Jakel Trading, Hadiah Eksklusif Pakej Umrah, Peraduan Beli & Menang Jakel,Gaya Hidup 

Jakel Raikan 200 Pemenang Pakej Umrah Peraduan Beli & Menang 2018

Jakel Raikan 200 Pemenang Pakej Umrah Peraduan Beli & Menang 2018 | Sesiapa pun pasti bersyukur malah teruja bila tanpa disangka-sangka menerima berita gembira kerana terpilih menjadi tetamu Ilahi dan berpeluang menunaikan ibadah umrah secara percuma. Syukur alhamdulillah!

Begitulah perasaan yang diluahkan 200 pemenang bertuah Pakej Umrah Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 anjuran Jakel Trading. Jelas terpancar seri keceriaan dan kegembiraan semua penerima hadiah di majlis taklimat ringkas dan penyerahan yang saya hadiri pada 29 November 2018 di Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Jakel Pemenang Pakej Umrah, Peraduan Beli & Menang 2018,

Jakel Raikan 200 Pemenang Pakej Umrah Peraduan Beli & Menang 2018

Penganjuran Majlis Penyerahan Hadiah Dan Sesi Taklimat kepada 200 pemenang pakej umrah ini adalah lanjutan daripada Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang dianjurkan sempena Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia.

Pada Jualan Akhir Tahun 2017, Jakel meneruskan kempen Peraduan Beli & Menang yang dibuka kepada semua pelanggan setianya. Mereka yang berbelanja produk Jakel dengan nilai belian RM1,000 keatas layak menyertai peraduan dan berpeluang memenangi hadiah pakej umrah dan juga hadiah lain berupa wang tunai setiap minggu.

Majlis Penyerahan Hadiah Dan Sesi Taklimat kepada 200 pemenang pakej umrah dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pemilik gedung tekstil terkemuka tanah air ini. Selain itu, pemberian mock-up cek bernilai RM1.3 juta turut diserahkan kepada Al-Khatiri Travel & Tours Sdn Bhd selaku agensi yang mengendalikan ibadah umrah.

Jakel Pemenang Pakej Umrah, Peraduan Beli & Menang 2018,

Melalui ucapan, Datuk Faroz turut meluahkan rasa syukur kerana dapat meraikan dan melaksanakan hajat 200 pemenang Peraduan Beli & Menang 2018 menunaikan ibadah umrah. Tahun lepas, seramai 80 pemenang telah pun tertunai dan tahun 2019 bakal menyaksikan 200 lagi pemenang yang bakal terpilih menunaikan umrah.

Penganjuran kempen Peraduan Beli & Menang ini adalah salah satu alternatif Jakel menghargai para pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel selama bertapak di Malaysia. Ia merupakan medium sebagai tanda terima kasih dengan mengembalikan sokongan dan berkongsi keuntungan semula bersama pelanggan.

Memandangkan Jakel merupakan sebuah perniagaan 100% bumiputera dengan majoriti pelanggan berbangsa Melayu beragama Islam, ia merupakan satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) membantu pelanggan bertuah mengerjakan ibadah umrah secara percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Jakel.

Jakel Pemenang Pakej Umrah, Peraduan Beli & Menang 2018,

Jakel Pemenang Pakej Umrah, Peraduan Beli & Menang 2018,

Pemilihan pemenang dibuat berdasarkan cabutan daripada kupon penyertaan yang dikumpulkan selama 30 minggu dan dilakukan bersama-sama Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia.

Menurut Datuk Faroz lagi, pengalaman pemilihan cabutan pemenang antaranya, ada kupon peserta bertuah yang terpilih tapi sayangnya ia tidak disertakan dengan maklumat untuk dihubungi. Justeru, pihak Jakel terpaksa meneruskan cabutan lain bagi memilih pengganti pemenang bertuah yang terpilih sebelumnya.

Selain itu, ada juga dikalangan pemenang bertuah yang tidak menjangka, malah khuatir sekiranya mereka dihubungai oleh panggilan scam. Namun, semuanya menjadi berita yang menggembirakan setelah diperjelaskan oleh pihak Jakel dan diundang ke majlis yang diadakan ini.

Jakel Pemenang Pakej Umrah, Peraduan Beli & Menang 2018,

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada 200 pemenang bertuah diikuti dengan sesi bergambar.

Kesemua 200 pemenang pakej umrah Peraduan Beli & Menang 2017/2018 akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada Januari 2019 dibawah penyeliaan Al-Khatiri Travel & Tours Sdn Bhd.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang cabutan bertuah pakej umrah Peraduan Beli & Menang Jakel. Semoga lancar dan dipermudahkan segala urusan ibadah serta beroleh umrah yang maqbul.. aamiin.

Jakel Pemenang Pakej Umrah, Peraduan Beli & Menang 2018,

Jakel Pemenang Pakej Umrah, Peraduan Beli & Menang 2018,

Jualan Akhir Tahun 2018 Di Semua Cawangan Jakel

Buat semua pelanggan setia, Jakel turut mengadakan Jualan Akhir Tahun 2018 di semua cawangan Jakel yang kini sedang berlangsung bermula 23 November sehingga 6 Januari 2019.

Potongan separuh harga menawarkan koleksi kain-kain terbaru tahun 2019, dengan corak yang lebih fresh dan trendy, sesuai untuk semua golongan terutama wanita dan keluarga. Koleksi terkini seperti koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019 antara yang menjadi pilihan ramai.

Peraduan cabutan bertuah Beli & Menang kali ini pula berlangsung dari 24 November 2017 hingga 20 Jun 2018. Siapa sangka dengan rezeki pembelian RM1,000 ke atas, kita mungkin terpilih menunaikan umrah pada tahun depan.

Justeru, info lanjut, aktiviti serta promosi terkini, boleh layari di Instagram dan Facebook Jakel di bawah;

FB: https://facebook.com/jakeltextile/

IG: https://instagram.com/jakeltextile/

 

 

Related posts

13 Thoughts to “Jakel Raikan 200 Pemenang Pakej Umrah Peraduan Beli & Menang 2018”

  1. Tahniah pemenang pakej umrah JACKEL selamat beribadah umrah

    1. Khir Khalid

      Semoga beroleh umrah yg maqbul.. aamiin.

  2. bestnya, dapat pulak pakej umrah. tahniah smeua
    raihanah recently posted…Youth Skincare Bantu Saya CantikMy Profile

    1. Khir Khalid

      Tahniah.. moga beroleh umrah yg maqbul.. aamiin.

  3. bagusnya jakel.. tahniah kepada semua yang berjaya terpilih

    1. Khir Khalid

      Mmg bagus kan.. tahniah kpd pemenang, mana tahu ada rezeki terpilih juga nanti, mudah2an.

  4. Tahniah kepada para pemenang, ada juga sertai tempoh hari tapi belum bernasib baik lagi untuk menang. Kita cuba lagi next time. 🙂
    Tuan Pengetua recently posted…Cara Tukar Kata Laluan Maybank2UMy Profile

    1. Khir Khalid

      Siapa tahu, mudah2an ada rezeki nanti terpilih sbg pemenang pula kan.. aamiin

  5. hadiah lumayan! macam ali cafe pernah buat dulu, hadiah umrah dengan alif satar. saya try tak dapat. hehehe..
    Pha Is recently posted…Bahagian tempat tidur suami isteri atas katilMy Profile

  6. tahniah kepada pemenang2..moga bertambah maju bisnes jakel berkat kebaikan yang mereka buat ni
    zara recently posted…Masalah Hormon Tidak Seimbang Dan Simptom Yang Patut Anda KetahuiMy Profile

  7. Tahniah kepada semua pemenang.
    Bestnya…

  8. Bestnya dapat pergi umrah.. Tahniah semua pemenang. Doakan kami dapat ke sana juga..

Leave a Comment

CommentLuv badge