Assalamualaikum. Bandar Taiping merupakan antara salah satu tempat yang menarik bagi saya. Sebuah bandar yang mempunyai nilai-nlai sejarah dengan ciri-ciri klasik. Terdapat pelbagai lokasi menarik berdekatan yang boleh kita kunjungi jika berada di bandar Taiping dan pada artikel ini saya terpanggil menyenaraikan 7 tempat menarik yang boleh anda lawati dalam sehari.
Taiping juga telah menjadi salah satu destinasi pilihan kami untuk merakam perjalanan motovlog The 2Wheeler beberapa bulan lepas. Jarak perjalanan dari Selangor hanyalah sekitar 195km, dan kami telah meluangkan masa sekitar 4 hari 3 malam berpusat di bandar Taiping untuk ride ke beberapa lokasi yang lain juga. Namun setibanya kami di sana, kami berpeluang meluangkan masa petang meronda sekitar bandar Taiping.
Justeru, saya terpanggil berkongsi lokasi sekitar yang telah kami kunjungi sebagai rujukan kepada anda yang membaca. Inilah perjalanan sekitar bandar Taiping yang boleh anda lawati dalam sehari.

Tempat Menarik Di Bandar Taiping
1. Dataran Warisan Taiping
Lokasi pertama kami berhenti setibanya di bandar Taiping. Terdapat bangunan lama di sekitar kawasan yang menempatkan pejabat kerajaan. Jika nak singgah bergambar, di sini terdapat papan tanda ikonik dan instagramable untuk mengabadikan kehadiran kita di bandar Taiping.
2. Ansari Famous Cendol
Setibanya kami di bandar Taiping, kami mahu berehat seketika. Maklumlah perjalanan menaiki motorsikal tak sama dengan kereta. Tambahan dengan cuaca panas setibanya kami sekitar waktu tengah hari memanggil kami untuk ke Ansari Famous Cendol. Anda boleh pekena cendol dan rojak resipi 3 generasi kat sini. Harga murah dan sedap!
3. Taman Tasik Taiping (Taiping Lake Garden)
Selepas refresh cendol dan rojak, kami terus menuju ke Taman Tasik Taiping. Persekitaran Taiping Lake Garden pun bersih dan terjaga. Terdapat juga kemudahan seperti sewa basikal atau menaiki bot bersiar-siar di sekitar tasik. Kami hanya meronda dan singgah seketika. Lokasi riadah keluarga yang semakin meriah dengan kunjungan orang ramai terutama bila menjelang waktu petang.
4. Zoo Taiping
Jika berjalan sekeluarga ke Taiping, memang patut singgah ke Zoo Taiping ni. Anak-anak pasti suka dapat melihat dan belajar tentang haiwan kat sana. Perjalanan kami melewati Zoo Taiping kami turut nampak rombongan sekolah. Banyak juga aktiviti menarik yang di sediakan di Zoo Taiping ni.
5. Burmese Pool
Jika anda seorang yang sukakan suasana jeram dengan kehijauan semulajadi yang menyegarkan, ini adalah lokasi yang patut singgah. Saya pun sukakan suasana di sini. Ada beberapa orang yang sedang syok mandi manda air jernih dari Bukit Lukut (Maxwell Hill)… ikutkan hati rasa nak berendam juga, tapi sebab ada beberapa lagi lokasi yang nak di tuju, kami hanya berehat seketika menikmati suasana tenteram di sini. Burmese Pool juga ada sejarah uniknya yang tersendiri.
6. Maxwell Hill (Bukit Larut)
Maxwell Hill terletak tidak jauh dari Burmese Pool. Terdapat juga Tugu Peringatan Perang yang terletak antara perjalanan dari Burmese Pool ke Maxwell Hill. Cuma semasa kami tiba, ia ditutup disebabkan tanah runtuh dan kerja-kerja penyelenggaraan masih sedang dilakukan. Jadilah ronda sekadar dah sampai di kaki Bukit Larut.
7. New Clock Tower & Menara Jam Besar
Terletak di pusat bandar Taiping, terdapat 2 jam ikonik bersejarah. Kami hanya lalu sahaja di Menara Jam Besar tu. Tapi anda boleh tonton suasana sekitarnya pada video YouTube di bawah dan kami sempat singgah di New Clock Tower untuk bergambar mengabadikan kenangan di bandar Taiping.
8. Taiping Mall & Larut Matang Hawkers Centre
Bandar klasik ini juga ada shopping mall.. bolehlah singgah sambil jalan-jalan food hunting. Banyak juga restoran dan gerai yang kebanyakkannya murah dan sedap kat Taiping ni. Kalau nak cari sarapan, boleh ke Larut Matang Hawkers Centre. Ada bahagian gerai-gerai makanan Melayu dan Cina. Pada video akhir ride 4 hari 3 malam kami di Taiping, kami singgah beli sarapan kat sini sebelum memulakan perjalanan ke Teluk Intan pula.
Apa pun, anda boleh tonton jurnal perjalanan kami meronda di sekitar bandar Taiping dan berkunjung ke semua tempat di atas pada video ini:
Bagi saya, bandar Taiping ini klasik dan bersejarah, tidaklah begitu sibuk tetapi meriah. Banyak lagi lokasi-lokasi yang boleh anda kunjungi jika merujuk kepada pelbagai artikel yang boleh anda Google dan tempat menarik di bandar Taiping yang saya kongsikan ini juga antara lokasi yang boleh dijadikan sebagai kenangan “worth remembering”.
Subscribe channel The 2Wheeler dan aktifkan butang notifikasi untuk mengikuti jurnal perjalanan couple ride marhaen terkini kami ke pelbagai lokasi menarik sebagai info bersama, insyaaAllah.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
saya agak kerap ke taiping melawat abang ipar di sana.. tapi dah lama x ke ansari cendol..
[…] Baca lagi: 7 Tempat Menarik Bandar Taiping […]