Absolute Natural Beauty - Absolute 1618

Absolute 1618 – Produk kosmetik sudah pasti menjadi sebahagian keperluan wanita untuk penerampilan dan personaliti diri. Ada yang suka bersolek dan ada juga sekadar touch up sahaja. Pada hakikatnya, wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan.

Baru-baru ini, saudara saya telah memperkenalkan produk kosmetik Absolute 1618 kepada isteri. Absolute Primer Serum dan Absolute Superlight Mineral Foundation, kedua-duanya berasaskan mineral dan bahan semulajadi dengan 100% minyak Rosehip tulen.

Packaging pun cantik dan eksklusif. Bila isteri pakai sesuai sangat dengan kulit, malah ringkas dan mudah digunakan. Paling penting, ada kelulusan KKM, tiada bahan kimia berbahaya dan bebas toksik. Ia juga mesra wuduk, halal dan bebas kekejaman.

Maka terpanggil berkongsi info buat rakan-rakan pembaca wanita yang sukakan kosmetik. Selamat diguna dan ringas untuk nampak cantik dan berketerampilan. Bagi lelaki, bolehlah hadiahkan isteri… berbaloi dan pasti isteri suka.

Absolute Natural Beauty - Absolute 1618

Absolute Natural Beauty – Absolute 1618

Jenama kosmetik Absolute 1618 ini diilhamkan oleh 2 sepupu, Mior Ghazi dan Syarifah Jasmine apabila kedua-dua ibu serta ibu saudara mereka sering membeli kosmetik organik dan membuat ‘DIY’ serum, mist dan sabun menggunakan bahan semulajadi.

Maka mereka mendapat inspirasi untuk menceburkan diri dalam bidang kosmetik untuk berkongsi dengan pengguna, kosmetik berkualiti tanpa bahan toksik berbahaya kepada kulit dan menggunakan bahan semulajadi dengan harga berpatutan.

Mereka berhasrat membuat produk perawatan kulit dan solekan yang bebas dari bahan kimia atau toksik yang biasanya terdapat pada kebanyakkan produk sabun, talkum, krim dan produk penjagaan kulit yang secara tidak sengaja menyumbang kepada barah.

Melalui metodologi yang ketat bagi memastikan jenama Absolute 1618 bebas toksik, mereka komited dalam memastikan kualiti agar kulit sentiasa bersih dan sihat.

Keistimewaan Kosmetik Absolute 1618

Jenama Absolute 1618 diilhamkan daripada 2 elemen iaitu, ia menggunakan bahan-bahan organik sepenuhnya dan 1618 adalah nisbah emas (golden ratio) di mana semua formula dan ramuan dipilih dengan sempurna serta diformulasikan dengan teliti.

Ia menawarkan produk kecantiikan bebas toksik, bukan komedogenik dengan 100% minyak rosehip tulen dan vitamin semulajadi untuk kebaikan kulit. Produk Absolute 1618 juga mesra vegan, mesra wudhu dan bebas kekejaman.

Absolute Primer Serum

Absolute Primer Serum mengandungi bahan aktif termasuk 100% minyak Rosehip tulen, stem cells dan vitamin E yang membantu meningkatkan seri wajah dan menyihatkan kulit. Serum yang cepat menyerap ini mempunyai antioksidan yang tinggi serta SPF30 bagi melindungi kulit daripada penuaan, pramatang dan kesan sinar UV.

Ia mengawal kulit berminyak dengan baik dan sesuai dengan semua jenis kulit. Kebaikan minyak Rosehip kepada kulit dapat membantu mengurangkan garis-garis halus dan parut, anti-radang, melembabkan kulit secara mendalam dan penuh dengan vitamin serta antioksidan yang membantu meratakan warna kulit secara keseluruhan.

Ia juga mengandungi Mica Gold, mineral semulajadi yang digunakan untuk membantu meningkatkan cahaya semulajadi kulit dan bermanfaat untuk semua jenis kulit.

Bahan-bahan;
Air, Minyak Rosehip, Vitamin E, Stem cell, EDTA.

Absolute 1618 Primer Serum - Absolute Natural Beauty

Foundation Mineral Superlight

Absolute Superlight Mineral Foundation mengandungi bahan aktif termasuk 100% minyak Rosehip tulen, titanium dioksida, isononyl isononanote dengan kilauan semulajadi dari mineral mosovite mica.

Ia amat ringan dan mempunyai SPF60, diformulasikan perlindungan UV spektrum luas, dapat meningkatkan kelembapan semulajadi kulit agar lebih anjal, muda dan berseri.

Ia penuh dengan nutrien untuk kulit, membolehkan kulit bernafas, menyembuh dan menyihatkan kulit wajah, juga berfungsi menyesuaikan foundation dengan tona warna pengguna, sesuai untuk setiap warna kulit. Pada masa yang sama, ia boleh dicuci dengan mudah dan mesra wudhu.

Bahan-bahan;
Air, Minyak Rosehip, titanium dioxide, isononyl isononanoate, cyclopentasiloxane (Vegan), chlorphensin (Organic), phenoxyethanol (Vegan).

Absolute 1618 Superlight Mineral Foundation

Dapatkan Absolute 1618 Secara Online

Absolute 1618 merupakan produk Bumiputera keluaran tempatan dan telah didaftarkan di bawah Akta Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Peraturan 18 A (2), Pengarah Khidmat Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia mengikut setiap Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik (NPRA) di Malaysia.

Ia juga disenarai di Halalstreet.Co.Uk untuk pasaran United Kingdom di bawah program Matrade e-trade. Bagi yang minat berniaga, ia kini membuka peluang agen di seluruh negara dan berhasrat menembusi pasaran Asia melalui Ekspo Halal (Brunei dan Doha).

Bila isteri saya google untuk dapatkan info tambahan, terdapat banyak review dari penggemar dan pengguna kosmetik yang puas hati dengan Absolute 1618 ni. Maka memang boleh guna tanpa was-was dan menjadi kosmetik pilihan.

Produk Absolute 1618 boleh didapati di Lazada, malah lebih mudah boleh buat pesanan terus melalui laman web, facebook dan instagram yang saya sediakan di bawah.

Absolute Natural Beauty – Absolute 1618
Facebook: Fb Absolute 1618
Instagram: @absolutenaturalbeauty
Website: www.absolute1618.com

Jom kita sokong produk berkualiti buatan Malaysia!

Baca lagi: Ekspresi Norma Baharu Aidilfitri 2020

5 Thoughts to “Absolute 1618: Kecantikan Berasaskan Bahan Semulajadi”

  1. Produk kecantikan tempatan yang serasi kepada penggunaya insyaa-Allah

  2. Kosmetik yang diproses menggunakan bahan organik sekarang semakin mendapat perhatian lebih-lebih lagi bila mesra wudhuk.Sangat memudahkan.Alhamdulillah.

  3. produk kosmetik dari bahan organik semakin mendapat tempat dalam hati pengguna sekarang ni..walaupun lambat nampak kesannya, tapi selamat dan lebih terjamin..itu yang penting…
    Sunah Sakura recently posted…Jamuan Raya OfficeMy Profile

  4. Dibuat dari bahan berkualiti dan mesra wuduk. Bagus ni…

  5. warna packing juga menarik..

    warna pink yang sangat sinonim dengan golongan wanita
    mrhanafi recently posted…Akhirnya barang idaman sudah mendarat di Bumi KenyalangMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.