Kolaborasi INTI Dan Lazada perkasa kemahiran digitalSosio-Pendidikan 

Kolaborasi INTI Dan Lazada Perkasa Bakat Digital

Kolaborasi INTI dan Lazada Perkasa Bakat Digital – Baru-baru ini, INTI College Sabah (INTI) telah membangunkan kerjasama dengan Lazada, platform e-dagang nombor 1 Malaysia, dalam menganjurkan beberapa inisiatif kepada para pelajar sekolah menengah, para usahawan dan orang ramai.

Ia dicetuskan melalui hasil tinjauan ‘Job Outlook 2019’ yang menunjukkan seramai 43% daripada para majikan terus bergiat untuk mengembangkan potensi digital merangkumi kemahiran pemasaran digital dan e-dagang. Ia merupakan 2 daripada 5 kemahiran digital teratas paling penting dalam persaingan industri masa kini.

Kolaborasi INTI Dan Lazada perkasa kemahiran digital

INTI Dan Lazada Perkasa Bakat Digital

Sememangnya terdapat peningkatan terhadap keperluan memperkasa pengetahuan dan bakat kemahiran digital dalam memenuhi tuntutan industri untuk mendepani arus Revolusi Industri 4.0.

Atas aspirasi tersebut, program Pertandingan Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan telah diadakan di Pusat Membeli-Belah Suria Sabah. Objektif program adalah mewujudkan kesedaran mengenai e-dagang dan memberi pendedahan tentang manfaat keusahawanan digital.

Program dianjurkan kepada pelajar sekolah menengah berserta pelbagai aktiviti berkaitan e-dagang. Turut diadakan sesi perkongsian oleh Yamunah A/P Tangarajah, Ketua Pembabitan Pengedar, Lazada Malaysia. Ia sejajar ikrar Lazada untuk menyokong 8 juta usahawan e-dagang dan perusahaan kecil-sederhana (PKS) di Asia Tenggara menjelang 2030.

Antara ikrar, Lazada akan memberikan bantuan kepada PKS mendigitalkan perniagaan dan mendapatkan akses yang lebih baik kepada pengguna internet, memudahkan lagi penjual mencipta jenama sendiri di Lazada dan membenarkan peniaga meneroka rangkaian logistik syarikat bagi memudahkan penghantaran barangan.

Acara turut mengalukan kehadiran tetamu kehormat YB Mohammad Mohamarin, Pembantu Menteri Pelajaran Dan Inovasi Sabah dan Desmond Christopher A/L Selvaraj, Ketua Pengaktifan Penjual, Lazada Malaysia.

“Inisiatif ini adalah bertepatan pada waktunya kerana ia sejajar dengan kepentingan dasar Sabah untuk mengembangkan pertumbuhan digital dalam negeri. Diharapkan, dengan inisiatif berterusan seperti ini, Sabah dapat membekalkan bakat digital mencukupi bagi memenuhi permintaan pasaran yang kian meningkat. Saya amat gembira kerana ia juga mampu memperkasa para belia di Sabah dengan pengetahuan dan kemahiran digital yang diperlukan.” – YB Mohammad Mohamarin.

INTI Lazada Sabah

Roselyn Chua, Ketua Eksekutif INTI College Sabah juga mengakui sememangnya ada keperluan untuk perkembangan digital terutama dalam dunia IR 4.0 pada hari ini. Kerjasama dengan Lazada dan Alibaba merupakan usaha dalam menyediakan graduan INTI kemahiran tinggi serta daya saing untuk berkembang maju dalam industri e-dagang global.

Melalui program seperti Alibaba Global E-Commerce Talent (GET), graduan mampu membina persediaan strategik dalam bidang keusahawanan dan e-dagang untuk mengembangkan daya saing.

Pengalaman seperti ini juga akan mewujudkan peluang bagi para pelajar, para usahawan tempatan dan juga orang ramai memperkasa pengetahuan dan keupayaan daya saing yang tinggi dalam bidang e-dagang.

Baca lagi artikel membina;

Memperkasa Gen Z Mendepani Cabaran Abad Ke-21.

Related posts

2 Thoughts to “Kolaborasi INTI Dan Lazada Perkasa Bakat Digital”

  1. Kepakaran,kemahiran atau apa pun kebolehanyang dimiiki andai terus diasah dan dipacu ke arah yang betul insyaAllah membuahkan hasil..bukan sekadar untuk menambah baik keperluan atau kehendak diri sendiri malahan untuk menampung keperluan dan kehendak ke jalur yang lebih luas.
    Perdu Cinta recently posted…Berandaian..My Profile

  2. selain peroleh ilmu mereka jg peroleh kemahiran yg bukan semua org dpt…

Leave a Comment

CommentLuv badge