Khir Khalid - Portal Pembangunan InsanEkspresi 

Aspirasi Tahun Baru 2018

Sehari lagi di tahun 2017 sewaktu artikel ini ditulis, seterusnya meninggalkan pelbagai kenangan sebagai iktibar dan inspirasi semangat. Tahun 2018 menjelma dengan harapan dan azam bagi meneruskan aspirasi kehidupan.
Alhamdulillah, banyak perkara yang disasarkan pada 2017 dipermudahkan dan tercapai arah tujuan. Blog pula menjurus kepada elemen komersil dalam mendapatkan lebih pendedahan, disamping menyokong elemen kerjaya melalui kerjasama pihak terlibat selaras tuntutan industri.
Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Blog Sebagai Inspirasi, Ukhwah Dan Kelestarian Kerjaya

Mungkin ada dikalangan pembaca terutamanya subscribers yang mengetahui jatuh bangun saya sepanjang 18 tahun dalam keusahawanan sebagai kerjaya. Sebahagian jurnal ekspresi tersebut ada saya kongsikan pada beberapa artikel sejak beberapa tahun dahulu.
Apa yang paling berharga, pengalaman mengajar diri untuk lebih merendah diri, bersyukur dan melihat peluang dari aspek lebih matang. Namun hakikat lama atau tidak bukan kayu ukur untuk dibanggakan. Seperti yang diperkatakan ahli agama, senioriti boleh menjadi egoist pembawakan kaum yang mengaku mereka bangsa tertua dan terpilih di dunia… nauzubillah.
Berpeganglah kepada prinsip Rasullullah S.A.W, saling kasih dan menghormati tunggak kejayaan ummah – “yang lama dihormati dan yang baru dikasihi”.
Begitulah juga prinsip keusahawanan yang sentiasa dipesan dan dipegang. “Berani berdiri sendiri atas paksi yang betul dengan doa dan tawakkal kepadaNya”.
Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Aspirasi Pemerkasaan Online Melalui Hubungan Kerjaya

Antara pencapaian berharga 2017 adalah tawaran rakan industri untuk bersama sebagai kumpulan penggerak pengisian online institusi pengajian di Malaysia. Reputasi melalui entiti Khir Khalid Resources sebagai pendukung modul pembangunan sosial ditauliahkan kini selangkah lagi diberi kepercayaan potensi baru.
Usaha yang memerlukan penelitian dan kesungguhan idea, masa dan kos sedikit sebanyak membuahkan hasil yang diharapkan. Secara tidak langsung reputasi kerjaya dan komitmen berblog membawa pengukuhan potensi keusahawanan.
Ia sebenarnya satu perjalanan panjang yang bermula sebelum kewujudan blog ini dan bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak cabaran jatuh bangun, kesilapan memilih keputusan, kekeringan idea dan kos. Namun sokongan berterusan belakang tabir rakan niaga, rakan seperjuangan, rakan industri dan ahli keluarga merupakan penghargaan selamanya.
Khir Khalid, Blogger Malaysia,
Aspirasi turut dizahirkan melalui blog sebagai ekspresi peribadi juga sokongan kerjaya. Tahun ke tahun, blog ini juga telah membangunkan ukhwah dan peluang, malah pengalaman menjaga keseimbangan silaturrahim antara hubungan kenalan baru dan lama, rakan niaga, juga industri yang telah lama terjalin.
Jika pengisian dahulu menjurus kepada kesedaran sosial, ia kemudiannya diserap dengan berubahnya aliran kerjaya kepada pembangunan sosio-pendidikan dan keusahawanan sosial, malah ukhwah berblogging juga menjurus pelbagai pengisian komersil yang diselaraskan dalam niche gaya
hidup secara seluruhnya.
Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Aspirasi Kekeluargaan Dan Berblogging 2018

Secara peribadi, tahun 2018 juga bermula fasa baru kekeluargaan bila anak yang sulong telah pun tamat persekolahan. Perkahwinan yang bakal menjejaki usia 19 tahun juga memberi pelbagai pengalaman pahit manis berkongsi kehidupan.
Bagi aspek kerjaya sepertimana sedia diketahui industri, isteri juga mengisi penama kedua sebagai rakan kongsi sah entiti perniagaan. Peranan selain  isteri, ibu kepada anak-anak dan urusan kerja, kepercayaan yang diberikan dalam menyokong usaha kerjaya diri adalah sesuatu yang amat dihargai.
Ia sentiasa menjadi semangat untuk terus maju membina keluarga dan kehidupan.
Khir Khalid, Blogger Malaysia,
Apa pun, 2018 bukan lagi tahun eceran di media sosial tetapi adalah tahun terbaik memastikan perkara yang sudah berjalan agar terus mekar di atas landasannya.
Selain menjalankan amanah melalui medium digital rasmi dengan sokongan serta bimbingan rakan industri, blog ini terus menjadi platform perkongsian jurnal peribadi berkaitan gaya hidup, motivasi, kekeluargaan, travelog dan informasi komersil dan non-komersil sebagai manfaat ukhwah bersama.
Akhir kata, semoga tahun 2018 memberi kebaikan buat kita semua dalam setiap perkara yang diusahakan dengan sepenuh kejayaan dan keberkatan Illahi… aamiin ya Rabbalalaamiin.
Selamat Tahun Baru 2018 buat semua pembaca yang sentiasa dihargai.

Related posts

18 Thoughts to “Aspirasi Tahun Baru 2018”

    1. Selamat Tahun Baru juga Bunda. Semoga 2018 membawa lebih kebaikan dan kejayaan buat semua… aamiin 🙂

  1. selamat tahun baru tuan

    1. Selamat tahun baru juga puan. Semoga 2018 membawa lebih keberkatan dan kejayaan.. aamiin 🙂

  2. Selamat tahun baru 2018 tuan.. Moga terus diberi kejayaan di lapangan.

    1. Selamat tahun baru juga tuan. Begitu juga tuan, moga bersama2 kita semua beroleh keberkatan dan kejayaan.. aamiin 🙂

  3. Salam tahun baru 2018 moga semakin sukses dlm kerjaya n kehidupan

    1. Selamat tahun baru juga.. sama2lah juga buat kak PI.. aamiin 🙂

    1. Selamat tahun baru juga Nani. Salam ceria sukses selalu 🙂

  4. Selamat Tahun Baru Mr Khir. Semoga tahun ini membawa satu sinar cahaya kejayaan kepada kita semua. InsyaAllah. Aamin. 🙂

    1. Selamat Tahun Baru juga tuan GV, in shaa Allah moga 2018 membawa lebih kebaikan dan kejayaan buat kita semua… aamiin 🙂

  5. selamat thn baru

    dan semoga terus beristiqamah dlm dunia blogging!

    1. Selamat tahun baru juga Anies.. terima kasih atas ukhwah berblogging selama ini 🙂

    1. Selamat tahun baru juga.. semoga 2018 membawa lebih keberkatan dan kejayaan.. aamiin 🙂

  6. Selamat Tahun Baru Khir..
    Moga terus suksess

    1. Selamat tahun baru juga Fidah. Semoga 2018 membawa lebih keberkatan dan kejayaan… aamiin.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.