Soapful Sunway Hotels & ResortsKeusahawanan 

Sunway Soapful Projek Kitar Semula Sabun Terpakai

Sunway Soapful Kitar Semula Sabun Terpakai – Sememangnya tidak dinafikan, terdapat banyak lebihan sabun terpakai yang hanya digunakan sekali dua sahaja oleh pelanggan-pelanggan hotel. Ia akhirnya dibuang begitu sahaja dan menjadi satu masalah pembaziran.

Sunway Hotels & Resorts telah menemui solusi mampan dalam menangani permasalahan ini melalui projek Sunway Soapful. Ia melibatkan kerjasama Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soap Sdn Bhd dan Selangor Youth Community (SAY) dalam kitar semula sabun terpakai atas tujuan membantu golongan masyarakat yang memerlukan. 

Soapful Sunway Hotels & Resorts 1

Sunway Soapful Sunway Hotels & Resorts

Pelancaran Sunway Soapful telah berlangsung di Sunway Hotels & Resorts, Sunway City pada 5 Disember 2018. Ia telah disempurnakan oleh Royal Patron SAY, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Sunway Soapful (#SunwaySoapful) merupakan projek kitar semula sabun terpakai, bertujuan memberi pendidikan kepada kanak-kanak dan belia tentang kebersihan disamping pengetahuan skill perniagaan dalam membantu menambah sumber pendapatan mereka. 

Sempena pelancaran, kumpulan hospitaliti Sunway telah menyumbang 1,000 bar sabun yang dikitar semula kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM). Ia merupakan langkah pencetus dalam merealisasikan aspirasi keusahawanan sosial melalui rangkaian hotel Sunway kepada masyarakat.

Usaha ini melibatkan 100kg sabun terpakai yang dikumpulkan sejak Julai 2018 daripada Sunway Hotels & Resorts di Sunway City – Sunway Resorts Hotel & Spa, Sunway Pyramid Hotel dan Sunway Clio Hotel.

Menurut DYTM Raja Muda Selangor, SAY telah memilih PKAYDEM sebagai penerima manfaat pertama Sunway Soapful kerana ia merupakan golongan anak yatim yang amat memerlukan bantuan di negeri Selangor. Adalah diharapkan ia dapat membantu mereka agar tidak bergantung mengharapkan sumbangan, tetapi dapat dijadikan sebagai modal insan dan kemahiran hidup untuk memulakan perniagaan sendiri. 

Sunway Soapful Memanfaatkan Sabun Terpakai 

Sunway Soapful ini juga merupakan inisiatif strategik menangani pembaziran dan memanfaatkan sumber secara effektif dengan menerapkan nilai keusahawanan sosial di Rumah Kebajikan.

Melalui kerjasama, Ecolab akan memudahkan kerja-kerja mengumpul bar sabun terpakai daripada hotel dan diserahkan kepada Kinder Soap untuk pemprosesan makmal kitar semula menjadi sabun yang baru.

Selain itu, Kinder Soap juga akan terlibat dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar kaedah kitar semula sabun terpakai kepada beberapa Rumah Kebajikan terpilih agar dapat dimanfaatkan untuk kegunaan harian dan menambah sumber pendapatan Rumah Kebajikan tersebut.

SAY merupakan rakan jangka panjang Sunway Hotels & Resorts yang berperanan mengenalpasti penerima manfaat yang layak. Sunway Hotels & Resorts akan bekerjasama dengan setiap penerima manfaat baru yang dipilih oleh SAY.

Soapful Sunway Hotels & Resorts 2
Sunway Soapful Selaras Komitmen UNSDG

Kelly Leong, Sunway Hotels & Resorts’ Regional Senior General Manager, turut menjelaskan bahawa projek #SunwaySoapful ini bertujuan memberi manfaat kepada alam sekitar, masyarakat dan juga ekonomi, selaras komitmen United Nations Sustainable Development Goals (SDG).

Pada 2019, ia bakal melibatkan 5 lagi hotel, iaitu Sunway Putra Hotel, Sunway Velocity Hotel, Sunway Hotel Georgetown, Sunway Hotel Seberang Jaya dan The Banjaran Hotsprings Retreat.

Fasa berikutnya, Sunway Hotels & Resorts akan meneruskan usaha mengumpulkan sabun terpakai dengan mensasarkan 720kg sabun setiap tahun. Ia boleh dikitar semula kepada 7,200 bar sabun seberat 100g setiap satu bagi memastikan projek keusahawanan sosial ini dapat dilaksanakan secara berterusan.

Related posts

5 Thoughts to “Sunway Soapful Projek Kitar Semula Sabun Terpakai”

  1. Marzuki

    Tertarik dgn idea dan program spt ini.. mmg betul, sabun yg ada di hotel2 sebaiknya dikitar semula agar tidak berlaku pembaziran dan pencemaran. Selain tu, boleh jadi platform perusahaan buat mereka yg memerlukan.

  2. Bagus projek ini kerana ada dua dalam satu boleh kitar semula dan kemudian dapat membantu mereka yang memerlukan….

  3. Baru tahu sabun pun boleh dikitar semula.

  4. Wahh kreatifnya hehehe..lain drpd lain
    Shiqin recently posted…Hampir 10 tahun, Allah makbulkan Doaku…My Profile

  5. daripada membazir mcm tu je mmg elok dikitar semua utk peroleh manfaat lain

Leave a Comment

CommentLuv badge