Assalamualaikum Dunia Maya – Sudah lebih seminggu saya tidak bersiaran. Blog pun sudah bersawang dan inilah waktunya untuk mula mengemaskini segalanya agar dapat berblogging kembali seperti biasa.
Assalamualaikum dunia

Berblogging Dan Silaturrahim Dunia Maya

Minggu lepas boleh dikatakan tiada satu pun urusan yang berjalan kecuali urusan berkaitan arwah ayahanda dan keluarga. Urusan yang melibatkan kerjaya termasuk berblogging sememangnya ditinggalkan sepi. Namun bukan bermakna tidak berminat untuk berblogging lagi… cuma memberi ruang dan laluan terhadap apa yang sepatutnya diutamakan.
Berblogging sebagai medium menyokong matlamat kerjaya, menjalin silaturrahim dan berkongsi pandangan serta hasrat hati untuk kebaikan bersama. Itulah inspirasi asal dalam berblogging. Selagi diizinkan, akan saya teruskan selagi terdaya dan mampu.

Dunia Maya Dan Sebaran Kebaikan

Berblogging berdasarkan minat menulis… dalam seminggu ini juga terdapat beberapa urusan dunia nyata yang menggembirakan. Terdapat beberapa tawaran yang pernah saya luahkan tentang berblogging satu masa dahulu, ada diantaranya yang perlu ditolak. Namun ada juga tawaran baharu yang mendatang disebalik kesedihan ini.

Terima kasih atas pandangan dan pendapat yang dilontarkan dalam artikel tersebut. Semuanya saya ambil sebagai nasihat untuk membuat keputusan yang terbaik buat diri ini. Sesungguhnya, perkara yang utama adalah memastikan agar matlamat asal berblogging terus mekar dan blog ini terus subur di alam maya.

Kini, cuma terdapat beberapa perkara yang perlu perkemaskan dan perbincangkan dengan pihak-pihak tertentu agar segalanya menepati matlamat kesemua pihak yang terlibat dan akan dikongsikan di blog picisan ini untuk tatapan dan renungan. Mudah-mudahan menjadi iktibar kebaikan buat semua… in shaa Allah.
Loading blog

Kerjaya Dan Berblogging

Minggu ini adalah minggu permulaan saya bekerja kembali selepas kematian ayahanda tercinta. Ada juga beberapa perkara tertunggak berkaitan kerja yang perlu diperkemaskini. Begitu juga dengan aktiviti berblogwalking yang akan dilaksanakan sedikit demi sedikit sehinggalah segalanya dapat kembali ‘on track’ seperti biasa. Banyak hutang blogwalking… kena pelan-pelan kayuh nie..
Assalamualaikum Dunia Maya… Terima kasih kepada semua rakan blogger dan yang mengenali termasuk seluruh pembaca sekelian yang sudi menerima perkongsian blog ini seadanya. Masih banyak lagi kisah yang perlu diketengahkan. Semuanya akan saya laksanakan satu persatu dari semasa ke semasa selagi terdaya.. in shaa Allah…
Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

35 Comments

  1. Salam takziah dari abe kie. semoga khir tabah menghadapi kehilangan ayahanda tercinta.

  2. Waalaikummusalam KK..takpe faham sebab KK pun baru kehilangan ayahanda tercinta..pelan-pelan kayuh..

  3. Kathy pun merasai kehilangan ayahanda tercinta. Hingga kini masih terasa. Moga Khir mendapat rentak kembali untuk berblogging seperti dulu..

  4. Waalaikumsalam..takpelah Abang Khir, take your time.lama-lama akan back on track lah tu.All the best and good luck..

  5. selesaikan apa yg patut dulu dan yang penting dulu

  6. semoga kk dan keluarga terus kuat 🙂

  7. Welcome back Khir…
    Semoga segala urusan dipermudahkan…

    Dunt worry…pelan2 kayuh… 🙂

  8. Welcome back Khir…
    Semoga segala urusan dipermudahkan…

    Dunt worry…pelan2 kayuh… 🙂

  9. Perasan juga KK tak muncul untuk jangka masa yang agak lama. Tapi, saya faham. Mesti KK memerlukan ruang untuk uruskan apa yang penting dulu. Bukan senang untuk dapatkan kekuatan balik untuk aktif berblogging dan kerja. Apa pun, saya ingin mengucapkan takziah sekali lagi buat seluruh keluarga abg Khir Khalid. Moga semua tabah menghadapi dugaan ini. InsyaAllah semua ini pasti ada hikmah disebaliknya. Last but not least, selamat kembali KK. Kami merindui updates dari KK.

  10. Welcome back bro KK, kami sentiasa menantikan entri yg penuh berinformasi daripada mu dan salam takziah dan al fatihah buat arwah. Same to me dh lama x ada entri baru kerana setiap mlm adik bongsu berumur 13 thn tu conqour my laptop main games so si kakak guna tab utk blog walking

  11. Selamat kembali KK…Semoga lepas ni akn byk lagi entri menarik dan bermanfaat yg dpt dkongsikan utk pengunjung blog ini…Berblogging selagi terdaya.Semoga KK akan terus berjaya d dunia dan akhirat,..Aaamin,.Takziah lg skali dari Lya dan keluarga atas pemergian bapa KK,.Semoga syurga tempat arwah,..Al Fatihah..

  12. berblogging adalah kerjaya jangka panjang..adalah perkara biasa timbul dan tenggelam

  13. wsslam En.Khir..moga hubungan silaturahim ni terus terjalin…

  14. Salam takziah dari zumal… Moga KK tabah selalu…

  15. Waalaikumsalam anakanda KK..

    Bertemu kembali kita didunia maya..dulukan tugasan dan kewajiban didunia realiti dulu…itu yang paling afdhal…

    Semoga KK kembali ceria setelah urusan arwah terlaksana…

  16. Rancanglah sebaiknya..tak perlu kelam kabut..:)

  17. Selamat berwacana kembali Khir. Hidup kena diteruskan dan moga Khir sekeluarga tabah
    menghadapinya.

  18. Insyallah……semoga terus kekal abadi..

  19. slmt kembali khir..btul tu, urus mana yg utama dulu..

  20. Salam takziah untuk ayahanda.
    Hidup perlu diteruskan.
    semoga tabah KK.

  21. salam takziah dari saya..moga en.khir tabah..dan dipermudahkan segala urusan kelak..insyaAllah…

  22. semoga dipermudahkan segala urusan

  23. waalaikum salam … kata org tua2 , kayuh pelan – pelan . mudah2an segalanya berjalan dgn lancar dan seperti yg dikehendaki … dah ready utk physiogel

  24. Waalaikumussalam…semoga semuanya berjalan lancar..

  25. Salam takziah KK semoga dirahmati Allah.

    Saya baru tahu mengenai ini. Semoga semuanya berjalan dengan baik

  26. Yg pergi tetapkan pergi, selalulah hulurkan doa. Yg masih hidup tetap perlu meneruskan kehidupan… Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus bergerak maju kehadapan.

  27. waalaikumussalam. alamak, macam terlambat skit nak reply. hehehehe…. buat lah apa yang patut asalkan dapat memenuhi apa yang kita mahukan dalam blog kita

  28. nad baru terjah blog kk..takpe bro kk buat mana yang penting dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.