Apa itu Penjara Sejahtera – Pada entri sebelum ini ada diceritakan tentang tujuan dan matlamat Penjara Sejahtera. Namun ingin aku perjelaskan lagi secara menyeluruh dengan mudah tentang maksud dan konsep Penjara Sejahtera itu sendiri untuk pengetahuan bersama dalam membentuk masyarakat yang sejahtera.
Sambutan Hari Penjara ke-206 pada 2013 adalah sambutan yang pertama diadakan di luar kawasan penjara bersama masyarakat
Bagi menjelaskan maksud dan tujuan terhadap perlaksanaan konsep Penjara Sejahtera ini,kita terlebih dahulu perlu memahami aliran perundangan yang ada dalam sesebuah negara. Kesalahan jenayah mahupun dadah biasanya berpunca daripada tekanan hidup dan pengaruh yang tidak sihat dalam masyarakat itu sendiri.
Melalui hasil penguatkuasaan seperti polis dan banyak lagi agensi lain yang dipertanggungjawabkan, setiap kesalahan yang berjaya ditangkap akan didakwa di mahkamah untuk dibicarakan mengikut kes akta kesalahan masing-masing. Ada yang dilepaskan dan yang dihukum denda sahaja. Ada pula yang dijatuhkan hukuman penjara dan akan bebas pada tempoh waktu yang ditetapkan. Namun ada juga yang dipenjarakan dan tidak akan dibebaskan sehingga ke akhir hayat…
Apabila seseorang itu dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah, barulah secara rasminya dia diserahkan dibawah tanggungjawab Jabatan Penjara Malaysiasebagai perlaksana hukuman. Namun, peranan Penjara Sejahtera bukan sekadar menahan dan menghukum pesalah, tetapi juga memulihkan mereka dengan menerapkan kesedaran melalui etika dan tatacara disiplin serta bimbingan keagamaan yang mantap agar mereka benar-benar insaf.
Penjara Sebagai Institusi Koreksional Pemutihan Insan
Usaha pemulihan diteruskan dengan memberi bimbingan positif melalui penyediaan peluang pembelajaran akademik, latihan kemahiran vokasional, perusahaan, pembuatan dan juga perniagaan. Oleh itu, perlaksanaan konsep Penjara Sejahtera ini lebih menumpukan kepada mewujudkan kesedaran serta keinsafan termasuk membina salasiah diri dan modal insan kepada banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara. Kesemua ini bertujuan untuk dijadikan sebagai sandaran dan sumber nafas baru kepada mereka agar dapat menebus kesalahan dengan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat apabila dibebaskan kelak.
Selain itu, rumah perantaraan pula disediakan bagi mereka yang tiada tempat untuk berlindung setelah dibebaskan. Mereka dibenarkan tinggal untuk tempoh beberapa bulan sebelum dapat menyesuaikan diri dalam pekerjaan, kehidupan dan masyarakat. Peluang mendapat pembebasan awal dibawah perintah Parol juga diperuntukkan kepada mereka yang terpilih disebabkan berkelakuan baik dan cemerlang di dalam penjara agar dapat menjalani baki hukuman bersama keluarga di rumah.
Ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Namun, sekadar menghukum dengan membiarkan mereka terkurung dipenjara tidak membawa apa-apa erti malah merugikan masyarakat dan negara. Ia bukan sahaja boleh menyuburkan dendam dan melahirkan jiwa yang memberontak, tetapi juga membawa kepada kes berulang atau kemasukan kembali ke penjara (residivis) disedabkan tiada kesedaran, keinsafan serta keyakinan jati diri yang positif.
Usaha memperkasa perlaksanaan penjara sejahtera memerlukan usahasama padu dari pihak kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat seluruhnya. Institusi penjara berperanan sebagai satu institusi pembelajaran dan koreksional bagi melahirkan kitar semula modal insan. Melalui penglibatan serta kesedaran semua pihak, ia juga diharap dapat menjadi ‘antidote’ dalam mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah dan jenayah dari terus berleluasa seterusnya membantu ke arah mewujudkan masyarakat yang sejahtera.
Forum Perbahasan Berkenaan Konsep Penjara Sejahtera
Sebagai wakil NGO dan blogger, di sini aku memohon dari sahabat pembaca sekelian agar sudi membantu dengan memberi pandangan telus anda sendiri terhadap Penjara Sejahtera ini dari kacamata masyarakat. Ia penting untuk membantu aku dalam pembentangan pada Forum Perbahasan Bersama Bloggers yang akan diadakan nanti.
Segala bantuan kerjasama sahabat sekelian amatlah aku hargai. Semoga Allah jua yang membalas dengan kebaikan dan keberkatan yang berpanjangan… aamiin.
kalau dilihat penyampaian abg Khir mengenai Penjara sejahtera yg sedia ada mmg ada memulihkan dan membimbing banduan2 ni dan juga menyediakan rumah pengantaraan bg mereka yg baru dibebaskan rasanya sudah cukup memadai.. satu info yg amat asing dan sangat berguna kpd sy yg selama ni ingat penjara hanya tempat hukuman semata2..
penjara bukan sekadar tempat menghukum mereka mereka yang bersalah, tapi penjara juga adalah satu tempat yang memberi seribu keinsafan pada mereka di dalam sana. sepatutnya sebagai individu yang di luar tidak perlu meletakkan hukuman pada mereka, kerana mereka pastinya sudah terhukum dengan kesalahan yang mereka lakukan. berilah mereka peluang untuk mengubah nasib ke arah yang lebih baik. melihat mereka dipenjara juga dapat memberi kita satu keinsafan, suapay sentiasa berwaspada dengan tindakan yang kita lakukan.
ija teringin nak melawat penjara, mahu memerhati dan menyelami jiwa mereka.
ia berbeza Ikhwan.. penjara seumur hidup adalah hukuman penjara yg dijatuhkan selama 30 tahun manakala penjara sepanjang hayat itu adalah hukuman penjara sehingga keakhir hayatnya.. T kasih 🙂
salam khir… pada pendapat saya kemahiran2 asas yang disediakan di dalam penjara sejahtera sangat bagus dan memberi manfaat yang baik kepada pesalah2.. kadang2 ada pesalah yg melakukannya kerana kesempitan hidup, terdesak dan sebagainya… dan saya rasa ianya membantu keyakinan diri mereka untuk meneruskan hidup apabila sudah dibebaskan..
cuma saya harap golongan masyarakat teruskan menyokong dan memberi peluang kepada mereka…. 🙂
penjara sejahtera.. nama dah ok tp apa yang penting adalah pengisian dalam penjara itu sendiri..agar orang yg berada di dalamnya 'sejahtera' selalu. Maksud nya disini.. pengisian yang perlu diterpkan kepada penjara sejahtera mesti lah penjara ini bukan sahaja tempat menghukum sahaja tetapi perlu ada pengisian kerohanian dan jasmani. Pengisian rohani seperti bacaan yassin dan qatam al-quran perlu dibuat setiap malam selepas solat magrib secara beramai2 dan amalan pengisian jasmani.. pula 'orang penjara' perlu dilatih utk cergas selalu melalui senaman dan latihan fizikal agar banduan tidak jemu ketika dalam tahanan. Lagi satu kalau boleh, cadangan aje… banduan perlu atau boleh diziarahi oleh keluarga bukan sahaja hari ahad atau kelepasan umum tetapi.. kalau boleh bila3 masa.. bergantung keperluan keluarga dengan banduan.. hehehe
mudah-mudahan org yg bersalah lepas ni dapat hidayah dgn adanya penjara sejahtera ialah diaorg pun manusia juga, mungkin kesalahan yg dulu akan membuat diaorg bertaubat ke jln allah
pencerahan yang amat baik sekali khir…aku pernah dengar juga sikit2 pasal penjara sejahtera nie tapi tak tahu laa se detail ini..tapi aku setuju sangat dengan konsep penjara sejahtera ini kerana bagi aku bukan semua banduan tu memang betul2 jahat..ada yang baik sebenarnya, cuma tersilap langkah apabila tekanan hidup mula melanda…
Suka nama penjara sejahtera ni Khir..lebih cool and tak rasa macam real penjara..dengar nama aje kita dah boleh tahu tempat ni adalah untuk mendidik mereka menjadi manusia yang lebih baik..
Salam Menurut laporan sebuah Akhbar ,sebanyak RM35/sehari diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia untuk Banduan.Ini bermakna RM1050/bulan. Lebih banyak dari pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia yang berada diluar penjara.Oleh itu bagi yang ingin mendapat lebih bantuan "daftar masuk penjara".Memang logik kalau kita conggak mengikut fakta Matematik. Tetapi SIAPA yang MAHU dirinya di PENJARA.
Muhammed Sadiq berkata kepada Mike Tyson , "Walaupun anda di dalam penjara, tetapi dunia di luar sana adalah penjara yang sebenar. Ia adalah mudah mengamalkan Islam di dalam penjara berbanding di dunia yang penuh dugaan dan godaan, mampu membelenggu kita yakni perlu mencari perlindungan melalui Islam." Ini untuk yang mahu Insaf dan di hidayah oleh Allah.
Tetapi masih ramai juga yang menjadikan Penjara sebagai Universiti untuk ilmu merompak,cara cara membuka kunci kereta,link atau hubungan dua hala dalam aktiviti dadah dan sebagainya.
Kita semua tahu dan pernah dengar cerita,bahawa dikhabarnya,didalam penjara boleh membeli dadah atau rokok ? Apakah ini satu kebenaran atau khabar angin ?
RM35/sehari dibelanjakan oleh kerajaan untuk Banduan. Apa yang harus kita buat ? 1.Kakitangan kerajaan jangan salah guna kuasa.Jalankan penguatuasan dengan lebih amanah,agar tiada ketirisan . 2.Masyarakat Awam a.MAJIKAN : jangan mengajikan PATI b.Kita : jangan melindungi PATI
Parti Politik : Jangan asyik nak protes dan bedemo.Belanja PRU pun belum cover cost,ini nak belanja harian pada yang tertangkap kerana asyik melanggar undang undang.
KERAJAAN Pastikan melakukan tanggungjawab pada rakyat semaksimumnya. Jangan ASYIK suruh rakyat BERJIMAT, tetapi Pemimpin kerajaan berjoli sakan.
Kesimpulannya : Kita kena AMANAH dan menjalankan tanggungjawab kita pada Agama,Bangsa dan tanah air.
tak sangka ada jugak ye penjara senjahtera ni..sll kalau dngar je perkataan penjara mesti dh fikir tmpt org dihukum atau diberi balasan yg setimpal dgn kesalahan mereka..thanks share ya khir..
Semoga penjara sejahtera memberi keinsafan kepada mereka…penekanan perlu ada pada aspek kerohanian dan juga latihan kemahiran. Semoga mereka berjaya di 'transform' menjadi insan yg lebih produktif…
Semoga penjara sejahtera dapat melahirkan bekas2 banduan yng telah insaf dan kembali ke pangkal jalan. terima kasih atas info en.khir.. ingatkan semua penjara ni sama je.. 🙂
Selamat maju jaya dgn pembentangan anda nnt..secara jujur saya buntu dlm memberi cadangan buat saudara cuma pihak jabatan penjara boleh melibatkan sesetengah aktiviti dgn org awam dan pemahaman konsep penjara sejahtera juga perlu diterang agak masyarakat memahami dan bersedia terlibat dgn sebarang aktiviti jabatan penjara
T kasih diatas sokongan sahabat semua.. segala komen & pandangan akan diberi perhatian yg sewajarnya utk kebaikan kita bersama & msykt seluruhnya. Salam ukhwah silaturrahim.. 🙂
Usaha ini sepatutnya sudah lama dilaksanakan. Kita mencuba pendekatan yang tidak meminggirkan, cuma janganlah sekerat jalan. Usah pedulikan cakap-cakap orang, yang penting buat dan lihat hasilnya, 10-20 tahun akan datang.
kalau dilihat penyampaian abg Khir mengenai Penjara sejahtera yg sedia ada mmg ada memulihkan dan membimbing banduan2 ni dan juga menyediakan rumah pengantaraan bg mereka yg baru dibebaskan rasanya sudah cukup memadai.. satu info yg amat asing dan sangat berguna kpd sy yg selama ni ingat penjara hanya tempat hukuman semata2..
penjara bukan sekadar tempat menghukum mereka mereka yang bersalah, tapi penjara juga adalah satu tempat yang memberi seribu keinsafan pada mereka di dalam sana. sepatutnya sebagai individu yang di luar tidak perlu meletakkan hukuman pada mereka, kerana mereka pastinya sudah terhukum dengan kesalahan yang mereka lakukan. berilah mereka peluang untuk mengubah nasib ke arah yang lebih baik. melihat mereka dipenjara juga dapat memberi kita satu keinsafan, suapay sentiasa berwaspada dengan tindakan yang kita lakukan.
ija teringin nak melawat penjara, mahu memerhati dan menyelami jiwa mereka.
bagus penubuhan penjaya sejahtera ni……Btw En.khir sy ada satu soalan apa bezanya penjara seumur hidup dan sepanjang hayat???adakh ianya berbeza??
owh, ada perbezaan rupa-rupanya.. aiza ingatkan sama sahaja maksud penjara seumur hidup dan sepanjang hayat itu..
oh. baru saya tahu bezanya..ingatkan sama.
ia berbeza Ikhwan.. penjara seumur hidup adalah hukuman penjara yg dijatuhkan selama 30 tahun manakala penjara sepanjang hayat itu adalah hukuman penjara sehingga keakhir hayatnya.. T kasih 🙂
oooo..cm2 ya..tq En.khir…:D
Baru faham, terima kasih atas penjelasan ringkas dan padat ni.
salam khir… pada pendapat saya kemahiran2 asas yang disediakan di dalam penjara sejahtera sangat bagus dan memberi manfaat yang baik kepada pesalah2.. kadang2 ada pesalah yg melakukannya kerana kesempitan hidup, terdesak dan sebagainya… dan saya rasa ianya membantu keyakinan diri mereka untuk meneruskan hidup apabila sudah dibebaskan..
cuma saya harap golongan masyarakat teruskan menyokong dan memberi peluang kepada mereka…. 🙂
semoga dengan pewujudan penjara sejahtera ini dapat melahirkan modal insan yang produktif untuk pembangunan negara.. churp2,churp2&churp2.. 😀
satu program yang sgt baik untuk memulihkan semula banduan dan dapat membina insan yang cemerlang.
Assalammualaikum..khir,
penjara sejahtera.. nama dah ok tp apa yang penting adalah pengisian dalam penjara itu sendiri..agar orang yg berada di dalamnya 'sejahtera' selalu. Maksud nya disini.. pengisian yang perlu diterpkan kepada penjara sejahtera mesti lah penjara ini bukan sahaja tempat menghukum sahaja tetapi perlu ada pengisian kerohanian dan jasmani. Pengisian rohani seperti bacaan yassin dan qatam al-quran perlu dibuat setiap malam selepas solat magrib secara beramai2 dan amalan pengisian jasmani.. pula 'orang penjara' perlu dilatih utk cergas selalu melalui senaman dan latihan fizikal agar banduan tidak jemu ketika dalam tahanan.
Lagi satu kalau boleh, cadangan aje… banduan perlu atau boleh diziarahi oleh keluarga bukan sahaja hari ahad atau kelepasan umum tetapi.. kalau boleh bila3 masa.. bergantung keperluan keluarga dengan banduan.. hehehe
mselim3
pls: cadangan aje..
Penjara bukan sekadar tempat hukuman tetapi tempat untuk membimbing mereka agar kembali kepangkal jalan dgn ilmu kehidupan dunia dan akhirat.
p/s: penjara kemunting nak dijadikan penjara sgro…bolehlah dapatkan info ini.
In shaa Allah.. akan cuba mendapatkan maklumat & pencerahan ttg perkara ini.. t kasih BM.. 🙂
penjara mmg tmpat org salah tapi untuk pulihkan dia spya kmbali ke pangkal jalan…
baru tahu.. ingat semua sama je..
mudah-mudahan org yg bersalah lepas ni dapat hidayah dgn adanya penjara sejahtera
ialah diaorg pun manusia juga, mungkin kesalahan yg dulu akan membuat diaorg
bertaubat ke jln allah
semoga memberi pengajaran kepada mereka yg pernah melakukan kesalahan
Terbaik…selamat maju jaya
salam en.khir..singgah cne..moga dpt bagi kesedaran & keinsafan buat mereka
pencerahan yang amat baik sekali khir…aku pernah dengar juga sikit2 pasal penjara sejahtera nie tapi tak tahu laa se detail ini..tapi aku setuju sangat dengan konsep penjara sejahtera ini kerana bagi aku bukan semua banduan tu memang betul2 jahat..ada yang baik sebenarnya, cuma tersilap langkah apabila tekanan hidup mula melanda…
Regards,
-Strider-
Ni bru dgr pasal pnjara sejahtera en khir..snngh ptg en khir..bru lepas lunch en khir ^_^
Suka nama penjara sejahtera ni Khir..lebih cool and tak rasa macam real penjara..dengar nama aje kita dah boleh tahu tempat ni adalah untuk mendidik mereka menjadi manusia yang lebih baik..
Download & Google for you!!!
Salam
Menurut laporan sebuah Akhbar ,sebanyak RM35/sehari diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia untuk Banduan.Ini bermakna RM1050/bulan. Lebih banyak dari pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia yang berada diluar penjara.Oleh itu bagi yang ingin mendapat lebih bantuan "daftar masuk penjara".Memang logik kalau kita conggak mengikut fakta Matematik.
Tetapi SIAPA yang MAHU dirinya di PENJARA.
Muhammed Sadiq berkata kepada Mike Tyson , "Walaupun anda di dalam penjara, tetapi dunia di luar sana adalah penjara yang sebenar. Ia adalah mudah mengamalkan Islam di dalam penjara berbanding di dunia yang penuh dugaan dan godaan, mampu membelenggu kita yakni perlu mencari perlindungan melalui Islam."
Ini untuk yang mahu Insaf dan di hidayah oleh Allah.
Tetapi masih ramai juga yang menjadikan Penjara sebagai Universiti untuk ilmu merompak,cara cara membuka kunci kereta,link atau hubungan dua hala dalam aktiviti dadah dan sebagainya.
Kita semua tahu dan pernah dengar cerita,bahawa dikhabarnya,didalam penjara boleh membeli dadah atau rokok ? Apakah ini satu kebenaran atau khabar angin ?
RM35/sehari dibelanjakan oleh kerajaan untuk Banduan. Apa yang harus kita buat ?
1.Kakitangan kerajaan jangan salah guna kuasa.Jalankan penguatuasan dengan lebih amanah,agar tiada ketirisan .
2.Masyarakat Awam
a.MAJIKAN : jangan mengajikan PATI
b.Kita : jangan melindungi PATI
Parti Politik :
Jangan asyik nak protes dan bedemo.Belanja PRU pun belum cover cost,ini nak belanja harian pada yang tertangkap kerana asyik melanggar undang undang.
KERAJAAN
Pastikan melakukan tanggungjawab pada rakyat semaksimumnya. Jangan ASYIK suruh rakyat BERJIMAT,
tetapi Pemimpin kerajaan berjoli sakan.
Kesimpulannya : Kita kena AMANAH dan menjalankan tanggungjawab kita pada Agama,Bangsa dan tanah air.
Wallahu aklam
semoga dengan tertubuhnya penjara sejahtera ini membuka lebaran baru kepada mereka dan beri kesempatan untuk mereka
bagus jugak lah bila diadakan pendekatan yang macam tu. mendidik banduan untuk menjadi lebih baik dan produktif
terbaik.. In Shaa Allah.. sama-sama doakan..
tak sangka ada jugak ye penjara senjahtera ni..sll kalau dngar je perkataan penjara mesti dh fikir tmpt org dihukum atau diberi balasan yg setimpal dgn kesalahan mereka..thanks share ya khir..
Semoga penjara sejahtera memberi keinsafan kepada mereka…penekanan perlu ada pada aspek kerohanian dan juga latihan kemahiran. Semoga mereka berjaya di 'transform' menjadi insan yg lebih produktif…
alhamdulillah..usaha macam ni amat baik untuk mereka..
Semoga penjara sejahtera dapat melahirkan bekas2 banduan yng telah insaf dan kembali ke pangkal jalan. terima kasih atas info en.khir.. ingatkan semua penjara ni sama je.. 🙂
Selamat maju jaya dgn pembentangan anda nnt..secara jujur saya buntu dlm memberi cadangan buat saudara cuma pihak jabatan penjara boleh melibatkan sesetengah aktiviti dgn org awam dan pemahaman konsep penjara sejahtera juga perlu diterang agak masyarakat memahami dan bersedia terlibat dgn sebarang aktiviti jabatan penjara
Rebutlah peluang kedua tu..terbaik.
T kasih diatas sokongan sahabat semua.. segala komen & pandangan akan diberi perhatian yg sewajarnya utk kebaikan kita bersama & msykt seluruhnya. Salam ukhwah silaturrahim.. 🙂
Usaha ini sepatutnya sudah lama dilaksanakan. Kita mencuba pendekatan yang tidak meminggirkan, cuma janganlah sekerat jalan. Usah pedulikan cakap-cakap orang, yang penting buat dan lihat hasilnya, 10-20 tahun akan datang.
Penjara bukan saja untuk motivasi tetapi lebih kepada tempat pemulihan banduan agar lebih kearah kebaikkan dan keinsafan…