutamanya generasi muda.
Mereka berpengaruh, ‘super rich’ yang menghargai nilai pendidikan. Ramai yang mahu belajar dari mereka kerana mereka melihat berdasarkan pengalaman liku hidup, melihat keperluan industri dan melihat dari realiti dasar dan atasan. Secara tidak langsung ini turut menjelaskan kenapa ada yang sanggup menipu ‘title akademik’ untuk dijadikan aset meluaskan lagi pengaruh dan agenda perniagaan.

Maka, saya jadi ‘letih’ bila ada yang mengutuk ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan’, sedangkan mereka yang dari keluarga daif, tidak belajar tinggi, jadi tycoon billionaire sentiasa tekankan kepentingan pendidikan sebagai aspek penting yang boleh membantu menjamin kejayaan.
Jadi letih bila pandai cerita tentang Bill Gates tetapi tidak tahu berapa billion telah beliau lebur dan dilaburkan untuk memperkasa institusi pendidikan di US dan global.
Letih bila jumpa ‘so called’ usahawan di lobi atau anjur seminar di dewan hotel milik orang dan berkata “pendidikan tidak menjamin kejayaan” tanpa pencerahan sebaiknya, sedangkan pemilik hotel 5 bintang itu menubuhkan universiti bertaraf internasionale, ada sekolah swasta dan mengasaskan rangkaian institusi pendidikan sendiri.

Malah ada billionaire yang pernah 2 kali bankrup sebelum berjaya, lebih merendah diri dalam pertuturan dan tetap mementingkan pendidikan – “education is upmost important” katanya.
Lagi letih bila tahu bercakap tentang tahap Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tidak mencapai 28%, tahu bercakap tentang ‘persaingan secara sihat’, tetapi komplen bila industri, pasaran pekerjaan, para pakar, doktor, profesional, semakin ramai bangsa lain yang berkelayakan dan macam-macam lagi.
Letih bila kata-kata mengalahkan tycoon, kalah mereka yang ada helikopter, terbit iPO sendiri, tubuhkan bank sendiri, tetapi tidak memahami tentang equiti. Tiadalah bersalahan walaupun bergerak atas pelan bisnes orang lain, asalkan berpada dalam pertuturan. Tidak ada sebab perlu perkecilkan pendidikan.
Maaf, saya hanya entiti kecil yang memilih bidang keusahawanan. Jatuh bangun, belajar dan jadikan inspirasi ikutan perkara yang baik. Apa pun pendidikan bukan satu modal yang patut diperkecilkan.
Aspirasi setiap orang tidak sama walaupun paksi kapitalisme itu sama. Tak perlu kutuk atau pertikaikan potensi pendidikan. Tak baik… jika mahu rasa kesannya, ucapkan ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan’ kepada anak-anak sendiri terlebih dahulu setiap hari… apa rasanya.

Pendidikan Itu Ilmu, Ibadah Dan Sinar Kehidupan
Sesungguhnya, ini adalah pendapat berdasarkan pengalaman sendiri, mungkin negatif, mungkin salah. Terdapat lagi segmen yang pernah saya lalui, banyak juga yang tersungkur menjadi penjenayah, tokan dadah dan bermacam lagi titik hitam kerana taksubkan kejayaan, wallahualam.
Ia bukan perkara asing juga buat tycoon berjaya, kerana sebelum berjaya, mereka dan ramai rakan-rakan mereka juga yang tersungkur. Mereka tekankan pendidikan agar liku-liku hidup yang pernah mereka tempuhi jadi lebih mampan buat kita yang mahu kemanisan kejayaan sebenar.

Dan… walaupun sebahagian rezeki saya terkait dengan industri pendidikan dan online, artikel ini bukan bermaksud tunjuk bagus, taksub atau berhasrat menyakiti hati sesiapa. Ia realiti yang saya rasa ada baiknya diketengahkan di laman picisan ini sebagai renungan bermanfaat.
Pendidikan tidak menjamin kejayaan… terpulang pentafsiran masing-masing. Namun buat generasi muda terutamanya, sebaiknya usah disia-siakan peluang memperkasa pendidikanan selagi terbentang depan mata. Perkukuhkan juga ‘streetwise’ agar perjalanan kerjaya dan kehidupan diberkati, maju dan terus berdaya saing.
Ilmu pelita hidup… usaha, doa, tawakkal.
Baca lagi: 10 Tokoh Usahawan Sosial Dunia Patut Kita Kenali

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Pendidikan itu adalah ilmu, kalau kaya macam mana pun tanpa ilmu pasti kekayaan tu bakal lesap sedikit demi sedikit.
Bagi Ana pendidikan tu sgt penting. Ibadah kan menuntun ilmu tu. Usahawan2 yg dok pertikai pendidikan tak penting tu pun dah menunjukkan ‘kedangkalan’mereka dengan mengeluarkan statement seperti itu. Pendidikan lah yang membezakan kualiti seseorang usahawan yang berjaya tu sebenarnya.
pendidikan memberikan manusia ilmu. sama ada berjaya atau tidak lihat bagaimana dia mengaplikasikan ilmu itu… bak kata pepatah arab, man jadda wajada, man zara’a hashoda….
pendidikan tetap penting, x kisah la dalam bidang mana pun. nak kata pendidikan faktor kejayaan, tak boleh jugak.. sebab definisi kejayaan tu sendiri tak sama bagi setiap individu.. x semua memandang kejayaan tu dengan ada banyak duit atau bisnes yang berjaya.
ada yang define berjaya dengan kejayaan mendidik dan membuka mata orang ramai terhadap sesuatu. ada yang define kejayaan hanya pada diri, dan ada yang define kejayaan bila berjaya buat orang lain berjaya.
tu belum lagi soal definisi pendidikan lagi. haa..
hahaha..
Pendidikan memang tidak menjamin kejayaan kerana ia bergantung kepada individu itu sendiri. Jangan suatu hari nanti kita menyesal kerana tidak belajar. Kerana ilmu itu adalah harta yang tidak ternilai harganya.
[…] Saya ada berkongsi perspektif terhadap perkara ini yang boleh dibaca di sini > Benarkah Pendidikan Tidak Menjamin Kejayaan? […]