Perlaksanaan projek Agropolitan Kelantan Selatan di Rantau Manis, Gua Musang, merupakan inisiatif pembasmian kemiskinan Kerajaan Persekutuan melalui perlaksanaan Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sejak 2009, telah memberi manfaat kepada hampir 600 peserta dan ahli keluarga yang kini menikmati pendapatan lebih tinggi dan taraf hidup lebih baik.
Kejayaan projek Agropolitan Kelantan Selatan membuktikan kejayaan Kerajaan Persekutuan dalam membasmi kemiskinan tegar, terutama dikalangan masyarakat luar bandar pedalaman di Kelantan, sejak 10 tahun yang lalu susulan penubuhan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
ECERDC, Agropolitan Kelantan Selatan,

Program Strategik Agropolitan Kelantan Selatan ECERDC

Agropolitan Kelantan Selatan adalah sebahagian daripada inisiatif Agropolitan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dibawah Pelan Induk ECER pertama, bersama-sama dengan Agropolitan Pekan di Pahang dan Agropolitan Besut-Setiu di Terengganu.
Di bawah projek Agropolitan ini, golongan miskin tegar ditempatkan semula di rumah-rumah baharu yang dibina oleh ECERDC dan diberikan pekerjaan dalam aktiviti-aktiviti perniagaan tani untuk memperoleh pendapatan yang mampan.
Bermula projek perintis yang melibatkan penempatan semula kumpulan
pertama seramai 10 peserta dan ahli keluarga di rumah baru di Rantau Manis yang disediakan ECERDC pada 2009, Agropolitan Kelantan Selatan kini melibatkan hampir 600 peserta atau kira-kira 2,600 ahli isi rumah.
Aktiviti ekonomi utama di tapak projek ini adalah perladangan kelapa sawit, manakala penanaman koko pula merupakan aktiviti ekonomi sekunder. Seluas 2,070 hektar tanah untuk ladang kelapa sawit dan 160 hektar untuk penanaman koko telah diperuntukkan untuk projek ini.
Melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi, para peserta kini dapat menikmati pendapatan bulanan yang stabil secara purata sebanyak RM1,500 berbanding hanya kira-kira RM350 sebulan sebelum menyertai. Mereka juga diberi penempatan rumah baharu dilengkapi perabot yang dibina ECERDC, lengkap dengan kemudahan seperti dewan serbaguna, surau, tadika dan gelanggang futsal.
ECERDC, Agropolitan Kelantan Selatan ECER,

Perasmian Agropolitan Kelantan Selatan Oleh YBM Tengku Tan Sri Razaleigh

Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah telah merasmikan projek Agropolitan Kelantan Selatan. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed. Acara memotong kek turut diadakan sebagai tanda simbolik bagi meraikan ulang tahun ke-10 ECERDC tahun ini.
ECERDC telah bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang bertindak sebagai agensi pelaksana utama untuk projek Agropolitan Kelantan Selatan. Agenda ini telah membantu meningkatkan kemahiran peserta tempatan melalui latihan berkala untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan teknikal mengenai tanaman kelapa sawit dan koko, serta program pembangunan kendiri.
Para peserta juga turut terlibat dalam penanaman koko sebagai aktiviti ekonomi sekunder dibawah bimbingan Lembaga Koko Malaysia bagi meningkatkan lagi tahap pendapatan
Selain daripada projek Agropolitan Kelantan Selatan, projek Agropolitan ini juga sedang dilaksanakan di 4 lokasi ECER lain iaitu di Runchang, Batu 8 (Lepar) dan Tanjung Batu di Pekan, Pahang, serta di Besut-Setiu, Terengganu. Secara keseluruhan, projek Agropolitan telah mentransformasi kehidupan lebih daripada 1,100 penduduk tempatan di ECER setakat ini.
ECERDC, Agropolitan Kelantan Selatan, ECER,
ECERDC juga telah melaksanakan program pembangunan modal insan inklusif bagi manfaat peserta Agropolitan Kelantan Selatan dan ahli keluarga. Program-program ini juga ditawarkan kepada penduduk tempatan Gua Musang, termasuk masyarakat Orang Asli.
Sebagai contoh, bakal usahawan digalakkan menyertai program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER, serta entrepreneur ECER sebagai satu cara mempelbagaikan dan meningkatkan tahap pendapatan keluarga, disamping menyumbang kemakmuran dalam komuniti. Kanak-kanak bersekolah pula turut diberi peluang menghadiri kelas tuisyen dan motivasi menerusi program Latihan Akademik empower ECER bagi meningkatkan prestasi akademik.
Bagi mengiktiraf dedikasi dalam memperbaiki taraf hidup, 4 peserta cemerlang program empower ECER dan entrepreneur ECER telah dipilih daripada 120 peserta entrepreneur ECER dan 200 peserta empower ECER Jajahan Gua Musang untuk menerima anugerah daripada Tengku Tan Sri Razaleigh.
Disamping itu, 16 peserta program latihan akademik empower ECER yang memperoleh keputusan 5A ke atas dalam peperiksaan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini turut menerima pengiktirafan diatas pencapaian cemerlang.
5 pelajar Orang Asli juga menerima Anugerah Khas Pelajar Orang Asli, sementara 8 buah sekolah di Gua Musang menerima surat perlantikan untuk menjadi sebahagian daripada program Latihan Akademik empower ECER.
ECERDC, Agropolitan Kelantan Selatan ECER,
Projek Agropolitan Kelantan Selatan Memperkasa Isi Rumah B40 ECER
Pada majlis tersebut, insentif bernilai RM300 telah diberikan kepada setiap peserta Agropolitan Kelantan Selatan sebagai tanda penghargaan atas dedikasi mereka terhadap perlaksanaan projek. Sijil Perlantikan turut diberikan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Taman melibatkan 35 orang ahli yang bergiat aktif dalam menjalankan program kemasyarakatan dengan kerjasama ECERDC.
Selain itu, 7 usahawan tempatan dibawah projek Agropolitan Kelantan Selatan turut menerima bantuan peralatan bernilai RM56,830 dibawah inisiatif TERAJU@ECER untuk mengembangkan perniagaan.
Satu lagi fokus utama pada majlis ini adalah pengiktirafan kepada usahawan-usahawan mikro yang telah berjaya memanfaatkan peluang perniagaan yang semakin bertambah di ECER, termasuk 2 pengedar yang beroperasi di rumah (home dealer) untuk produk tenusu Farm Fresh yang dihasilkan di Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSRIC), turut menerima sijil daripada Tengku Tan Sri Razaleigh.
Program pembangunan modal insan ECERDC telah memberi manfaat kepada lebih daripada 28,000 rakyat setakat ini di seluruh negeri Kelantan. Sebanyak 93% daripada keseluruhan peserta terdiri daripada golongan B40, terutamanya menerusi projek Agropolitan dan program empower ECER.
Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

6 Comments

  1. Mereka juga diberi penempatan rumah baharu dilengkapi perabot yang dibina ECERDC, lengkap dengan kemudahan seperti dewan serbaguna, surau, tadika dan gelanggang futsal.

    hrp2 dijaga kemudahan yg diberi tu baik2… ye laa bkn semua org dpt nikmati kemudahan mcm ni kan…

  2. alhamdulillah
    semakin banyak langkah dibuat untuk membantu rakyat

  3. Alhamdulillah…
    Menarik dan dah banyak aktiviti untuk membantu rakyat

  4. Projek terbaik utk rakyat pasti berjaya dgn sokongan yg menyertainya

  5. Bagus projek ini. Dapat menjana tempatan penduduk tempatan termasuk negara kita sekali.

  6. PRU dah nak dekat, maka banyak la program macam ni. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.