Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Salam Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger dan para pembaca yang dihormati sekelian. Dalam waktu ceria santai cuti Aidilfitri ini, aku belum berkesempatan untuk beraya di kampung halaman lagi. Bukan kerana tidak ingatkan kampung halaman, tetapi disebabkan ramai keluarga sudah berpindah menetap di sekitar Kuala Lumpur.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan, kami seisi keluarga menyambut raya di sini dengan sanak saudara datang bertandang, kunjung mengunjung sememangnya cukup meriah. Tambahan, keadaan jalan raya di KL sewaktu hari raya cukup lengang… mudah untuk bergerak ke sana sini.

Rancangan untuk beraya di hometown asal di Pontian, Johor pada minggu ini pula terpaksa ditunda disebabkan ada peluang-peluang kerja sempena raya yang tak dapat ditolak. Maklumlah, bekerja sendiri ni waktu pun kadang kala jadi tak menentu.. kenalah pandai ‘adjust’ agar sentiasa fleksible untuk semua. Bak kata pepatah, “Rezeki jangan ditolak, Musuh pula jangan dicari.” kan?

Justeru itu, kepada saudara mara dan sahabat handai yang menetap di Pontian dan sekitar Johor, raya kali ini agak terlewat sedikit untuk aku sekeluarga menjelajah Hari Raya di sana…

Oleh itu, semoga kita semua tetap ceria sempena Aidilfitri ini.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. 🙂

7 Thoughts to “Aidilfitri Kuala Lumpur…”

  1. Raudzah Z

    Selamat hari raya khir..eh dah raya enam..

    1. Slmt hari raya juga Raudzah.. aah.. hari ni pun dah yg ketujuh, dah seminggu.. cepat betul masa berlalu. 🙂

  2. selamat hari raya bro khir… cantik gambar di atas , happy family

    1. Hihii.. T kasih Acik. Slmt Hari Raya juga ye 🙂

    2. Hihii.. T kasih Acik. Slmt Hari Raya juga ye 🙂

  3. Lynn Munir

    Suka baca blog orang sekampung. Mudah-mudahan 1 hari nanti dapat berkenalan dengan keluarga Khir juga. Masih dalam musim raya, banyak rumah terbuka yang menanti, jaga-jaga pemakanan. Selamat Hari Raya untuk Khir dan keluarga.

    1. T kasih kak Lynn.. Mudah2an, bagus juga mcm tu, dpt menambah kenalan & merapatkn silaturahim, moga kehidupan bertambah berkat.. Amin 🙂

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.