Universiti Malaysia Pahang, ECERDC, TUM International,Informasi Keusahawanan Sosio-Pendidikan 

UMP Perkukuh Kerjasama ECERDC Dan TUM Dalam Teknologi Pintar IR4.0

Satu lagi komitmen pemerkasaaan modal insan mendepani arus revolusi industri IR4.0 di Malaysia.

Baru-baru ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Asia bagi Teknologi Pintar (Asia Center of Excellence for Smart Technology – ACES), sebuah inisiatif bersama Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan TUM International GmbH (TUMInt) Jerman, bagi memacu penerapan industri 4.0 dan kemahiran bakat tempatan.

Antara projek-projek UMP yang akan dilaksanakan bersama ECERDC dan TUM International menerusi ACES termasuk, inisiatif produk pengkomersilan, serta program latihan teknikal dan vokasional industri 4.0. UMP juga akan mengembangkan Pusat Kecemerlangan IBS, yang merupakan pusat teknologi informasi dan komunikasi sehenti UMP di ACES. Kerjasama ini membantu merancakkan perkongsian pengetahuan Industri 4.0 serta usaha penyelidikan dan pembangunan.

Universiti Malaysia Pahang, ECERDC, TUM International,

Mengulas mengenai kolaborasi, YBhg. Professor Dato’ Dr. Mashitah Binti Mohd. Yusoff, Timbalan Naib Chanselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, berkata;

“Selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu Industri 4.0 di negara ini, para graduan dan bakat-bakat sedia ada harus mempertingkatkan kebolehpasaran dengan kemahiran dan pengetahuan baharu melebihi keperluan hari ini. Teknologi pintar mengubah tuntutan pekerjaan di dalam dan luar negara dengan mewujudkan peluang-peluang baharu. Sesetengah pekerjaan juga mungkin akan diganti pada masa hadapan. Oleh itu, UPM berbesar hati menjadi salah satu rakan strategik ACES untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan, agar para graduan dapat memperkasa kerjaya dalam dunia digital dengan lebih baik dan menyumbang pertumbuhan Malaysia ke arah Industri 4.0.”

ACES yang terletak di Cybercentre, Taman Teknologi Pahang di Gambang akan menyediakan pensijilan Industri 4.0, khidmat nasihat, rundingan dan latihan mengenai amalan teknologi pintar di Malaysia serta rantau Asia Tenggara.

Disamping itu, ia bakal turut memacu usaha meningkatkan kemahiran kumpulan bakat tempatan agar agar bersedia untuk ‘pekerjaan masa hadapan’, khususnya karier berkaitan Industri 4.0 dalam sektor digital dan automasi. ACES juga memainkan peranan penting dalam Dasar Industri 4.0 Nasional dalam mewujudkan strategi digital untuk Pantai Timur, sekaligus merangsang perindustrian digital secara besar-besaran di rantau ini.

ACES yang terletak di Zon Ekonomi Khas ECER (ECER SEZ), dijangka akan melengkapi dan mempercepatkan pertumbuhan bagi memastikan ECER bersedia untuk Industri 4.0 dan terus berperanan sebagai Gerbang pilihan ke pasaran ASEAN dan Asia Pasifik.

“Dalam usaha untuk terus membina kecekapan dan keupayaan bagi Industri 4.0, kami akan bekerjasama dengan rakan-rakan strategik seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk terus menarik pelaburan dengan lebih penekanan terhadap industri nilai tambah tinggi dan intensif teknologi. Usaha ini merupakan sebahagian strategi untuk melonjakkan ECER dan Malaysia ke tahap rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi daripada ekonomi berasaskan input kepada ekonomi yang dipacu produktiviti, selaras aspirasi Dasar Industri 4.0 yang diterajui MITI” – YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC.

 

Baca lagi artikel terkait;

ECERDC Dan TUM Pacu Industri 4.0 ECER

Memperkasa Usahawan Digital Melalui Modul Sosio-Pendidikan

Sila kongsikan artikel ini >

Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

4 Thoughts to “UMP Perkukuh Kerjasama ECERDC Dan TUM Dalam Teknologi Pintar IR4.0”

  1. Menarik ni, selari sangat dengan perkembangan teknologi digital dalam dunia perniagaan. Semoga memberi banyak manfaat kepada para graduan nanti 🙂

  2. Semoga kerjasama ni dapat melahirkan banyak bakat tempatan yang berkualiti utk kemajuan negara.

  3. Semoga kerjasama ini dapat melahirkan lebih banyak bakat tempatan yang berkualiti untuk kemajuan negara.

  4. Semoga anak-anak muda kita dapat bersaing dalam revolusi industri 4.0 nanti

Leave a Comment

CommentLuv badge