Kita sering mendengar, belia merupakan aset yang amat berharga serta tonggak dan kekuatan masa depan negara. Kita juga sedar bahawa belia juga adalah pewaris kepimpinan negara, kesinambungan generasi masa hadapan.

Namun timbul persoalan dikalangan ramai pengiat keusahawanan sosial bahawa adakah belia masa kini mahupun yang lantang bersuara itu benar-benar memahami akan tanggungjawab dan fungsi mereka terhadap pembangunan dan penggerak kemajuan negara? Adakah benar negara kita dipenuhi aspirasi belia yang berwawasan, prihatin dan proaktif?

Belia Pemangkin Kemajuan Negara,

Cabaran Belia Dalam Arus Kemajuan Negara

Belia ditakrifkan sebagai golongan dalam lingkungan usia 15 hingga 40 tahun. Di Malaysia, belia mewakili 45% daripada jumlah rakyat. Satu jumlah yang tidak boleh dipandang remeh dan harus diberikan perhatian oleh semua pihak, terutama dalam usaha pembangunan dan pengurusan belia.

Faktor kemajuan telah menjadikan taraf hidup semakin mencabar, keperluan semakin bertambah dan kehidupan remaja juga turut menerima kesan, semakin bersaing untuk menjadi hebat atau nampak hebat dikalangan rakan seangkatan mahu pun orang ramai.

Malah kemajuan dan pembangunan seringkali juga dijadikan alasan terarah kepada kapitalisme, hedonisme, pluralisme dan pelbagai lagi anasir yang turut memberi kesan kepada institusi keluarga, masyarakat dan negara.

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang boleh diambil perhatian dalam pembangunan belia agar potensi golongan ini dapat dibangunkan secara holistik dan sistematik, selaras dengan aspirasi negara dan tuntutan arus globalisasi.

Baca: Sejarah Bermula Hedonisme Di Malaysia

Belia Pemangkin Kemajuan Negara,

5 Asas Penting Memperkasa Pembangunan Belia Malaysia

Terdapat 5 peringkat asas pemerkasaan berdasarkan pelbagai kajian rakan industri dan institusi terlibat dalam memperkasa belia era globalisasi. Ia sebenarnya ada diketengahkan melalui pelbagai program sejak keterlibatan diri in bermula 2006. Namun kebanyakkannya tertumpu pada aspirasi keusahawanan sosial dan aktivisme NGOs tanpa tindakan bersepadu.

1. Pembangunan nilai Islami dan adab ketimuran bersepadu.

Golongan belia harus dibangunkan dengan nilai-nilai Islami dan ketimuran secara bersepadu kerana minda remaja sentiasa terdedah dan mudah diserap dengan ideologi baru.

Pendekatan Barat misalnya, tidak semuanya selari dengan apa yang diperlukan dalam hidup, namun ia juga tidak harus ditolak secara mutlak tetapi harus diwaspadai. Selain saluran hiburan, pemerkasaan modul juga perlu dipadukan nilai-nilai ketimuran selaras acuan negara yang berbilang kaum, agama, bangsa dan budaya.

2. Penekanan Fardu Ain dan Kifayah dalam integrasi budaya.

Memperkukuh pendidikan secara integrasi supaya adanya kesepaduan antara ilmu fardu ain dan kifayah yang mampu diserap semua golongan belia dan remaja di Malaysia.

Mempelajari asas agama amat penting. Mendepani arus globalisasi yang semakin deras, menuntut ilmu dan memajukan diri menjadi satu tuntutan dalam mempertahankan nilai agama dan norma masyarakat. Pendidikan bersepadu kepentingan ilmu ukhrawi dan hubungannya dengan tuntutan duniawi agar kehidupan belia terbela dan ajaran agama tidak dipinggirkan.

3. Pembangunan Modal Insan Sosio-Akademik-Industri.

Pembangunan belia harus dijana melalui pembangunan modal insan yang berkualiti dan seimbang. Ini amat signifikan dengan usaha menjana pembangunan negara bangsa berkemahiran dengan prinsip beragama yang mampan.

Program dan modul yang dianjurkan sebaiknya didasari kerjasama institusi pengajian, badan NGO, sektor korporat dan swasta dalam memberi pendedahan modal insan. Badan-badan belia dan pertubuhan remaja juga wajar diberi sokongan yang luas untuk mendedahkan aktiviti mereka dalam menarik minat golongan belia dan remaja.

Rujukan lanjut: Kepentingan Sosio-Pendidikan Dalam Arus Revolusi Industri 4.0.

4. Mengekang pengaruh budaya popular dan Hedonistik.

Tidak dinafikan bahawa pengaruh hedonistik cabaran kepada gaya hidup kini terutama yang terkait dengan media eletroik dan sosial. Merujuk kajian, semakin ramai golongan ‘self-proclaim’ yang hanya membawa pengaruh budaya popular hedonistik dalam realiti pembangunan insan.

Rencana bersifat membina, inspirasi, intelek dan bertepatan dengan erti sebenar ‘popularity industry’ mahupun komersil yang diteladani harus diperkasa secara integratif dan kreatif bagi mengekang budaya ‘self-proclaim’ yang tidak sihat. Ia perlu dicetus melalui badan dan pertubuhan remaja atas penglibatan, kefahaman dan galakan sebaiknya.

5. Memperkasa ruang perniagaan dan keusahawanan sosial.

Menggalakkan lebih ramai golongan belia dan remaja dalam ruangan perniagaan dan keusahawanan sebagai aspirasi kerjaya pensyarikatan dan pemantapan sosio-ekonomi melalui bimbingan institusi dan peneraju industri dalam membina kemahiran kendiri.

Selain menjanjikan keuntungan, ia secara langsung menyuntik ketahanan modal insan kepada golongan remaja melalui realiti sosio-pendidikan yang mampu menjana pemikiran kreatif, positif, cekap dan berwawasan dalam meningkatkan ekonomi dan pemerkasaan sosial seluruhnya.

Baca juga: Sub-Budaya Sosial Masyarakat Di Malaysia

Prasyarat SDG Memperkasa Modal Insan Belia

Kepatuhan terhadap membangunkan modal insan berkualiti juga merupakan pra-syarat ‘sustainable development goals’ (SDG) pembangunan negara maju. Tanpa kualiti ilmu dan akhlak yang baik, tidak mungkin acuan pembangunan negara akan berjalan atas landasan yang seimbang.

Usah diperkecil persaingan berbillion dollar dalam perjuangan global memperkasa ideologi belia ini. Acuan sendiri perlu disokong dan diperkasa, dan dalam masa yang sama tidak menolak faktor-faktor luar yang sifatnya bermanfaat bersandarkan acuan kendiri kita sendiri.

Belia Pemangkin Kemajuan Negara,

Terdapat banyak lagi usaha yang boleh dilakukan dalam usaha pembangunan belia pemangkin kemajuan negara. Namun ia juga memerlukan tanggungjawab semua pihak dalam menyuntik kesedaran kepada belia agar memanfaatkan peluang yang dibangunkan buat mereka.

Sekiranya golongan belia mengambil inisiatif pemerkasaan modal insan sebagai perjuangan diri ke arah kebaikan, maka akan lahir generasi yang mampu mengekang anasir luaran yang berlawanan nilai agama dan ketimuran serta menaikkan martabat negara ke tahap tertinggi dan terbaik.

Baca pengisian terkait;
> SocioEdu – Modul Sosio-Pendidikan Dan Pembangunan Insan.

12 Thoughts to “Pembangunan Belia Pemangkin Kemajuan Negara”

  1. Belia ni satu aset penting pada negara.Tidak kiralah negara maju atau negara membangun.Sangat penting.Mereka umpama rangka pada tubuh.Membentuk..melunas agenda yang disusun.Namun sayang sekarang ada segelintir belia yang menurut pada hal yang mengarut..terpengaruh pada isu yang keruh dan hanyut dengan dengan janji manis bersemut.
    PC setuju dengan 5 asas penting seperti diperkongsian ini..terutama bab agama.

    1. Setuju dgn apa yg PC perkatakan tu.. mmg betul, agenda belia ni mmg tak pernah habis, tp jika 5 asas ni mampu diserapkan, in shaa Allah belia kita tak akan lalai dan hilang arah.

  2. Belia tunjang negara. ..
    Alhamdulillah belia kt kg say masih lagi aktif. ..

    1. Betul tu.. belia mmg kena sentiasa ada aktiviti yg baik agar mereka tak tersasar. Bagus usaha kg ZF tu.

  3. nampaknya saya bukan tergolong dalam belia lagi..

    dah jatuh sebagai remaja purba

    1. Penerampilan masih ada aura belia lagi tu tuan hehe

  4. belia memang aset penting negara..tapi sedih bila ramai yang banyak merosakkan diri sendiri…kalau tengok daripada asas semua tu kebanyakkan asas dalaman,,

    1. Betul tu.. usaha memperkasa belia perlu disuntik dari elemen dalaman. Mudah2an dpt terus diperkasakan lagi, in shaa Allah.

  5. Semoga para belia pewaris bangsa dapat merealisasikan cita-cita kita di masa depan

    1. Mudah2an.. moga dpt menjadi pemimpin masa hadapan yg berwibawa dlm apa jua bidang yg mereka ceburi, in shaa Allah.

  6. belia perlukan bimbingan dari sekrg
    untuk terus maju

  7. Bila mana kita nak melihat bentuk negara pd masa dpn, lihatlah generasi belia hari ni, kiranya belia hari ni adalah dr kalangan yg berakhlak n berhemah tggi, tentunya negara kita akn dtg adalah sebuah negara yg aman sejahtera. (yusuf al-qardhawi)

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.