Sunway Back-to-School Programme, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, SBJK,Sosio-Pendidikan 

Sunway Back-to-School Bekal Keperluan Persekolahan Pelajar SBJK

Hari yang menceriakan buat 157 pelajar Sekolah Jalinan Bimbingan Kasih (SBJK), apabila menerima pelbagai barangan keperluan persekolahan sempena Back-to-School Programme anjuran Sunway Group. Program ini telah diadakan di Sunway Mall pada 23 November 2018.

Program Back-to-School ini merupakan sebahagian inisiatif Kumpulan Sunway dalam usaha memperkasa pendidikan. SBJK tersenarai antara sekolah yang bertepatan kerana ia menyediakan pembelajaran percuma dibawah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia kepada golongan tersisih berusia 4 hingga 14 tahun di Kuala Lumpur.

 

Sunway Back-to-School Programme, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, SBJK, Sunway Putra Mall,

 

Program Sunway Back-to-School Bantu Pelajar SBJK

 

Bagi yang mengikuti perkongsian blog ini pasti pernah membaca penglibatan saya dalam beberapa program di SBJK sebelum ini. Kali ini, SBJK turut menjadi aspirasi Kumpulan Sunway dalam membantu golongan yang disasarkan.

Menurut Sunway Group Brand Marketing and Communications Senior Manager, Jane Poh, program Back-to-School mensasarkan sekitar 4000 penerima manfaat dari kalangan pelajar kurang berkemampuan dari 59 sekolah di 4 negeri. Kriteria penerima adalah para pelajar dari golongan keluarga B40, anak-anak yatim dan pelajar tersisih.

“Adalah menjadi harapan kami, dengan membekal barangan keperluan persekolahan disamping bekerjasama dengan kerajaan negeri dan persekutuan melalui program Back-to-School ini dapat memberi inspirasi semangat kepada golongan pelajar yang disasarkan, bahawa mereka tidak bersendirian dan menjadi sebahagian usaha kami memperkasa pembangunan insan.” – Jane Poh, Sunway Group Brand Marketing and Communications Senior Manager.

Kumpulan Sunway telah mengagihkan barangan keperluan persekolahan kepada 600 pelajar Sekolah Kebangsaan Puchong pada awal bulan ini, dan akan meneruskan usaha ke 11 sekolah lagi di Johor, 7 sekolah di Penang, 1 di Selangor dan 38 sekolah di Ipoh.

 

Memperkasa Pendidikan Melalui Keperihatinan Insan

 

Pengetua SBJK, En. Zulkernai Fauzi, yang juga merupakan Pegawai Divisen Sektor Pengurusan Harian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia turut tersentuh dengan usaha dan keperihatinan Kumpulan Sunway terhadap pelajar SBJK.

Menurut beliau, para pelajar SBJK ini melalui pelbagai rintangan kehidupan di luar sekolah. Ada antara mereka yang hanya tinggal di lorong-lorong dan bawah jambatan, sebahagiannya dari keluarga ‘single parent’, malah sekitar 49% dari kalangan pelajar tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan rasmi.

Justeru, kerjasama sektor awam-swasta seperti ini amat dialu-alukan. Kementerian Pendidikan Malaysia berharap agar lebih banyak lagi pihak yang tampil mencontohi inisiatif Kumpulan Sunway.

Pemberian keperluan persekolahan seperti ini membantu mereka rasa diterima dalam masyarakat. Ia juga menjadi sumber pencetus galakan untuk mereka bersekolah dan belajar bersunguh-sungguh sebagai aset kehidupan.

 

Sunway Back-to-School programme, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, SBJK, Sunway Putra Mall,

Inisiatif Pendidikan Berkualiti Selaras UNSDG

 

Keseluruhan komitmen Kumpulan Sunway dalam program Back-to-School pada 2018 mencecah hampir RM470,000. Ia 4 kali ganda daripada jumlah tahun lepas kepada 850 penerima manfaat dari kalangan pelajar SK Bandar Sunway dan SMK Bandar Sunway pada mula program ini dianjurkan.

Ia juga merupakan usaha memperkasa masyarakat selaras aspirasi #SunwayForGood yang menekankan kelestarian tanggungjawab sosial dalam pembangunan negara. Pendidikan juga antara asas komitmen utama United Nations Sustainable Development Goal (SDG) 4: Quality Education.

Program Back-to-School adalah usaha berterusan dalam menyuntik inspirasi dan memperkasa pembangunan insan melalui kepentingan pendidikan kepada rakyat Malaysia.

 

Kongsikan artikel ini>

Related posts

8 Thoughts to “Sunway Back-to-School Bekal Keperluan Persekolahan Pelajar SBJK”

  1. Alhamdulillah, seronok anak2 kita nak kembali ke sekolah nanti 🙂

    1. Betul tu.. mmg seronok tngok anak2 ni happy

  2. Bagus program seperti ni. Sekurangnya dpt naikkan semangat adik2 ni utk terus belajar dan ubah nasib keluarga dan diri sendiri.

    1. Setuju sgt.. galakan spt ni mmg patut disokong dan sentiasa diteruskan utk kebaikan generasi kini yg memerlukan

  3. Wah, bagus aktiviti begini dapat mengurangkan beban mereka

    1. moga membantu mereka utk menjadi insan berjaya kelak

  4. Sumbangan dana yang sangat membantu golongan berpendapatan rendah tanpa mengira siapa mereka..kprihatinan yg amat disanjung tinggi

  5. sedikit sebanyak sumbangan sebegini dpt meringankan perbelanjaan khusus golongan ibu bapa yg krg berkemampuan,,,

Leave a Comment

CommentLuv badge