Keep calm and carry on mesej motivasi

Semasa bergiat aktif dalam program keusahawanan sosial terutamanya yang melibatkan pembangunan belia dan sosioremaja, saya sering melihat slogan KEEP CALM, KEEP COOL, KEEP POSITIVE dan seumpamanya dicetak di buletin, poster, mug, t-shirt dan macam-macam lagi.

Selain bertujuan menyampaikan mesej motivasi dan positif, frasa ini juga mampu mencipta tarikan dalam melariskan jualan produk sama ada untuk tujuan komersil mahu pun mengumpul dana ‘fundraising’ dalam kluster pertubuhan NGO dan usahawan sosial berkaitan sosioremaja.

Ia pernah menjadi salah satu strategi jualan dalam mengumpul dana untuk beberapa pertubuhan sosioremaja dan sambutannya teramat luarbiasa.

Asal slogan Keep Calm

Asas Slogan KEEP CALM Dalam Lipatan sejarah

Baru-baru ini semasa ‘tea-break’ dalam satu mesyuarat di pejabat kenalan, saya terbaca informasi di majalah Infiniti keluaran April 2016 tentang sejarah slogan KEEP CALM ini.

Lantas ia menarik saya untuk mencoretkan perkongsian di blog ini disebabkan perkataan KEEP CALM ini sering mengingatkan saya tentang pelbagai penglibatan dalam program motivasi pemerkasaan sosial dan pembangunan belia.

Apa jua perkataan berkaitannya yang wujud pada hari ini, ia sebenarnya diinspirasikan dari perkataan ‘KEEP CALM’ yang awalnya hanya tertumpu kepada masyarakat di Britan sahaja. Dicetak dalam bentuk poster menggunakan ayat ‘KEEP CALM AND CARRY ON’.

Asas slogan Keep Calm

Slogan KEEP CALM AND CARRY ON

Slogan dari Britain ini diperkenalkan oleh Kementerian Informasi Britain yang merupakan badan bertanggungjawab mencipta mesej tersohor ini pada tahun 1933.

Ia merupakan slogan penting dan paling popular dalam sejarah Britain yang termuat dalam 3 siri poster masa perang dunia ke-2. Selain digunakan untuk kempen perang bersama pakatan Berikat, kerajaan Britain turut menggunakan kaedah psikologi perang demi mempertahan negara dari serangan tentera Paksi yang diketuai Jerman.

Pada masa yang sama, slogan ‘KEEP CALM AND CARRY ON’ turut digunakan untuk mententeramkan emosi rakyat Britan menghadapi kancah peperangan.

Pada Mei 1939, sejumlah dana telah diluluskan bagi kempen dan digunakan bagi tujuan proses rekabentuk oleh beberapa individu terpilih. Mereka ialah Pengarah Urusan Odhams Press, William Survey, Mantan Ketua Penerbit Empire Marketing Board, Gervas Huxley dan seorang ejen pengiklanan bernama WVG Vaughan.

Keep calm and carry on mesej motivasi

Cetakan Asal Slogan Yang Pertama

Mengikut reka bentuk asal, dua tona warna telah digunakan iaitu merah dan putih, sesuai dengan reaksi psikologi ketika itu.

Penggunaan logo mahkota pada bahagian atas teks merupakan simbol bahawa mesej ini disampaikan dari institusi Diraja Britain kepada rakyat dengan cetakan poster sebanyak 2.5 juta salinan.

Beberapa tahun kemudian, slogan ini muncul kembali menjadi satu fenomena hingga terkenal dan mempunyai pengaruh tersendiri ke serata dunia. Ia berpunca daripada sekeping poster asal di kedai buku terpakai Barter Books.

Pemilik kedai, Stuart dan Mary Mantley telah menampal poster ini sebagai daya penarik premis. Tanpa disangka, ramai pengunjung tertarik dan mencadangkan agar ia dicetak semula, dipasarkan dan dijual sebagai kata-kata inspirasi dan semangat.

Slogan Keep Calm and Carry on

Kini walaupun bermacam kreativiti slogan diolah, ia sebenarnya diinspirasikan dari frasa perkataan asal KEEP CALM AND CARRY ON. Namun ia tetap mengisi tujuan asal yang sama iaitu membangkitkan semangat motivasi insan ke arah pemikiran dan gaya hidup yang positif.

Justeru, jika menghadapi apa jua masalah… kita tarik nafas dan tenang-tenang sahaja. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Keep calm and carry on 🙂

Baca lagi: Motivasi Guru: Makbulnya Doa Seorang Pendidik

20 Thoughts to “Asal Slogan KEEP CALM Sebagai Mesej Motivasi”

  1. Uncle Zuan

    terbaik! nak cari gak la poster mcm tu

  2. Alhamdulillah…moga bila kita lihat,sebut dan secara tidak lgsung melakukannya..dengan cara melihat apa yang terpapar itu lebih mudah untuk kita ingatkan diri..dan PC rasa perkataan motivasi seperti ini lebih baik berbanding gambar atau perkataan lain yang kurang manis..

  3. rs nyer 2 thn lps slogan ni mmg pemes

  4. Yup dah jadi trend ikutan frasa Keep Calm ni.

  5. el

    suka dengan slogan keep calm ni
    baru iols tahu asal usul keep calm
    thank you share ye

  6. dah jadi trend seluruh dunia rasanya..tapi memang menarik kalau dijadikan hiasan 🙂

  7. Ada jgk tgk slogan ni..

    Tapi bru tahu asal usulnya..

  8. Salam Khir,

    Ada sejarah rupanya…baru tau…keep calm..

  9. thanks atas perkongsian ilmu.. sebelum ni saya mati2 ingat keep calm ni asal dari iklan arak.. sbb tu macam hmm… sikit.. hehehehe

    okay, boleh guna ayat keep calm ni tanpa rasa bersalah.. hahahaha

  10. waa.. baru kakak tau asal usul keep calm tu !! hee~ thanx !!

  11. new info for me. thanks for sharing.

  12. Bertenang dan bebas dadah…

  13. Yeah!! Setuju but sx semua org boleh keep calm tau

  14. Sekarang dah macam-macam version tapi semuanya ke arah kebaikan

  15. beberapa tahun lps KEEP CALM ni jd viral juga laa smpi sy kena buat cover buku yg sebijik mcm KEEP CALM ni hahaha

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.