ATS Dadah Sintetik Generasi Kini – Dadah dikategorikan kepada beberapa jenis yang setiapnya membawa kemudaratan jika disalahgunakan. Bermula penghujung 90an, penggunaan dadah sintetik ATS mula merebak dikalangan remaja dan belia menggantikan jenis dadah terdahulu seperti ganja, morfin dan heroin yang dianggap tidak lagi ‘trendy’ dan ‘stylo’.

ATS – Amphetamine Type Stimulants 

Amphetamine Type Stimulants - Dadah sintetik ATS
ATS bermaksud Amphetamine-Type-Stimulants adalah kategori dadah jenis perangsang (stimulants). Ephidrine merupakan kandungan utama ATS yang diperolehi melalui proses kimia dari tumbuh-tumbuhan yang tergolong dibawah genus Ephedra. Ia dicipta untuk tujuan perubatan dan merupakan bahan terkawal di Malaysia.
ATS merupakan dadah gantian (sintetik) yang paling banyak disalahgunakan kini. Ecstacy dan Syabu (ice) merupakan ATS paling popular untuk tujuan berhibur. Ia boleh didapati dalam bentuk pil untuk dikesip atau ditelan termasuk serbuk atau partikel kecil untuk dihidu atau suntikan.
Ia diadun bersama bahan-bahan lain bagi memberikan kepuasan maksima dalam berhibur, menjadi lebih agresif, mengurangkan kemurungan dan menambahkan keberanian serta keyakinan diri. Terkandung didalamnya bahan tambahan berasaskan kimia racun tikus, cecair peluntur dan lampu kaca florescent. Maka tidak hairanlah jika ada berlaku kematian hasil penyalahgunaan dadah sintetik ATS ini yang pada mulanya diambil sebagai hiburan.

Sejarah Penyalahgunaan Dadah Sintetik ATS

ATS mula diperkenalkan sekitar tahun 1932 untuk perawatan asthma melalui piawaian pembuatan yang ketat. Oleh kerana ia berupaya memberikan kelegaan stress, tenaga dan kesan berjaga yang lebih panjang, ATS digunakan secara meluas sewaktu perang dunia kedua.
Terdapat juga dakwaan bahawa ATS digunakan secara meluas oleh tentera Jerman dibawah pimpinan Adolf Hitler. Salah satu punca kekalahan Jerman ketika perang dunia ke 2 juga disebabkan keputusan bekalan ATS yang berjaya diputuskan oleh pihak inteligen tentera berikat. Namun sejauh mana kesahihan fakta tersebut belum dapat saya pastikan.
Syabu, Ice baby
a.k.a Syabu / Ice / Ice baby
Apa yang pasti, formula dadah sintetik ATS mula disalahgunakan secara berleluasa sejak perang dunia kedua. Kini ia diubahsuai untuk tujuan bersalahan yang lebih membahayakan serta memudaratkan. Penyalahgunaan ATS memberi kesan kepada system saraf pusat membuatkan seseorang itu tidak teragak-agak bertindak diluar batas manusia normal serta berpotensi melakukan jenayah seperti bergaduh, meragut, merogol dan membunuh.

Pendapat ATS Bukan Kategori Dadah

Berdasarkan pengalaman, terdapat sebahagian remaja yang menganggap ATS bukan sejenis dadah. Lebih memburukkan apabila seminar pencegahan dadah yang diadakan tidak berkesan kerana penjelasan yang disampaikan tidak melalui norma bahasa golongan yang disasarkan.
Ecstacy
Ecstacy a.k.a butterfly
Sebagai contoh… Dadah adalah sebutan ‘skema’ yang diketahui bahayanya, namun
nama-nama yang biasa menjadi sebutan seperti ice baby, sweet, butterfly dan sebagainya
tidak menggambarkan ianya setaraf seperti heroin, morfin dan pelbagai nama
saintifik lain sebagai dadah. Melalui pengaruh rakan sebaya, ada remaja yang
berani mengatakan… “ice tak macam dadah..
stim ice macam mabuk beer jer… mana ada ketagih macam dadah… tak caya try laa…
Dunia sudah berubah… Pengaruh negatif rakan sebaya dikalangan remaja akan lebih berpengaruh jika kita tidak peka tentang perubahan yang berlaku dalam gaya hidup sosial masa kini. ATS dadah sintetik generasi kini yang mampu memburukkan masa depan negara. Pemahaman dan kesedaran perlu bermula dari keluarga dan masyarakat sendiri bagi mencegah ia dari terus berleluasa.
Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Menjadi peringatan buat diri saya juga.
Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

41 Comments

  1. nampak rupanya seperti gula-gula pun ada, pil kan? atau serbuk senang bancuh dalam air…tu sebab budak-budak sekarang senang jer nak konsumsi… hu hu hu…tak fikir panjang tak fikir masa depan…anyway, nice sharing KK…

  2. Tentang ATS ni, ada maklumat yang mengatakan asalnya digunakan untuk tujuan military seperti pilot yang membuat penerbangan yang berjam-jam lamanya. Matlamat asalnya, untuk menghindarkan pilot dari hilang fokus akibat keletihan dan kebosanan.

    Tapi bila disalahguna untuk clubbing, jawabnya menari dari malam bawak ke subuh pun tak tau pancit. Sudahnya, bila effect dah habis tidur mati sampai berhari-hari. Bom meletup sebelah telinga pun tak sedar lagi.

  3. yang ni jugaklah banyak yang cekik! maaf, kedengaran kasar tapi itulah yang orang suka… apapun, gud sharing KK..
    Mama Niza

  4. dari zaman saya sekolah lagi famous 'party pill' ni..pernah dengar cerita kawan ambil..memang high macam dadah..takat clubbing all night tu takde hal lah..

  5. camne laa tekak diorg ni…"racun tikus" pun nk dibalun nyer!

  6. Salam KK. Insan yang memiliki iman tidak sesekali akan menyentuh bahan yang memudaratkan..

  7. tgk kat tv tu sampai geleng2 kepala x ingat dunia …

  8. ada rakan whatAp kongsi pasal pil2 tu..

  9. Macam-macam dadah sekarang ni..naik takut pulak..

  10. Brmcm jenis dadah, mggerunkn mcm mnala diorg blh telan benda2 ni pelik

  11. Brmcm jenis dadah, mggerunkn mcm mnala diorg blh telan benda2 ni pelik

  12. thanks for sharing KK…kena extra carefull…

  13. cantik warna2 dia kan meriah gitu…
    tapi bila dah kena sebiji…sampai bila pun kita akan terjebak,
    jauhkan dari dadah…bahaya,thanks

  14. asalam alangkah sayang remaja kita yang terjebak ni Khir.. tak m ustahil ada yang nak sebab nak kurangkan perasaan malu. nak tunjuk berani tambah lagi keegoan ..sangat sayang. Semoga remaja kita terhindar dari ini semua..

  15. Etuza link kan anda ya berdasarkan Khir selalu komen di blog Etuza tahniah

  16. Takutnya lah zaman sekarang ni..macam-macam ada…
    Pengaruh dari kawan2 ni terlalu banyak…selalu bimbangkan anak..

  17. lain tempat lain bahasa sebutan dia..lebih kurang macam kod rahsia..sesama mat gian je tahu kod bahasa mereka guna nie..kata tempat aku dua kod yang selalu digunakan merujuk kepada ice adalah Batu dan Kaca..

  18. Kita setuju dengan ayat ni khir;

    "nama-nama yang biasa menjadi sebutan seperti ice baby, sweet, butterfly dan sebagainya tidak menggambarkan ianya setaraf seperti heroin, morfin dan pelbagai nama saintifik lain sebagai dadah. "

    Beza bila sebut dadah dengan the restkan..rasanya kalau bagi tau parents dia orang ambil sweet sure ok punya kan berbanding ambil dadah…hmm..

    1. lactacyd for you…

  19. orang sini panggil hisap batu

  20. Salam KK.Minta-mintalah terselamat anak cucu kita dari pengaruh dadah ni.
    Panggil baby ke,ice ke, sweet ke,butterfly ke – dadah le juga tu. Minta dijauhkan Allah.

  21. Rupanya dah lama penyalahgunaan dadah berlaku yer…

  22. mintak dijauhkan dari semua ni…
    ada kawan ambek dadah ni… saya pon xtahu nak nasihat mcm mna… tapi saya still lagi berkawan n contact dia..

  23. Dadah ni sgt berguna dlm perubatan tetapi bila disalah gunakan… inilah akibatnya.
    Syukur kerana tidak terdedah dgn benda2 ni dulu…

  24. nak menyebutnya pun berbelit lidah.

    member saya ada cakap, budak2 medic kat mesir mostly ramai amalkan dadah ni sebab apa entah, stress rasanya. pastu mulalah high..

  25. Macam-macam nama diberikan tapi bahayanya tetap sama..

  26. ini semua dadah yang disalah guna…

  27. Dadah sintetik ni dah lama dah ujud dan disalah gunakan…sejak tahun 70an lagi pada zaman hippies dulu lagi…cumanya tak banyak…ada 1 2 jer yang popular…

    Sekarang ni lagi lah banyak…macam2 bentuk dan warna serta macam2 warna…

  28. Macam2 bentuk dan warna serta macam2 nama diberi…

  29. CN biasa tahu benda ni masa minggu pencegahan jenayah di skola, mesti ada kuiz berkaitan dadah..hehe

  30. inilah yang boleh mengelirukan..masyallah. tq for sharing abg khir

  31. saya setuju bila KK katakan bahawa penggunaan bahasa penyebab
    kenapa kempen dadah kebiasaannya gagal
    gelaran dadah memang biasanya tidak digunakan dalam bahasa remaja
    kalau nak dekat dengan mereka, perlu guna bahasa mereka
    bukan semua mampu memahami bahaya bahan ni mengikut apa yang kita nak

  32. kreatif betul pencipta2 dadah nie… kenapa laa tak cipta menda yg bermanfaat kan ker baguss… pahala pun dapat…

  33. Kadang-kadang perkara yang dicipta untuk membantu manusia akan menjadi penyebabkan kepada kemusnahan manusia….. bahaya betul buat anak-anak belia yang sedang meningkat dewasa skrg ni…banyak sangat pengaruh yg tidak baik berbanding pengaruh yang baik… 🙁

  34. takut bila tgk ..Apalagi bila dah baca ..Mmg takut bebenar benda2 gini …Lya ada adik lelaki bujang dan jugak anak2 lelaki .Sangat takut pengaruh benda2 ni akan merebak ke arah anak2 adik2 kita ,..Mintak jauh la benda2 ni dari duk mendekat kat anak2 dan adik2 kita ..Setakat ni alhamdulillah adik Lya sentiasa ingat pesanan mak ayah agar tidak bercampur gaul gfn mereka yang terlibat benda2 gini..Pernah jugak kawan2 tawarkan benda ni tapi alhamdulillah dia tolak sebaik2 nya..Moga2 kawan2 yang terlibnat tu takde la nak gesa2 lagi suruh ambik benda ni … Takut tgk ..

  35. Pernah sekali masa ambik dia kat U..Tgk kawan2 duk pass barang ..Adik yang tunjukkan ..Aduhai mudahnya diaorg dapat bekalan ya ..Takut la [ulak tgk benda2 gini ..

  36. Sepanjang stress zaman sekolah dulu, alhamdulillah jauh dari pengaruh dadah ni… cuma kawan2 adik sha lah… jenis sosial… mintak2 adik sha tak terpengaruh dengan benda camni…

  37. yang JM biasa dengar adalah pil ecstacy yg menghayalkan tu

  38. Thanks for the info KK. Macam² jenis dadah skang nih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.