EnerZ Extreme Park
EnerZ Indoor Extreme Park pastinya antara ‘spot’ wajib dikunjungi buat peminat dan penggiat sukan lasak. Merupakan antara ‘indoor extreme park’ yang terbesar di rantau Asia dengan keluasan 80,000 kaki persegi, kini telah dibuka semula sebagai platform ‘fitness’ yang mencabar dan menyeronokkan untuk semua peringkat umur juga riadah seisi keluarga.

EnerZ Indoor Extreme Park Subang Jaya

Pagi Khamis 25 Ogos 2016, saya telah ke majlis pembukaan semula EnerZ Indoor Extreme Park and Sports Arena di Subang Jaya ini untuk meninjau dan merasai sendiri pengalaman sukan lasak. Sebagai bekas pengiat sukan X-games 90an, acara ini juga merupakan peluang melihat sendiri perkembangan sukan lasak dengan kepelbagaian baharu masa kini.
EnerZ Extreme Park ini menyediakan prasarana ‘high-intensity activities’ seperti suspended ropes, trampolines, dodge ball, foam pits termasuk bola keranjang dan juga badminton. Setiap platform aktiviti lasak lengkapi dengan ciri-ciri keselamatan disamping persekitaran yang luas dan warna ‘interior’ bertenaga yang merangsang semangat dan minda.
EnerZ Extreme Park Subang Jaya, Alvin Tey,
Menurut Mr Alvin Tey selaku Pengarah Urusan EnerZ Extreme Park, aktiviti sukan lasak kini sangat popular dikalangan warga Malaysia tetapi disebabkan keadaan cuaca dan kadar keselamatan yang tinggi membuatkan sukan ini kurang diketengahkan. Ia menjadi aspirasi EnerZ dalam menyediakan prasarana terbaik memartabatkan sukan lasak sebagai pilihan riadah yang popular dan diminati ramai.
EnerZ Extreme Park,EnerZ Extreme Park Subang Jaya, Meltdown,EnerZ Extreme Park, Gladiator,

Pembukaan EnerZ Extreme Park Yang Lebih Mantap

Pembukaan semula EnerZ Extreme Park ini telah memperkenalkan platform tambahan baharu untuk aktiviti-aktiviti riadah sukan lasak. Antaranya ialah Gladiator dan Ninja Warrior dimana pengunjung berpeluang merasai sendiri cabaran tricky cube, meltdown dan bertempur
dengan mesin pejuang dalam suasana yang menyeronokkan.
Selain itu, EnerZ Extreme Park juga menyediakan keperluan kepada organisasi yang berhasrat menjalankan program ‘team building’ dalam
menyuntik semangat kerjasama berpasukan. Terdapat juga kemudahan menyambut hari lahir, hari keluarga termasuk aktiviti pembangunan
kanak-kanak dibawah penyeliaan yang bertauliah. Ia juga merupakan pilihan terbaik kepada ibu bapa yang mahukan aktiviti berkualiti bersama anak-anak dan keluarga.
EnerZ Extreme Park, tricky cube,EnerZ Extreme Park,EnerZ Extreme Park, Trampolines,
Sempat saya merakam aksi menarik oleh mereka yang ‘expert’… syok tengok teknik dan cara mereka melompat… ada gaya… stylo n sempoi… jom kita tonton sekejap di sini.
Jom Layan Aktiviti Lasak Di EnerZ Extreme Park!
Bagi saya, pengalaman mencuba sendiri melompat trampolines memang mengujakan. Sedikit mual sebab tak biasa… maka dinasihatkan agar jangan makan banyak-banyak sebelum mencuba… nanti boleh muntah kalau tak biasa tau. Apa pun, saya sediakan rujukan harga untuk pelbagai aktiviti sukan lasak yang sememangnya amat berbaloi.
Harga EnerZ Extreme Park, EnerZ Extreme Park, Blogger Malaysia,
Penghargaan terima kasih kepada Bro Framestone atas undangan, juga kepada rakan-rakan blogger yang berkongsi kegembiraan beraksi mencuba pelbagai aktiviti sukan lasak bersama-sama. Pengalaman yang menyeronokkan dan osem!… kena repeat datang lagi nanti.
Alamat lokasi saya sediakan di bawah dan untuk ke EnerZ Extreme Park ini pun tersangatlah mudah dengan menggunakan aplikasi waze atau google maps… apa lagi… jomla!
EnerZ Extreme Park
Lot 791, Persiaran Subang Indah,
Subang Jaya, Selangor
Tel: 011 1500 0066
Info lanjut boleh layari> www.enerz.my

19 Thoughts to “Aktiviti Sukan Lasak Yang Superb Di EnerZ Extreme Park”

  1. Asalam KK wah hebatnya…seronok jika dapat bersama..

    1. Waalaikumussalam cikgu etuza… mmg seronok tambahan bila beramai2… mmg best.. 🙂

  2. ooo hat ni mcm yg kami team pbu pergi dekat Penang Jump Street
    Mmg best..kalo x kena gaya lompat silap2 landing terbalik hahaha
    ni budak2 mmg sukalah

    1. Oh best juga tu kan… tapi benda2 mcm ni bukan budak2 je suka.. bapak budak lagilah terlebih suka hahaa… 😀

  3. Belum pernah lakukan aktiviti lasak sebegini, begitu teruja jika dapat merasainya sendiri. Sekurang-kurangnya kita telah mencuba aktiviti ini.

    Pasti menyeronokkan….

    1. Mmg seronok, apatah lagi benda2 baru yg tak berapa nak ada zaman remaja dulu2.. layan ni bro… best!… 🙂

    1. Bila sesama blogger ni seronok dia mmg lain macam… tua pun pasti dah rasai kan… best… 🙂

  4. MENARIKNYA SUKAN LASAK INDOOR SAJA..TAPI TETAP PENAT N MENGUJAKAN TU

    1. Berbaloi penat mcm ni kak PI.. paling best tak perlu berpanas bawah matahari… 🙂

    2. betol.. dulu kat penang ada jump street macam ni la lebih kurang pergi main lompat2… memang peluh menitik2, siap rasa macam nk pitam.. tapi best,,.. hahahaha

  5. Wahh…makin sado la nampaknya lepas ni 😀

    Sorry Khir, lama dah x singgah. Mak busy siket 🙁

    1. Makin remaja jadinya ni hahahaa… its ok Fidah.. biasalah tu mmg ada masa akan sibuk offline.. lumrah seorang blogger kan… 🙂

    2. pergh.. bro Khir Khalid join sukan extreme.. hahaha..
      betol tu.. jadi blogger ni ada pasang surut dia..
      saya dulu kerja hospital, senyam kejap dalam 1 tahun.. hahaha..
      skrg dah x kerja hospital.. merdeka!

    3. Skrng otot2 dah tak brape kuat mcm dulu rasanya nie huhu.. 😀

  6. bestnya.. di penang pun ada.. boleh la singgah kalau ke sana

    1. penang punya dah tutup la nina.. yg jump street tu kan,…?

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.