Udara segar adalah anugerah yang membantu meningkatkan kualiti hidup. Atas keperihatinan tentang pentingnya udara bersih, Sunway REIT telah melancarkan kempen ‘Clean Air – A Smoke Free Environment Project’ di pusat membeli belah terkemuka Sunway Pyramid.
Ia merupakan satu inisiatif dalam menerapkan gaya hidup sihat disamping memperkasa pembangunan sosio komuniti positif serta memperkenalkan kaedah seni mural sebagai elemen menyampaikan mesej sosio pendidikan yang unik dan berkesan.
Clean Air – Smoke Free Environment Project
Pada Selasa, 9 Mei 2017, saya telah menyertai pelancaran ‘Clean Air – A Smoke Free Environment Project’ ini. Satu pengalaman pertama dalam aspirasi pemerkasaan sosio komuniti anjuran Sunway REIT. Turut berpeluang mengenali individu-individu yang berperanan penting menjayakan aspirasi murni ini.
Antara usaha penting, melibatkan 3 artis seni tempatan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu Kenji Chai, Caryn Koh dan Louise Low, menyokong inisiatif dengan seni graffiti dan mural yang menyampaikan mesej kesedaran kepada orang ramai tentang kemudaratan merokok.
Setiap mereka mengetengahkan ekspresi seni tentang harapan untuk udara yang bersih dan bebas asap rokok di 3 bahagian dinding luar Sunway Pyramid.


Kami turut meninjau hasil seni mural yang memperkenalkan ekspresi seni mural seorang doktor menjadi artis seni, Caryn Koh Seni mural bernama
‘Bloom’ ini terletak di bahagian dinding luar bersebelahan outlet Sephora. Ia memaparkan kanak-kanak sekolah tersenyum dikelilingi bunga matahari kekuningan dan bernafas ceria dalam udara segar tanpa pencemaran asap rokok.
Mural kedua terletak di bahagian luar berdekatan Sunway Pyramid West Link Bridge adalah hasil tangan artis graffiti terkenal, Kenji Chai. Karya seni berjudul ‘Resurection’ memaparkan symbol transformasi burung merpati, bermaksud ‘pilihan’ dalam kehidupan kita semua. Kitalah yang membentuk kelestarian ekosistem atau memusnahkan. Ia juga mewakili suara hati komuniti yang mahukan udara bersih bebas asap rokok.

Seterusnya membawa kami menyelami karya Louise Low yang diberi nama ‘Rose Petals’, di bahagian belakang dinding luar An Viet di Lower Ground 2. Hasil karya interaktif ini bertujuan menarik orang ramai menghargai keindahan semulajadi melalui seni cerminan berbentuk bunga ros ‘3D ruby-red petals’ yang menyebarkan aura mewangi di persekitaran bebas dari udara tercemar.
Bandar Sunway ‘Smoke-Free City’ Pertama Di Malaysia
Sempena pelancaran kempen, Dato’ Jeffrey Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT turut berkongsi hasrat menjadikan Bandar Sunway sebagai ‘smoke-free city’ pertama di Malaysia menjelang 2018. Orang ramai digalakkan menyertai Sunway REIT Smoking Cessation Programme yang ditaja sepenuhnya bermula 8 May 2017 sehingga 30 Jun 2018.
Peserta akan menerima kaunseling percuma oleh para profesional yang disokong Sunway Medical Centre dan Johnson and Johnson. Ia dibuka kepada 250 penyertaan. Bagi minggu pertama kempen (8 Mei – 14 Mei 2017), turut diadakan khidmat nasihat ‘smoking cessation programme’ dan ‘smokerlyzer test’ di LG2 Orange Avenue, Sunway Pyramid untuk orang ramai. Sesi bermula 11.30 pagi hingga 2.30 petang (Isnin – Jumaat), dan 11.30 pagi hingga 3.30 petang (Sabtu dan Ahad).
Terdapat juga peluang bergambar di ‘photobooth’ disamping menyokong mesej positif seni mural terhadap aspirasi udara bersih melalui perkongsian media sosial dengan hastag #cleanairproject dan #sunwayforgood.
Ini merupakan usaha strategik menyuntik kesedaran terhadap kepentingan udara persekitaran yang bersih dan menarik masyarakat manfaatkan gaya hidup positif. Elemen kesenian sememangnya platform terbaik menyampaikan mesej peringatan untuk jangka masa panjang.
Justeru, inilah peluang untuk kita bersama turut serta. Sunway REIT menjemput orang ramai untuk menyokong Clean Air – Smoke Free Environment Project dengan mesej akujanji (pledge) di microsite yang dilancarkan. Seramai 400 perserta terawal akan memperolehi 500 Sunway Pals points.
Info lanjut ‘pledge’ dan penyertaan boleh layari www.sunwaycleanairproject.com.
A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Udara bersih segar utk pernafasan dihasilkanalam sekitar yg xtercemar…cantik lukisan mural tu
cantiknya gambar lukisan mural ni
satu usaha yg baik dan wajar diikuti
[…] penyiar web rasmi Malaysia, IDN Times, ET Today, Line.tv, LUVE, platform rasmi media sosial Sunway City dan […]