AIA Vitality Malaysia
Pada 3 Jun 2016, saya telah menghadiri pelancaran AIA Vitality anjuran syarikat insurans terkemuka AIA Bhd. Merupakan program kesihatan berasaskan sains yang menyediakan maklumat, panduan dan motivasi kepada peserta untuk meningkatkan kesihatan. Program ini menggabungkan faedah kesihatan dengan penyelesaian insurans hayat dan takaful bagi memastikan AIA dapat berperanan lebih aktif mendorong rakyat Malaysia menjaga kesihatan dengan lebih baik.
Pelancaran AIA Vitality, Anusha Thavarajah, Bill Lisle, Mark Tucker,
Pelancaran AIA Vitality bersama Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad, Anusha Thavarajah (tengah),
dengan (dari kiri) Ketua Eksekutif Serantau Kumpulan AIA, Bill Lisle dan Ketua Pegawai Eksekutif dan
Presiden Kumpulan AIA, Mark Tucker

Program AIA Vitality Membina Gaya Hidup Sihat

Berdasarkan pembentangan Tinjauan Indeks Kehidupan Sihat AIA 2016, terdapat penurunan kadar tahap kesihatan rakyat Malaysia berbanding seluruh rantau Asia Pasifik. Oleh itu, adalah menjadi fokus AIA memainkan peranan aktif menggalakkan individu dan keluarga di Malaysia serta rantau Asia Pasifik memilih gaya hidup sihat dan sejahtera.
Melalui majlis pelancaran AIA Vitality ini, saya mendapat nasihat, bimbingan dan ganjaran sebagai insentif menjalani kehidupan sihat. Program terdiri daripada tiga tunggak utama iaitu, ketahui kesihatan, tingkatkan kesihatan dan nikmati ganjaran. Melalui Semakan Kesihatan AIA Vitality, saya mendapat tahu ‘Usia AIA Vitality’, iaitu penunjuk aras kesihatan keseluruhan berbanding usia sebenar.
Hasil Semakan Kesihatan AIA Vitality yang saya lakukan amat memeranjatkan. Berdasarkan penunjuk aras, Usia AIA Vitality saya adalah 51 tahun!!… Nampaknya, kurang bersenam dan tidak prihatin tentang pemakanan sihat menjadikan usia saya lebih tua dari sepatutnya. Ini bahaya… saya perlu lebih memotivasikan diri menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
AIA Vitality Health Review,
Peserta menjalani semakan AIA Vitality (AIA Vitality Health Review)
Saya juga terlibat dengan aktiviti panduan membeli belah barangan makanan sihat, dan melakukan senaman bersama peserta yang hadir. Ia diintegrasikan dengan pelbagai aplikasi mudah alih dan peranti kecerdasan boleh pakai yang memudahkan ahli-ahli AIA Vitality mengesan matlamat dan log aktiviti ke arah memperkasa gaya hidup sihat.
Pelancaran AIA Vitality,
Ketahui taraf kesihatan anda dan nikmati ganjaran

Pelancaran AIA Vitality; Solusi Kehidupan Sihat Dan Sejahtera

Pelancaran AIA Vitality ini merupakan program pertama seumpamanya dalam industri insurans hayat dan takaful Malaysia dengan kerjasama AIA dan Discovery. Program ini menggunakan prinsip ’behavioural economics’ yang menggalakkan gaya hidup sihat melalui pemberian ganjaran kepada ahli seperti manfaat dan diskaun demi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.
Ia merupakan program yang menarik dan bermanfaat kerana saya bukan sekadar mengetahui taraf kesihatan dan panduan menjalani kehidupan sihat, tetapi usaha yang dilakukan juga diberi ganjaran. Saya dapat 2 tiket wayang percuma hanya dengan menjawab soalan kesihatan! Pelbagai ganjaran menarik disediakan melalui program AIA Vitality yang cukup memotivasikan diri untuk sentiasa menjalani kehidupan sihat.
Pelancaran AIA Vitality yang meriah dan sarat dengan informasi kesihatan ini turut disokong personaliti televisyen. Teruja berpeluang berkolaborasi lagi bersama personaliti hebat tanah air.
Amber Chia, Khir Khalid, AIA Vitality,
Amber Chia, partner gaya hidup sihat di pelancaran AIA Vitality
AIA Malaysia telah bekerjasama dengan 12 rakan kongsi untuk menawarkan ahli AIA Vitality dengan pelbagai diskaun dan ganjaran antaranya, keahlian gim, peranti kecergasan boleh pakai, pakaian sukan, makanan sihat, pemeriksaan kesihatan dan penilaian kecergasan, hotel, tiket penerbangan dan menonton filem.
Paling menarik, ahli-ahli AIA Vitality berpeluang menerima diskaun 15% hingga 50% (bergantung status keahlian) apabila menyertai program atau belian melalui rakan kongsi AIA Vitality seperti AirAsia, Berjaya Hotel and Resorts, BP Healthcare, Emirates, Fitbit, Fitness First, Garmin, Guardian, Marriot, Medklinn, Reebok dan majalah Men’s Health & Women’s Health, Mangoose Publishing.
Izzue Islam, Khir Khalid, AIA Vitality,
Izzue Islam turut buat semakan Usia AIA Vitality… berapa umo bro! 😀

Jalani Gaya Hidup Sihat Dengan AIA Vitality

Keahlian AIA Vitality akan dibuka dahulu kepada pelanggan yang membeli polisi insurans hayat atau sijil takaful baharu dengan AIA. Bagi para pelanggan yang mendaftar untuk menjadi ahli AIA Vitality melalui pembelian produk utama AIA, A-Life Link dan bersamaan takaful A-Life Link-I, mereka bakal menerima perlindungan tambahan percuma sehingga 45% atas kematian dan kehilangan upaya. Program ini akan disediakan kepada pelanggan AIA sedia ada pada lewat tahun ini.

“Ganjaran terbesar diterima seorang pemegang polisi daripada program AIA Vitality adalah keupayaan menikmati kesihatan yang lebih baik melalui penjimatan penjagaan kesihatan jangka panjang. Kami mempunyai data untuk mengesahkan bahawa pelanggan yang berterusan melibatkan diri dengan AIA Vitality menikmati kos perubatan lebih rendah berbanding yang kurang aktif.”– Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif, AIA Bhd.

Pelancaran AIA Vitality, Anusha Thavarajah,
Ucapan Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad sempena pelancaran AIA Vitality
Pelancaran AIA Vitality menjelaskan komitmen sepenuhnya AIA yang sentiasa prihatin terhadap keperluan dan aspirasi dalam usaha menggalakkan kehidupan yang sihat dan sejahtera di kalangan masyarakat Malaysia serta rantau Asia Pasifik seluruhnya.
Marilah kita jalani gaya hidup sihat untuk kehidupan yang lebih sejahtera. Untuk sebarang info lanjut, jom layari : www.aiavitality.com.my

24 Thoughts to “AIA Vitality Membantu Jalani Gaya Hidup Sihat”

  1. Info yang bagus Tuan Khir.

    Ehh tersenyum saya tgk gambar dgn Amber Chia tu..hahaa..

    1. Mudah2an jadi info rujukan bermanfaat… btw, klu yg tengok pic dgn Amber Chia tu mmg semulajadi akan tersenyum ngeee.. 🙂 🙂

  2. amboiii senyum lebar dpt jumpa amber chia ya

    1. Itu mmg tak boleh dinafikan… peminat Anies… 🙂 🙂

  3. Sama2 kita menjalani gaya hidup sigat..Insyaallah

    1. Membentuk gaya hidup sihat mmg perlukan dorongan, komitmen dan motivasi kan… kalau tak mcm suam2 kuku je jadinya… jom sama2 kita jalani gaya hidup sihat… 🙂

  4. AvatarMardiah Diana

    Salam singgah sini KK…. menjalani kehidupan yang sihat adalah tanggungjawab kita semua…sama² kita mengamalkan…

    1. Jom sama2 kita amalkan gaya hidup sihat dgn motivasi dan panduan sewajarnya.. 🙂

  5. Info yg bermanfaat..join aktibivi mcm ni best..huhu..kmah bro khir dgn artis..

    1. Moga jadi info rujukan yg bermanfaat… lagi rapat lagi kmah ea bro jie haha… 😀

  6. BAGI YG TIADA POLISI INSURAN DIRI BOLEHLAH JOIN AIA VITALITY BNYK MENAFAAT TU…

    1. Betul tu kak PI… banyak fasiliti dngn kemudahan yg menarik utk kehidupan hari2 juga.. mmg menarik, menyihatkan dan bermanfaat… 🙂

  7. nasib x berlaga pipi ngan amber chia hahaha

    1. Mmg harap juga klu2 dapat berlaga pipi eh!… hahaa.. 😀

  8. Bagus juga acara begini…dapat mendidik masyarakat agar menjalani gaya hidup dan makanan yang sihat.

    1. Mmg betul tu Bunda… mendidik dan memotivasi… kemudahan yg ada pun mantap semuanya. Bermanfaat untuk keperluan gaya hidup setiap hari… 🙂

  9. untungnya dapat bergambar dengan Amber Chia dan Izzue Islam..saya peminat kepada mereka berdua..

    1. Klu dapat jumpa mereka nanti jngn lepaskan peluang wefie tu tuan… 🙂 🙂

  10. Amboiiii…dah kawan dengan retis 😀

    1. Emmm.. speechless… tumpang glamer sikit… 😀 😀

  11. AvatarMohd Selim Zainal

    Assalammualaikum… khir,

    wahh best nyer dapat bergambar dengan izzue islam ,..

    mselim3

    pls: wahhh… terbaik..

    1. Waalaikumussalam… tq my frien MSelim3… 🙂 🙂

  12. last week jumpa Ridzuan Hashim tp malu nak ajak selfie ;p

  13. perkongsian yang bagus…kalo tak mmg tak tau mende ni sume
    Jom tengok sini Misteri Pemuda Bernama Daniel Tyler

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.