Aspirasi Keusahawanan Dan Penghargaan Rakan Blogger – Setiap kita pasti ada satu masa kita akan merasa ‘unique calling’ berdasarkan pengalaman kerjaya dan kehidupan. Satu perkara yang benar-benar ingin kita lakukan dalam mencapai aspirasi kehidupan.
Saya juga tidak terkecuali, akhirnya mengambil keputusan menceburi segmen intervensi pembangunan insan daripada terlibat secara sambilan kepada aspirasi keusahawanan sosial sepenuh masa. Kemajuan teknologi juga membantu menyelami potensi dunia digital dan mengasah minat menulis sebagai salah satu platform pemerkasaan kerjaya yang tersendiri.

Aspirasi Keusahawanan Dan Pembangunan Insan
Saya terkesan dengan perkongsian Wan Nong Muzafar, Pakar Strategi Bisnes yang berpendapat, dalam keusahawanan kita tidak seharusnya memisahkan dunia online dan offline. Apa yang patut dilakukan adalah mengintegrasikan keduanya agar dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Ia membuka mata tentang tujuan asal menulis. Maka bermula penghujung tahun lepas, saya mula menilai semula tempo pengisian demi menambahbaik selaras matlamat asal. Melalui pengalaman berblog juga membuka mata tentang apa yang sebaiknya diintegrasi dan difokuskan.
Alhamdulillah… blog membantu bina kepercayaan institusi dan industri dalam aspirasi pembangunan insan, bermula intervensi sosio-remaja, koreksional sehinggalah sosio-pendidikan industri-akademik. Pernah terleka kerana teruja berblog, namun bernasib baik tidak terlambat mengenalpasti semula keutamaan niche dan pengisian.
Terima kasih, blog juga menjadi lapangan memperkasa profesionalisme rakan industri disamping mengeratkan lagi silaturrahim persahabatan dahulu dan kini.

Penghargaan Cenderahati Rakan Blogger 2019
Buah Tangan Daripada Blogger Etuza
Awal suku pertama tahun 2019 ini juga dikira meriah. Saya terima buah tangan daripada blogger Etuza. Seorang guru bermastautin di Keningau, Sabah. Saya selesa memanggil beliau Cikgu Etuza, kerana ia satu penghormatan buat warga pendidik yang telah banyak berjasa mendidik anak bangsa.
Blog beliau berkongsi jurnal peribadi berkisar gaya hidup dan kekeluargaan. Terdapat juga coretan kerjaya bersama rakan-rakan dan informasi yang terkait dengan aspirasi. Sedar-tak sedar, dah beberapa tahun juga saling mengenali. Elken elcafe 5 in 1 ini saya terima sebagai antara pengomen di blog Cikgu Etuza. Terima kasih Cikgu Etuza :).
Jom saling mengenali Cikgu Etuza di: www.madey09.blogspot.com

Cenderahati Daripada Blogger Anies
Saya juga turut menerima cenderahati daripada blogger Anies sebagai antara komentar di blog beliau. Terima kasih Anies! Beliau pun peramah dan rasanya sudah bertahun-tahun saling mengenali dan berkongsi pelbagai aspirasi berblog seperti travel, review movie dan jurnal gaya hidup.
Pengalaman travel beliau sememangnya menjadi inspirasi. Seronok tengok pemandangan negara orang dari lensa beliau. Selain tu… ada kala, makanan, minuman terutamanya jenis-jenis kek yang dikongsikan pun boleh buat terbuka selera… terus teringin nak makan haha.
Jom berkunjung ke blog Anis di: www.aniesandyou.blogspot.com

Terima kasih lagi buat Cikgu Etuza dan Anies. Tidak lupa juga buat semua sahabat, rakan blogger, industri dan pembaca atas sokongan dan kepercayaan selama ini. Mudah-mudahan dapat terus menambahbaik mutu pengisian yang memberi nilai tambah buat manfaat insan.
Teringat kata-kata seorang ustaz; “silaturrahim yang terbina atas keikhlasan dan membina ke arah kebaikan itu adalah anugerah yang membuka lagi cabang-cabang rezeki serta pintu keberkatan.”.
Alhamdulillah… semoga silaturrahim sentiasa diberkati… aamiin.
Baca lagi ekspresi berblog;

SIC PARVIS MAGNA ~”Greatness from small beginnings”
I’m into e-commerce, content writing and motovlogging.
My Bio > PROFILE & BIO
Online..offline.Bila mana dipadukan menghasilkan satu momentum yang terkadang luar jangka.Asal bijak mengadabtasi dengan keperluan dan kehendak.
Moga silaturahim yang terjalin antara blogger terus tumbuh dan memberi manfaat dunia akhirat.Aamiin.
Perdu Cinta recently posted…Info Dan Ilmu
Terima kasih PC.. In shaa Allah mudah2an dpt terus menambahbaik momentum disamping ukhwah pembaca sebaiknya. Salam ukhwah juga 🙂
Alhamdulillah dikelilingi sahabat2 blogger saling menginspirasi dan memahami..moga makin sukses dlm apa saja bidangyang diceburi
Alhamdulillah.. terima kasih kak PI.. pengisian yg kak PI kongsikan juga beri inspirasi utk saya dalam penulisan online. Salam ukhwah selalu 🙂
good sharing..
Terima kasih tuan Mus. Salam ukhwah selalu 🙂
tahniah KK.. sampai 2 blogger bagi hadiah
Pha Is recently posted…Misteri duit bawah bantal bayi
Alhamdulillah, terima kasih Pha Is.. terima kasih juga atas ukhwah bertahun2 dah hehe 🙂
memang betul tuan. zaman skrg online dan offline kena sama seimbang untuk lebih berjaya dalam merealisasikan satu2 kerjaya.
dan tahniah tuan atas penghargaan yang diterima dari rakan2 blogger. semoga terus saling menyokong satu sama lain.
Alhamdulillah.. terima kasih juga Ana atas ukhwah silaturrahim. Mudah2an kita semua sentiasa diberkati dan beroleh kejayaan dlm setiap apa jua yg diusahakan.. aamiin.
dunia sekarang mmg x boleh lari dgn online…
sama2… saya pun begitu juga 😉
Terima kasih Anies.. anak sy yg bongsu tu mmg peminat Lawak Kampus tu.. suka sgt! 🙂
offline&online sama2 kena sama rata
bila kita buat offline baru org nmpk product
terkesan atau tidak…
tahniah KK info yg terbaik
Terima kasih Lynn.. setuju.. bila offline dan online sekata, baru lebih real. Prospek pun lebih percaya.
Alhamdulillah dan tahniah… LeYa memang seringkali terinspirasi dengan setiap coreta blog ini. Ternyata punya input yang penuh manfaat dan berilmu.
Illya LeYa recently posted…Joms Buka @ Nook Selera Indonesia, Aloft KL Sentral
Alhamdulillah, terima kasih Leya. Mudah2an memberi nilai tambah yg baik juga, in shaa Allah 🙂