Nippon Paint Malaysia Group bersama IJM Land Berhad telah melancarkan Anugerah Pereka Muda Nippon Paint (Nippon Paint Young Designer Award – NPYDA) 2015 bertemakan ‘Design With Heart: For a Sustainable Future : With People in Mind’. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung pada pagi Rabu, 27 Mei 2015 bertempat di Auditorium 3A, KDU University College, Glenmarie, Shah Alam.
Anugerah Pereka Muda Nippon Paint (NPYDA) dilancarkan bertujuan memupuk kreativiti dan mencetus inspirasi bakat-bakat muda di kalangan pelajar jurusan arkitek dan rekabentuk dalaman.
Mula diperkenalkan pada tahun 2008 di Malaysia, kini muncul sebagai salah satu pertandingan rekabentuk paling terkemuka meliputi 12 negara iaitu Singapura, Filipina, Bangladesh, Thailand, Indonesia, Papua New Guinea, Vietnam, China, Jepun, Hong Kong dan Malaysia. Ia telah meraih pengiktirafan antarabangsa kerana menyediakan pentas bagi pereka muda untuk berkongsi idea dengan pakar-pakar industri.
Ucapan Aluan oleh Ms Gladys Goh, Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Malaysia
Anugerah Pereka Muda Nippon Paint 2015
Tema NPYDA 2015, ‘Design With Heart: For a Sustainable Future : With People in Mind’ disasarkan untuk menggalakkan pereka dalaman dan arkitek muda menghasilkan idea dan konsep yang bermanfaat dari aspek alam sekitar, memenuhi ciri-ciri keselamatan, termasuk memudahkan aspek kehidupan, pekerjaan dan riadah.
Ia menjadi cabaran para pereka untuk menonjolkan konsep rekabentuk yang bermanfaat kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan tua, muda dan kurang upaya. Konsep rekabentuk harus menggambarkan idea yang menambahbaik fungsi kepada masyarakat serta kehidupan seluruhnya.
Menurut Ms Gladys Goh selaku Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Malaysia dalam ucapannya berkata “Tahun demi tahun, prestij NPYDA telah diperkukuh dimana semakin ramai peserta industri, persatuan dan pemaju hartanah berganding bahu meningkatkan taraf pertandingan dari segi kriteria pemilihan disamping berkongsi pengetahuan. Kami juga sangat berbangga kerana pemaju hartanah terkemuka Malaysia, IJM Land menjadi rakan kongsi untuk tahun kedua mempromosi dan memupuk pereka dan arkitek muda masa hadapan. Setiap tahun, NPYDA membariskan hakim yang terdiri daripada profesional dan peneraju industri, demi memperketatkan proses pemilihan sebelum pemenang anugerah perekabentuk dan arkitek paling kreatif dan inovatif diumumkan”.
Hadirin Majlis Pelancaran Anugerah Pereka Muda Nippon Paint ke-8
Ruang pameran rekabentuk dan senibina peserta yang terpilih berserta maklumat hakim dan pertandingan
Antara informasi yang dipamerkan : Pemenang Anugerah Pereka Muda Nippon Paint 2013
Pembelajaran pasca pertandingan NPYDA
Selain mempamerkan idea dan bakat rekabentuk, NPYDA juga membuka ruang kepada pemenang untuk terus meningkatkan pengetahuan mereka dan mengasah kemahiran berkomunikasi serta penyampaian ke seluruh rantau menerusi pembelajaran pasca pertandingan. Tarikan utama NPYDA 2015 ialah Program Pembelajaran di Bangkok yang akan menjadi lokasi pusingan terakhir dimana pemenang dari kesemua 12 negara berhimpun dan bersaing untuk merebut anugerah serantau.
Program Pembelajaran NPYDA telah diadakan di Tokyo pada 2013 dan Osaka pada 2014. Program pembelajaran ini memberikan pemenang pengalaman terbaik kerana Nippon Paint juga menjemput pakar industri untuk melatih dan memperkasa bakat muda ini tentang cara memperbaiki rekaan dan penyampaian. Pelajar juga berpeluang bertemu dan belajar daripada rakan sebaya serta profesional dari pelbagai latar belakang budaya dan negara yang berbeza di rantau Asia.
Sesi media bersama Ms Gladys Goh, Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Malaysia dan Mr Edward Chong, Pengarah Urusan IJM Land Berhad
Pada Program Pembelajaran NPYDA di Bangkok, Paul Tange yang merupakan penceramah terkemuka akan menyampaikan ceramahnya nanti. Beliau memulakan kerjaya arkiteknya selepas meraih ijazah Sarjana Arkitek dari Harvard University, Graduate School of Design pada 1985.
Pada tahun yang sama beliau menyertai Kenzo Tange Associate, firma senibina diterajui bapanya iaitu seorang arkitek antarabangsa terkemuka, Kenzo Tange. Paul dilantik sebagai Presiden Kenzo Tange Associate pada 1997 dan menubuhkan Tange Associate pada 2003. Tange Associate beribu pejabat di Tokyo, Jepun, telah melaksanakan projek di seluruh dunia dengan menawarkan pilihan penuh rekaan senibina dan perancangan rekabentuk urban.
Jom ikuti Anugerah Pereka Muda Nippon Paint (NPYDA) 2015
Sokongan Anugerah Pereka Muda Nippon Paint Ke-8
Anugerah Pereka Muda Nippon Paint ke-8 ini disokong agensi industri dan rakan kongsi seperti Institut Pereka Dalaman Malaysia (MIID), Pertubuhan Indeks Bangunan Hijau (GBI), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Persatuan Belia Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA Youth), Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia (MGBC) termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).
Selain itu, NPYDA telah mendapat sokongan lebih 20 penglibatan sekolah, 40 institusi berkaitan rekabentuk dalaman dan senibina termasuk lebih 2000 penyertaan pada tahun 2015 ini. Justeru, untuk maklumat lanjut berkenaan penyertaan dan kriteria penghakiman, anda boleh layari; www.youngdesigneraward.com.my atau ikuti www.facebook.com/youngdesigneraward
Menarik kan.. program mcm ni pun menggalakkan pereka muda agar prihatin dgn keperluan msykt serta alam sekitar juga utk pembangunan masa hadapan yg lebih baik.. 🙂
Memang beruntung.. bnyk platform yg memberi ruang utk membantu mereka berjaya kan CP.. ruang kerjaya terbuka luas buat mereka klu berusaha bersungguh2… 🙂
Wah menarik ..Satu Anugerah yang cukup menarik untuk disertai ..Semoga idea dan sumbangan arkitek muda dan pereka dalaman ini akan dapat diterima diluar sana…Semoga berjaya ……….
Wah, menariknya… Program sebegini dapat melahirkan ramai pereka muda yang berdaya saing dan bertaraf antarabangsa…
Menarik kan.. program mcm ni pun menggalakkan pereka muda agar prihatin dgn keperluan msykt serta alam sekitar juga utk pembangunan masa hadapan yg lebih baik.. 🙂
betul tu, program yang menarik
Anak sulung Bunda kerjayanya memang designer hiasan dalaman ni….agaknya dia tahu kot..
Tapi anak bunda bukan pelajar lagi..
Infolah kad dia, boleh ikuti di laman web atau facebook.. manalah tau ada maklumat dan peluang2 yg berguna nanti.. 🙂
kat dia.. typo 'kad' pulak.. 😀
hehe…KK pun typo ye
bagus usaha NP ni mengasah bakat kreativiti pelajar2 yg berminat dlm aliran seni ini..
Betul tu.. usaha yg membawa manfaat kpd jangka panjang pembangunan negara.. 🙂
Wahh bagus bila ada anugerah macam ni. Satu pendekatan yang bagus dibuat oleh NP 😀
Satu pendekatan yg membawa manfaat utk kebaikan msykt dan pembangunan negara kan.. 🙂
setuju tu nani
bgs ada prog mcm ni..bkn shj iktiraf bakat muda tp jg meramaikan lagi penggiat2 seni tanahair
Betul tu Anies.. menarik minat dan memberi kefahaman terhadap pentingnya senibina yg prihatin dgn keperluan masyarakat dan alam sekitar.. 🙂
banyak bakat anak muda yang perlu diketengahkan..barulah mereka rasa dihargai..
Betul tu.. cara terbaik menggalakkan dan membimbing bakat2 muda utk kebaikan kita semua juga.. 🙂
Bertuah anak muda sekarang banyak platform untuk menunjukkan bakat. Masa CP study dulu tak banyak peluang macam ni.
Memang beruntung.. bnyk platform yg memberi ruang utk membantu mereka berjaya kan CP.. ruang kerjaya terbuka luas buat mereka klu berusaha bersungguh2… 🙂
itulah ..bertuah kan anak muda sekarang ni, cuma nak ke tak nak je
Hanya nak ngn tak nak jer kan..
wah ramainya orang datang..
Mmg ramai.. meriah majlis.. 🙂
Peluang terbuka luas para belia yg berbakat
Betul tu.. peluang yg sgt baik bagi mereka yg minat dan berbakat utk dijadikan sbg kerjaya nnti.. 🙂
program yang menarik, anak muda sepatutnya rebut peluang yang ada
Kpd yg berkecimpung dlm bidang ni mmg patut terlibat kan.. peluang yg sgt baik utk dijadikan sandaran kerjaya.. 🙂
betul tu
program yang memberi ruang kepada anak muda kan KK,bestnya hehe,.meriahnya program ni kenapalah saya takde di sana heehe
Memang meriah Eyfa.. seronok klu berada dlm majlis mcm ni kan.. 🙂
Wah..bagusnya.
Menjana kreativiti dan dapat mencungkil bakat2 baru.
Betul tu.. mengetengahkan bakat bukan shj diperingkat tempatan, malah antarabangsa juga kan.. 🙂
bro KK salah seorang pereka muda ke heeee
bro KK pereka muda ke? hehe
bagusnya ada program macam ni..
meriahnya..
warna2 nippon paint mmg cantik2…
kilang dia, dekat je dgn tempat kerja saya…
Wah menarik ..Satu Anugerah yang cukup menarik untuk disertai ..Semoga idea dan sumbangan arkitek muda dan pereka dalaman ini akan dapat diterima diluar sana…Semoga berjaya ……….
wah ramai juga peserta dia eh. x sangka ada program macam ni. syoknya abg KK dapat saksikan 😀
[…] Date: 25 May 2018Source: Khir Khalid […]