Alhamdulillah, tarikh 8 Ogos 2017 merupakan antara hari bermakna dalam jurnal kerjaya keusahawan sosial apabila menerima tawaran perlantikan sebagai penasihat kepada pihak Persatuan Asrama Belia Malaysia (Malaysia Youth House Malaysia – MYHA) Wilayah Persekutuan (MYHAWP). Surat rasmi telah disampaikan sendiri oleh Presiden MYHAWP, saudara Abdul Muiz Misri disamping berkongsi beberapa aspirasi belia negara secara santai bersama.
Muiz Misri, Khir Khalid, Persatuan Asrama Belia Malaysia, MYHA Wilayah Persekutuan,

Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA)

Persatuan Asrama Belia Malaysia juga dikenali sebagai Malaysian Youth Hostel Association (MYHA) merupakan persatuan belia peringkat kebangsaan yang ditubuhkan dengan aktiviti yang menjurus kepada pelancongan dalam dan luar negara untuk golongan belia di Malaysia.
Ia telah didaftarkan pada tahun 1957 dibawah Pendaftaran Pertubuhan, sehingga tahun 2010 ia didaftarkan dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan bergabung dibawah Majlis Belia Malaysia (MBM). MYHA juga mempunyai cawangan negeri-negeri seperti badan gabungan MBM yang lain.
Pada 2011, MYHA mencipta sejarah dengan menganjurkan Youth Tourism Fair 2011 sempena Hari Belia Negara 2011, dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan serta Kementerian Perlancongan Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dianjurkan dan diantaranya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records, serta mendapat perhatian belia dalam dan luar negara.

Perlantikan Penasihat MYHA Wilayah Persekutuan
(MYHAWP)

Perlantikan sebagai panel penasihat ini merupakan satu peluang yang baik buat diri ini meneruskan aspirasi serta usaha menyokong pembangunan belia negara khususnya di Wilayah Persekutuan. Ia juga merupakan kesinambungan dari penglibatan sebelum ini dalam hasrat memperkasa pembangunan sosial secara menyeluruh.
Sejak mula bergiat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan sosial pada 2006, sehinggalah penglibatan dalam segmen motivasi pembangunan sosio-remaja, koreksional dan akademik telah mewujudkan modul pemerkasaaan intervensi bersama institusi. Kepelbagaian jurnal di blog ini juga memainkan peranan membantu mengetengahkan pelbagai perspektif kepada masyarakat kini.
Persatuan Asrama Belia Malaysia, MYHA,
Justeru, adalah diharapkan melalui penglibatan bersama MYHAWP ini juga dapat melebarkan lagi aspirasi pemerkasaan sosial khususnya pembangunan belia Wilayah Persekutuan agar lebih dinamik dan berdaya
saing positif dalam mendepani segenap arus era teknologi digital dan globalisasi kini.
Semoga segala sokongan para pembaca serta semua pihak yang terlibat selama ini juga menjadi pemangkin semangat dalam menyokong kedayaupayaan MYHA dan MYHAWP sebagai sebuah platform terbaik memperkasa belia demi melahirkan pemimpin masa hadapan yang berilmu, kreatif, berintegriti, prihatin serta berdaya saing maju, in shaa Allah.
“Meneroka, Berilmu dan Kreatif”
“Memartabatkan Belia MYHA Dari Akar Umbi”
Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

8 Comments

  1. tahniah tuan…

    nama tuan semakin harum dan mendapat ramai pihak

    1. Terima kasih tuan, in shaa Allah.. moga kita semua sama2 berjaya mencapai segala hasrat yg dicitakan… aamiin.

  2. Hebat… tahniah tuan,

    Meneroka, berilmu dan kreatif
    Saya suka quote Tuan ni..

    1. Alhamdulillah, terima kasih puan Aziana 🙂

  3. Tahniah tuan, teruskan memperkasa aspirasi belia negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.