Mencegah Text Neck dan Kesakitan Pinggang Belakang, INTI International University,Gaya Hidup Sosio-Pendidikan 

Mencegah Text Neck Dan Kesakitan Pinggang Belakang

Mencegah Text Neck Dan Kesakitan Pinggang Belakang – Setiap kali tahun baru, pasti ramai yang bersemangat merealisasikan resolusi, sama ada mencapai kesihatan yang lebih baik, kewangan yang stabil, mahupun keseimbangan pekerjaan atau kehidupan yang lebih sempurna.

Namun kita semakin hari semakin bergantung kepada peranti teknologi dalam kerjaya dan gaya hidup. Berapa ramaikah yang terfikir untuk memperbaiki postur badan yang betul sebagai resolusi tahun baru?

Penggunaan alat peranti teknologi telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup abad ke-21. Fenomena yang kian meningkat ini telah menimbulkan berbagai kebimbangan orang ramai tentang akibat daripada penggunaan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan diri, terutama kepada bahagian leher, bahu dan bawah pinggang belakang.

Mencegah Text Neck dan Kesakitan Pinggang Belakang, INTI International University,

Mencegah Kesakitan Text Neck

Text Neck dicipta oleh kiropraktor dari Amerika Syarikat, Dr. DL Fishman, yang menggambarkan suatu keadaan kecederaan disebabkan tekanan berulang serta kesakitan pada bahagian leher. Ia akibat daripada menonton atau terlalu kerap menghantar mesej melalui alat peranti yang dipegang secara berterusan pada tempoh masa yang lama.

Satu kajian terkini oleh Lin Jia Huang, graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam program Fisioterapi dari INTI International University (INTI), melaporkan 88.6% responden kajian sememangnya mengalami kesakitan di bahagian leher dan bahu. Mereka juga mengalami kelenguhan bahagian leher dan bahu yang berterusan. Keadaan ini disebabkan kesan penggunaan telefon pintar.

Hasil penyelidikan tersebut telah membuktikan, terdapat hubungan positif di antara akibat kecederaan pada bahagian leher dan bahu dengan tahap ketagihan penggunaan telefon pintar.

Mencegah Text Neck Dan Kesakitan Pinggang Belakang, INTI International University,

Melalui kajian ini juga, keputusan menunjukkan lebih separuh daripada peserta menggunakan telefon pintar dalam jangkamasa lebih 6 jam setiap hari dan sekitar 81.6% responden menggunakan telefon pintar dalam kekerapan antara 21 hingga 50 kali setiap hari.

Yew Su Fen, Presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia, juga pakar bidang ini selama 35 tahun menyatakan, apabila leher berada pada postur yang salah dalam tempoh panjang akibat penggunaan alat peranti, ia mengakibatkan kesan yang sangat memudaratkan kepada bahagian leher dan atas tulang belakang.

Beliau juga menyatakan, penggunaan peranti mudah alih ini juga dengan secara tidak disedari, telah merubah keadaan postur leher dan bahagian atas tulang belakang dengan begitu drastik.

Kecenderungan orang ramai menggunakan peranti mudah alih secara membongkok dengan leher dipaksa kehadapan dalam kecondongan 45 hingga 60 darjah dan adakala lebih. Apabila kerap dalam tempoh masa yang lama, postur ini akan mengakibatkan tekanan kepada tulang serviks di bahagian belakang yang turut mengakibatkan tulang belakang lebih cepat haus dan rapuh hingga membawa kesakitan serius.

Bagi mengurangkan fenomena kecederaan Text Neck, terdapat beberapa cara dan pelarasan yang boleh diamalkan dalam gaya hidup kita.

“Cara terbaik mengelakkan kesakitan di bahagian leher adalah dengan memegang telefon peranti diantara 14 hingga 16 inci jauh dari pelarasan mata (ia juga adalah jarak membaca yang disyorkan). Kita juga harus menggunakan alat peranti pada paras mata dengan keadaan kepala menegak, dagu dan bahu pada kedudukan nuteral yang santai. Dinasihatkan juga agar menggunakan huruf (fonts) yang lebih besar apabila menggunakan peranti mudah alih.”

Mencegah Text Neck Dan Kesakitan Pinggang Belakang, INTI International University,

Mencegah Kesakitan Pinggang Belakang

Selain peranti mudah alih, komputer dan komputer riba juga memainkan peranan yang penting dalam aktiviti rutin harian kita. Interaksi dengan alat peranti sebegini juga boleh mengakibatkan ketegangan pada bahagian bawah pinggang belakang, terutama apabila kita dikehendaki duduk dalam satu kedudukan untuk jangkamasa yang begitu lama.

Kira-kira 70% hingga 80% populasi global akan mengalami kesakitan pada bahagian pinggang belakang suatu ketika dalam kehidupan mereka. Kesakitan pada bahagian pinggang belakang telah menduduki tempat teratas dari segi ketidakupayaan dan keenam tertinggi dari segi beban kesihatan berdasarkan Kajian Beban Penyakit Global 2010.

Mencegah Text Neck Dan Kesakitan Pinggang Belakang, INTI International University, Thirumalaya Balaraman,

Thirumalaya Balaraman, Ketua Program untuk Program Fisioterapi INTI pula menyatakan, secara umum punca mengapa orang ramai mengalami kesakitan pada bahagian pinggang belakang adalah disebabkan cara kita duduk ketika mengadap komputer.

“Ramai orang mempunyai kecenderungan bersandar ke hadapan untuk melihat skrin apabila duduk di meja. Apabila ini dilakukan dalam tempoh yang begitu lama, ia akan mengakibatkan kesan mobiliti yang lebih rendah pada bahagian pinggul serta bahagian belakang individu,” – Thirumalaya.

Bagi mengurangkan kecederaan jangka panjang, Thirumalaya berkongsi cara untuk kita merubah kedudukan di tempat kerja serta memperbaiki posisi ketika duduk di meja.

Ketika duduk, kita perlu sentiasa memastikan terdapat sokongan mencukupi pada bahagian belakang. Ini membolehkan kita duduk dalam keadaan menegak dengan selesa. Kita juga harus memastikan jarak tontonan yang selesa dari tempat duduk terhadap skrin bagi menghalang kecenderungan kita untuk sentiasa bersandar ke hadapan.

Mencegah Kesakitan Pinggang Belakang, INTI International University,

Kita juga harus memastikan agar kaki dapat berehat dalam keadaan selesa diatas penapak kaki yang sendeng. Keadaan ini akan menghalang tekanan berlebihan pada bahagian pinggang belakang.

Justeru, memandangkan teknologi akan kekal dan terus berkembang maju, dengan mengamalkan sedikit perubahan dalam rutin kehidupan seharian seperti ini dapat membantu mencegah Text Neck dan kesakitan pinggang belakang. Secara tidak langsung juga dapat mengelak daripada kerap berjumpa doktor dan menjimatkan kos rawatan.

Sesungguhnya, mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.

Tahun Baru, Postur Baru.

Related posts

5 Thoughts to “Mencegah Text Neck Dan Kesakitan Pinggang Belakang”

  1. Thanks for the info. Penting nih..memandangkan kerja banyak menggunakan hp dan komputer.

  2. keje sy byk dulu. once kalu menggeliat skt jg belakang ni…

  3. Mencegah ia berlaku sebenarnya agak mudah. buat pemanasan badan pada bahagian leher dan pinggang sebelum menyentuh gajet. mcm yang selalu kita lakukan sebelum berjoging.

  4. Ana sendiri pernah alami tension headache akibat lama pegang dan pandang gajet. Lama juga nak hlg. Memang kena kurangkan pegang gajet dan buat senaman ringan. Sesekali buat rutin yang diajar sorang kawan dalam bidang kiropraktik ni.

Leave a Comment

CommentLuv badge