Majlis Konvokesyen INTI International University, INTI Convocation 2018,Sosio-Pendidikan 

Kemeriahan Berganda Majlis Konvokesyen INTI

Kemeriahan Berganda Majlis Konvokesyen INTI – INTI International University (INTI) baru-baru ini telah meraikan lebih 1,150 graduan dengan penganugerahan skroll, merangkumi pelajar cemerlang yang menerima 14 anugerah industri serta 10 anugerah dari universiti rakan INTI, iaitu University of Hertfordshire dan Coventry University dari United Kingdom.

Anugerah industri yang diberi adalah pengiktirafan kepada Pelajar Terbaik dari pelbagai jurusan seperti Kewangan, Perakaunan, Pengurusan Sumber Manusia, Sains Komputer dan Kejuruteraan Awam, dari rakan industri INTI seperti KPMG Malaysia, AIA Malaysia, HCL Axon Malaysia serta Polymer Composite Asia Sdn Bhd.

Tan Sri Arshad Ayub, INTI Convocation 2018,

Majlis Konvokesyen INTI International University

Majlis Konvokesyen INTI berlangsung selama 3 hari dengan penuh kemeriahan. Ia juga menjadi lebih bermakna dengan termaterinya Memorandum Kerjasama (MoC) bersama NSport Berhad. 

Penasihat Utama NSport Berhad, YAM Tunku Dato’ Seri Zain Al’-Abidin ibni Tuanku Muhriz juga merupakan Presiden Pengasas Institusi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan kolumnis akhbar yang terkenal.

Ini merupakan usahasama terulung kedua pihak dalam menjalankan penyelidikan berkenaan pembangunan sukan di Negeri Sembilan yang melibatkan para akademik serta pelajar INTI.

Ia menjadi platform mempelajari bagaimana penyelidikan bidang sukan peringkat negeri dapat diusahakan dan dipelajari dari sebuah pasukan berpengalaman yang merupakan sebahagian daripada jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik London 2012.

YAM Tunku Dato' Seri Zain Al-Abidin, NSport Berhad, INTI Convocation 2018,

Penyelidikan ini bertujuan untuk merungkai apa yang diperlukan bagi menggalakkan lebih ramai lagi penglibatan masyarakat dalam sukan, terutama dari kalangan kurang bernasib baik. Disamping itu, ia juga bertujuan membantu menambahbaik kejayaan pencapaian semasa diperingkat negeri ketika ini.

Penyelidikan merangkumi langkah dan bagaimana untuk menyokong serta mendorong para atlet dan jurulatih berbakat, seterusnya menawarkan cadangan penyelidikan asas ini ke peringkat kebangsaan.

Majlis Konvokesyen INTI International University, INTI Convocation 2018,

Dr Joseph Lee, Naib Canselor INTI berkongsi; “Peranan universiti pada abad ke-21 telah berkembang secara drastik. Dalam era digital ini ilmu lebih mudah dan tersedia diperolehi secara meluas, namun begitu, agak sukar untuk diramalkan tentang masa depan terutama dengan peralihan kepada Revolusi Industri 4.0 yang kian memuncak.

Disini, sememangnya pihak universiti memainkan peranan penting dalam melengkapkan pelajar dengan kemahiran kritikal agar mereka boleh menjadi pemimpin berinovatif melalui pengalaman pembelajaran dari pakar industri semasa. Para pelajar juga akan dapat menguasai kemahiran kritikal ini melalui sukan, seperti kerja berpasukan, kepimpinan dan semangat kesukanan.

Oleh itu, menjadi satu penghormatan bagi kami dengan kehadiran YAM Tunku Dato’ Seri Zain dalam menyampaikan Ucaptama Diraja kepada para graduan pada hari pertama konvokesyen. Kehadiran beliau juga menyaksikan termeterainya Memorandum Kerjasama INTI dan NSport dalam peranan sebagai Penasihat Utama memperkasa kajian pencapaian prestasi semasa sukan di Negeri Sembilan.

Peluang ini juga membolehkan INTI untuk menyumbang balik kepada masyarakat Negeri Sembilan, memandangkan kami adalah salah sebuah universiti utama di negeri ini.”

Majlis konvokesyen INTI, MoC INTI dan NSport Berhad, INTI Convocation 2018,

Meraikan Ulangtahun Canselor INTI Ke-90

Upacara konvokesyen kali ini juga bertepatan dengan hari ulangtahun ke-90 Canselor INTI International University, Tan Sri Dato’ Seri Utama Arshad Ayub. 

Tan Sri Arshad merupakan seorang pendidik yang amat dihormati dan telah memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan Universiti Teknologi MARA dan telah berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara dari tahun 1975 sehingga 1977.

Tan Sri Arshad Ayub, Majlis Konvokesyen INTI International University, INTI Convocation 2018,

Sempena Majlis Konvokesyen, beliau telah menerima kejutan sambutan ulangtahun, disamping ucapan dan doa keberkatan dari para pelajar dan para graduan yang bakal menamatkan pengajian di INTI.

Sekalung tahniah atas kemeriahan berganda sempena Majlis Konvokesyen INTI International University.

Info lanjut, layari https://newinti.edu.my  

Related posts

4 Thoughts to “Kemeriahan Berganda Majlis Konvokesyen INTI”

  1. Tahniah buat semua graduan INTI

  2. tahniah buat graduan dan kemeriahan Majlis Konvokesyen INTI International University

  3. Tahniah buat para graduan. Dan tahniah juga buat Inti atas Mou yang ditandatangani. Semoga lebih byk pembangunan sukan pada masa akan datang.

  4. tahniah kpd para graduan INTI. semoga berjaya di masa hadapan

Leave a Comment

CommentLuv badge